Showing posts with label coretan penaik semangat. Show all posts
Showing posts with label coretan penaik semangat. Show all posts

Ibrah

>> Thursday, July 21, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"wahai orang-orang yang beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" (as-Saff:10-11)

segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya.. seringkali kita terlupa dan lalai tika diberi peluang untuk kembali dekat padaNya. kita tak sedar bahawa sesuatu itu terjadi dengan sebab untuk kita merasai nikmat bercinta denganNya. tak semua jiwa dipilih oleh Allah untuk merasai bimbingan dan hidayahNya.. Allahu Allah.. malu nak ditunjukkan amalan-amalan kita apabila sedang bercuti di rumah ini kepadaNya. takut sekiranya amalan itu langsung tidak diterima olehNya. wa'auzubillahimin zalik.

menjadi salah seorang petugas sesuatu program sangat memberi kesan terhadap diri sendiri. inilah peluang yang diberi olehNya untuk menjadi lebih dekat kepadaNya, dan ini juga peluang untuk kita recharge balik iman kita. terlampau banyak yang ku dapat dan belajar! alhamdulillah. muhasabah pada diri ini ya Allah, sungguh terlampau sukar untuk istiqomah sebenarnya.

tersentuh pada kisah Ibrahim bin Adham iaitu seorang wali Allah, yang pergi membeli sesuatu dan sewaktu menyerahkan wang, penjual itu menyerahkan kembali wang tersebut kepada Ibrahim bin Adham. lalu menyebabkan beliau pengsan. diringkaskan cerita, apabila seorang pemuda bertanyakan kepada Ibrahim bin Adham mengapakah beliau pengsan lantas Ibrahim bin Adham memberitahu, aku sangat takut sekiranya di akhirat kelak apabila aku menunjukkan segala amalan aku di dunia kepada Allah, tidak diterimanya amalan aku itu dan Allah memberikannya kepadaku kembali. Allahu Akbar! hebatnya Ibrahim bin Adham yang sentiasa me'refleks'kan setiap peristiwa yang berlaku terhadap dirinya dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di akhirat. Allahu Robbi.. apatah lagi nak dibandingkan dengan amalan-amalan kita? takut sekiranya ditolak oleh Allah, malah amalan-amalan ini berterbangan bagaikan debu-debu...

apakah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah di akhirat nanti? tentulah perihal solat. solat yang sempurna,seseorang itu akan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab. senang je kan? beruntunglah sesiapa yang sentiasa khusyuk solatnya, subhanaAllah..

bagaimana nak capai khusyuk dalam solat?

* hadir hati
* faham makna ayat
* merasa keagungan Allah
* gerun dan takut terhadap Allah
* berharap kepada Allah
* merasa malu terhadap Allah

jom kita cek balik solat kita. moga-moga amalan solat kita ni diterima Allah, insyaAllah..
tak sampai 11 hari lagi, Ramadhan bakal menjelma. moga kita menjadi peserta Ramadhan kali ini dan natijahnya lebih baik dari sebelum-belumnya

Read more...

>> Thursday, June 2, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

saat ini tika ini sedang berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas kali 57 di Selangor. jika tahun lepas berlangsung di Putik, Kelantan. kali ini masih gagal lagi untuk aku turut serta. ya Allah, moga ada rezeki untuk aku pergi tahun hadapan jika umurku masih panjang!

tertarik pada ucapan perasmian muktamar Dewan Muslimat PAS yang disampaikan oleh TGNA, apabila beliau menyebut kembali sirah tentang penglibatan golongan wanita/muslimat dalam perjuangan suami seperti isteri Nabi Luth dan Nabi Nuh yang menolak dakwah suami mereka dan menjadi penentang utama. dan kisah Asiah isteri Firaun yang menjadi perumpamaan bagi orang yang beriman, memperjuangkan agama walaupun suaminya penentang Islam. begitu juga Saidatina Khadijah Khuwailid sangat menyokong perjuangan suaminya baginda Rasulullah SAW.

memetik kata-kata beliau lagi,

Saya ingin mulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan kita Parti Islam Semalaysia (PAS) ini merupakan satu ibadah di medan siasah dan dakwah pasti akan diganjari oleh Allah SWT dengan kebaikan insya-allah. Perlulah diingatkan PAS adalah Gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk membebaskan umat Islam dari kepungan jahiliyah moden ini berpandukan syara' mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.

lagi kata-kata TG yang menarik dan mengobarkan jiwaku yang gersangkan majlis ilmu dan hamasah perjuangan pabila...

Apa yang utama dalam siap siaga itu ialah Ahli-ahli Dewan Muslimat sewajarnya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu untuk bersaing di peringkat nasional. Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan. Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan. Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain.

Air mata kami tumpah saat menutup tirai muktamar dgn tangan mengenggam erat dan melaungkan doa wehdah dan doa Rabitah...Tuhan,,anugerahkanlah kami kemenangan atau kami syahid dikubangan darah utk menjulang Agama ini......selamat bermuktamar teman.... Harakatul ummah ini akan terus menerjang badai jahiliah di belantara gelap politik ciptaan penguasa. (Ustaz Riduan Mohd Noor, 2011)

Allahuakbar! Allah takkan sia-siakan usaha seseorang yang ikhlas berjuang keranaNya dan yakinlah bahawa kemenangan Islam itu pasti, biarpun tak sempat untuk kita lihat, yang pastinya usaha itu pasti diganjari Allah SWT.

* manfaatkan nikmat cuti ini dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk diri, agama dan keluarga.
* akan tunaikan hak diri pada teman-teman yang bakal menamatkan zaman bujang sabtu ini, iaitu kak Alang dan kak Amalina, selasa ini untuk Husna Izzati.. insyaAllah
* ya Allah semoga Kau berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban ini dan sampaikan lah kami kepada Ramadhan



Read more...

Menang dan Kemanisan Usrah

>> Monday, January 31, 2011

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
walaupun di atas bumi Malaysia, Tenang tak dimenangi oleh Islam. tetapi pada hakikatnya, Islam telah menang, akan menang juga suatu hari nanti. pastinya mereka yang bekerja di Tenang itu diganjari oleh Sang Pemberi Hadiah. insyaAllah.

alhamdulillah. kemanisan berusrah, setiap kali berusrah, pasti akan ada satu semangat baru, ruh perjuangan memasak ranum, tersemai dalam diri setiap dari kita semua. mengimbau banyak kenangan manis lalu, aduh indahnya nikmat Allah yang satu ini! tak terbalas rasanya. salah satu usaha yang boleh di balas adalah bekerja untuk Islam, ya, bekerja untuk menegakkan kalimah Allah. semoga thabat diri kita semua.

tatkala ini aku sedang membaca buku 'MEMOIR TRAGEDI MEMALI', tak ku sabar nak mengkhatamkannya, dan mengalirkan air mata mengenangkan perjuangan as Syahid Ustaz Ibrahim Libya ini. suatu hari nanti, nak juga kongsi ceritanya di sini insyaAllah.

keranaMU ya Allah, yang menemukan aku dengan jalan ini, biar apa pun yang terjadi, takkan ku berpatah balik ya Allah.. Akan ku terus mara memperjuangkan Islam dan nasib umat Rasulullah biar apapun terjadi.. Apapun ya ALlah, Engkau tahu kudratku lantaran diriku punyai kelemahan seorang hamba, bantulah aku ya Allah, kuatkan aku dengan persahabatan dan peneman di kalangan orang-orang yang mencintaiMu, agar apabila aku lemah, dan hampir tersasar, mereka hadir untuk mengingatkan diriku. Dan ku mohon, ku merayu padaMu, jangan Engkau tinggalkan aku keseorangan apatah lagi tanpa cintaMu dalam meredah perjuangan yang penuh liku ini...

Read more...

bicara Dia pada kita

>> Friday, July 9, 2010

resah gelisah perasaan aku hari ini. entah mengapa. pulang sahaja ke bilik hostel tika maghrib sudah masuk waktunya, hati ini makin dirasakan tidak kena. cepat-cepat bersiap, hati ini bermonolog, ya, aku ada Allah, pada Dia sahaja tempat mengadu segala sesuatu.

alhamdulillah, usai maghrib dan isyak, perasaan ini makin pulih, ditambah lagi mengambil restu kedua ibu bapaku, mendengar sahaja suara emak, kasihnya, sayang seorang abah, ya Allah, terima kasih, aku kembali merasai ketenangan..

benarlah, sudah fitrah manusia apabila sedih, resah gelisah, penciptanya akan dicari, pemilik segala cinta yang benar-benar bisa membuat seseorang hamba sentiasa inginkan kasihNya.


bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai diri merasa keletihan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian,
Iitu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan,
Kerna di situ lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!

DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Kerna kau menjadi pilihanNya!

Biar segunung ujian didatangkan,
Kentalkan jiwa dengan haruman ketaqwaan,
Moga ianyakan menjadi saksi di hari pertemuan!


credit to niqobgirl

Read more...

perubahan hidup

>> Thursday, March 18, 2010

tertarik dengan kata-kata as-Syahid Dr Abdullah Azzam:

"sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan,diriku,perasaanku,hatiku dan seluruh deritaku.

mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya.

sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata "la haula wala quwwata illa billah" atau dengan hanya mengucap innalillahi wainna ilaihi rajiun dan hanya melepaskan geram di tangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada suatu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang sekian lama menipu diri sendiri di segenap sudut.

aku tidak nampak apa-apa perbezaan di antara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad) dengan mereka yang meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat.

sesungguhnya aku melihat bahawa tiada satu amalan yang dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ia bernama dakwah, tarbiyyah, tulisan dan sebagainya.

barangsiapa yang bertemu Allah (mati) tanpa senjata di tangan mereka maka sesungguhnya mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan qital melainkan orang-orang yand dalam keuzuran syarie.

aku melihat bahawa mereka yang diampunkan oleh Allah SWT sekiranya meninggalkan jihad hanyalah orang buta,orang cacat, orang sakit, dan orang-orang yang lemah (mustad'afin) samaada daripada kalangan lelaki,perempuan mahupun kanak-kanak di mana mereka itu tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung untuk menunaikannya.

wahai kaum Muslimin...

kehidupan kalian adalah jihad,kemuliaan kalian juga terhasil daripada jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

wahai para pendakwah...

tiada berharga kalian berpanas cahaya mataharu melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela.

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (at-Taubah:41)

semoga kami diberi kekuatan dan istiqomah sampai mati..

Read more...

ukhuwwah, seorang dai'e

>> Thursday, November 26, 2009

sudah lama aku tak update blog. tak ada idea, tak sempat nak ngadap internet lama2 mungkin tu antara alasannya..dan aku menunggu waktu balik ke rumah macam ni la untuk update blog..

baru je habis mini test isnin lepas, dan khabarnya result kuar hari ni, tp rasanya rmai yg dah balik ke rumah sejak petang semalam..seronok bila teringat perjalanan semalam. bas transnasional perjalanan 6.30 petang tu rupanya ramai jugak dinaiki clasmet kami..aku,nadia,kak ji,shima,kak yumni,ja n fida..meriah jugak jadi perjalanannya,dan rasanya dapat jugak eratkan ukhuwwah kami..

baru2 ni sebelum mini test, banyak jugak dugaan yg aku,kak ja,kak ain terima..dan aku teringat tulisan ustaz fathi yakan,tulisan ustaz hasrizal,

Seorang Da’i yang berjiwa Da’i akan belajar untuk memahami mad’u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad’unya memahami dakwah yang dia bawa.

Mari kita semua bermenung di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan ‘usrah’ kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

macam2 perasaan yang kami alami sedih,tertekan dengan tohmahan orang2..tapi kami ambil langkah diam dulu buat masa sekarang,dan apa yang mampu aku tanamkan dalam hati atas nasihat kak nurul, sekurang2 nya mereka dah dapat terima fikrah Islam dan selebihnya kita tawakkal pada Allah..

hidayah itu milik Allah, dan tanggungjawab kita hanya mendoakan untuk mereka..semoga mereka dapat buat keputusan yang terbaik,bukan hanya untuk diri,parents malah untuk ISLAM khususnya..

Read more...

kem kenal Islam

>> Saturday, June 27, 2009

"salam...fasi diperlukan segera untuk tamrin form 1 n form 2 asrama tok jiring pd 25 & 26/6 di smka tok jiring... " begitulah bunyi mesej yang adik kirim pagi selasa tu.. mula2 saya keliru, rasa nak join tp diri ni mcm lemah lg tp pd masa yg sama nak sgt sebab adik2 tok jiring sendiri..


tapi, petang jumaat tu saya ada program, wawa ada jemput makan kt rumah..sama jugak dengan adik & mirah.. lastly, kami join jugak semata2 LILLAHI TAALA (betulkan niat balik) sebab program tu tamat sebelum solat jumaat..alhamdulillah Allah mempermudahkan kami..

kira dua kali saja kami adakan meeting untuk bincang tamrin ni yang dinamakan "kem kenal Islam" yang berobjektifkan untuk mendedahkan adik2 tentang Islam dan juga disamping untuk mengeratkan ukhuwwah di antara senior dan junior..


program mula lepas asar, tapi saya, hazirah dan juga 'amirah sampai agak lewat dan tak sempat untuk last briefing. pendaftran adik2 di handle oleh adik2 form 4 n form 5. majlis pula dirasmi oleh cikgu kesayangan, ayoh ngah (panggilan bdk2 asrama) atau cikgu bakar sebagai penolong kanan kokurikulum.. slps tu ucapan oleh akh yusof dan seterusnya warta disiplin dan kebajikan serta keselamatan di keluarkan..

kebanyakan fasi adalah student uia dan hanya seorang mewakili utp iaitu muslimin dan ukm pula oleh 'amirah dan hanya kami bertiga wakil batch spm 06. sebelum solat maghrib berjemaah di surau, kami mengagihkan barang amanah iaitu 3 butir beras.

slot kuliah lepas maghrib oleh akh Yusof mengenai akidah dan juga ibadah. selepas solat isyak, selayang pandang pula, fasilitator mengenalkan diri masing2 dan pembahagian grup utk LDK berlangsung. pembahagian ni agak menarik buat diri saya, di mana kami fasi diberi gambar yang sudah dikerat dlm bentuk puzzle. adik2 dikehendaki menutup mata dan sambil itu berzikir. kami pun mengagihkan gambar2 tu pada adik2. setelah itu barulah adik2 dikehendaki mencantumkan balik..dan di akhirnya fasi yang akan melengkapkan puzzle tu.

LDK mengambil masa dalam 45minit, banyak benda yang kami fasi sampaikan pd adik2. main2 juga, tp kami selitkan juga dakwah tentang Islam. tentang peranan kita, hubungan antara akidah,ibadah dan juga akhlak..moga2 adik2 dapat apa yang saya sampaikan..dan kami bertawakal juga jika disebabkan dosa dan maksiat fasi, menjadi hijab untuk sampaikan mesej pada adik2..

selepas itu, slot disiplin pula tiba. kesian kat adik2, akak2 fasi pun turut terkesan dengan ketua disiplin. moga sampai pada adik2 mesej kami. selepas penat dimarahi dan ditengking, slot muhasabah pula mengambil tempat. nampaknya objektif sedikit tercapai, bila adik2 muslimat mengeluarkan air mata kesedaran..cuma adik2 muslimin yg mungkin agak keras jiwa mereka..

berakhir sudah muhasabah, sebelum tidur mereka menunaikan solat sunat taubat..esok pula kami kejutkan untuk qiamullail..kuliah selepas subuh pula disampaikan oleh akh Hafizi (kalau x silap) pelajar dari smaasza tentang akhlak. kuliah pg itu saya rasakan menarik, tp mungkin sedikit berat untuk adik2 form 1 & 2.

sedikit yang membuat kami terkesan apabila akh tersebut menceritakan kisah Rasulullah SAW apabila ketika baginda bertanyakan pada malaikat Jibril, tentang siapa yang berada di tingkat2 neraka. malaikat jibril menerangkan puak2 yahudi, nasrani dan juga golongan munafik yang akan berada di tingkat bawah neraka. Rasulullah bertanya pula pd Jibril, siapakah pula yang ditempatkan di tingkat atas neraka? malaikat Jibril berat untuk menjawabnya, setelah berkali2 baginda Rasulullah bertanya, malaikat Jibril berkata "umatmu yang akan berada di atas"

Rasulullah terus terdiam dan sejak dari itu, baginda berkurung di dalam bilik baginda. ketika sahabat baginda ingin bertemu, baginda tidak keluar. hanya setelah anak baginda Rasulullah, iaitu saidatina Fatimah datang dan memujuk baginda barulah baginda Rasulullah keluar..

begitulah kasih sayang Rasulullah terhadap kita, umat Muhammad. tapi adakah kita ingatkan baginda? adakah kita cintakan nabi kita Muhammad SAW?

slot tresure hunt pula berganti, di mana ada 5 check point: modul ukhuwwah, akhlak, ibadah, minda dan juga hafazan. program berakhir dengan slot resolusi dan juga ikrar dari adik2..

walaupun program hanya singkat, tapi moga2 dapat memberi sedikit kesedaran buat adik2 untuk menjadi permata agama, pejuang buat Islam..dan banyak juga memberi seribu satu pengalaman dan juga pengajaran buat kami..

alhamdulillah, kami diberi peluang oleh Allah untuk menyumbang sedikit khidmat buat sekolah tersayang, sudah lama kami inginkan peluang sebegini..

Read more...

dan pemenangnya adalah..

>> Saturday, May 23, 2009

syukur alhamdulillah,cuti2 ni pun ad award utk saya hasil pemberian adikku nurhazirah binti ali..'bertuah award'?bertuah atas dasar apa ye? alhamdulillah memang kita bertuah, dikurniai pelbagai nikmat yang tak terhingga banyaknya..

..dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..

(Ibrahim:34)

tapi, setiap benda yang kita dapat harus ada amanah yang perlu kita penuhi. lalu saya pikul amanah ini dgn sebaiknya utk menyerahkan award ini utk sahabat2 saya..dan pemenangnya adalah...

nurhazirah dia lah sahabat,ex-rumet dan juga adik saya..
nadhirah antara geng kitorang, tp ssh nk tau rahsia nad ni..:)
aisyah md noor sahabat yang tak jemu2 bg dorongan dan nasihat,aisyah ni kecil2 cili api :)
huda idris mula kenal dlm kelas arab first year..tak sangka huda ni hebat orangnya..tahniah2
kak fizah my first rumet, kagum dgn kak fizah yang diam2 ubi berisi
aisyah yusoff website blog syah ni la yg paling susah nk igt,hehe..tgk dia ni,mmg xkering gusi
la..
maziah ada satu kenangan yang x blh saya lupa klu igt ma, ramai sgt ckp mcm tu..sama ke? x
kan,hehe..
kak dayah sama mcm huda, mula kenal waktu first year dlm kls arab, tp x sangka dapat kenal
lbih rapat lagi dgn akak ni..:)
izat mula2 kenal mlalui naimah, ex-rumet saya yg dh kluar uia..bkl nurse yg baik!
mardhiah x lupa satu kenangan ngn maydi :)..saya akan rindu mardhiah nnt..

dan inilah green award yang saya hadiahkan pada sahabat2 semua..


kepada pemenang-pemenang bertuah award,semoga dpt pegang amanah ini dgn sebaik-baiknya,jgn lupa utk bg pd 10 pemenang lagi ye..anda sememangnya bertuah!

Read more...

hanya tinggal memori

>> Monday, May 18, 2009

sudah dua hari saya tinggalkan bumi cfs..terasa sudah lama,perasaan rindu menggamit di hati..banyak kenangan yang terlakar disana,gembira,sedih dan macam2 lagi..

di cfs lah saya mengenal apa ertinya ukhuwah, yang mana dengan ukhuwah itu lah terjadinya satu proses evolusi yang terjadi pada diri..saya mengenal apa itu tarbiyah dan bermacam2 lagi..

siri 1:

saya nak menceritakan sebuah kisah seorang sahabat di mana berlakunya di cfs itu..hayatilah..

tahun pertama sem 1, suraya(bukan nama sebenar) hanya kenal buku sahaja, otak langsung tidak berkembang pd aspek lain, aim dia waktu itu hanya nk mencapai kecemerlangan sahaja memandangkan kos yg dia pikul itu sangat la berat amanahnya..sem itu lah zaman gelap suraya..terasa sangat gelap waktu itu..mujur lah ada beberapa sahabat yang masih igtkan suraya tp,benarlah hidayah itu milik Allah..

sem kedua pula,suraya bangkit dari kegagalan. suraya sedar kesilapan terbesar dan paling bodoh rasanya zaman gelap itu..dia mula mencari hidayah Allah, mencari jalan pulang dan kembali pada fitrah manusia sebenarnya..tapi ternyata perjalanannya masih jauh..suraya nekad seimbangkan tanggungjawabnya pd Allah dan juga sebagai seorang pelajar.dia mula merasakan keberkatan dari Yang Maha Esa..

sem ketiga pula, dia di taklifkan dgn satu tanggungjawab lain yang menyebabkan dia mula mendapat sesuatu,pengalaman itu terasa begitu berharga..

tahun kedua sem 1, suraya melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, walaupun dirinya sedar bahawa dirinya masih lemah..terasa ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidupnya..terasa tiada matlamat,tidak tahu apa tujuannya,lalu dia membuat keputusan utk melakukan satu keputusan yang agak drastik, yang mana dirinya tidak pernah mengimpikan sebegitu, tidak pernah terfikir ke arah tersebut..

pada sem itu, dia mula merasakan kemanisan iman, dia yakin bahawa tawakal pada Allah adalah segala-galanya setelah berusaha..

sem kedua, lantas suraya nekad melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, yang mana sudah lama diimpikan lantaran tiada lagi kekuatan pd diri utk lakukannya..

sem inilah yang paling penting baginya,juga sem yang banyak menyebabkan dia menangis,tertekan dengan pelajaran yg agak susah dan perlukan komitmen yang penuh..tp suraya kuatkan dirinya,dia yakin apa yang dia buat dan usahanya pasti mendapat balasan dari Allah..

sekian..

apa yang saya nak simpul kan kt sini, proses mencari hidayah itu penting.jangan mngharapkan hidayah itu saja datang dari Allah, tapi mestilah ada usaha sampingan yang menunjukkan kita mahukan perubahan ikhlas semata-mata utkNya..

aku remaja
punya cita-cita
aku remaja dunia hari ini
hidup penuh pancaroba
remaja itu aku
berjalan aku melihat dunia
berlari aku mengejar impian
berenang aku meredah cabaran
remaja itu dunia aku
luas terbentang peluang
dan pilihan
tersilap langkah pastiku rebah
tepat langkah mara tapakku melangkah
aku remaja
ingin terbang melayang di udara
setinggi puncak kuingin mendaki
seluas lautan kuingin renangi
untuk aku lebih mengenali
siapa aku sebagai remaja
biar cita-cita menggapai awan
biar khayalan tak bertepian
biar dunia menjadi ujian
rapatilah aku dengan belas kasihan
nasihatilah aku dengan kelembutan
kerana aku seorang remaja
alangkah eloknya zaman remaja itu kita gunakan untuk gerak kerja Islam!! membantu teman-teman yang masih lagi diulit mimpi yang tak berkesudahan,keseronokan dunia yang melampau..
dan sudah tentu membantu diri kita sendiri...


Read more...

bittaufiq wannajah

>> Tuesday, May 12, 2009

bermula minggu ni, maka sibuk lah pelajar2 uia dgn study masing2 memandangkan end of semester 3 exam is around d corner.. "perlu ke exam ni?, kalau tak payah exam tak boleh ke?, leceh la.." macam2 ayat yang keluar, dulu pernah juga terfikir macam mana kalau dlm hidup seorang pelajar ni, tak perlu nak jawab exam, tak perlu nk ambil kuiz,.. boleh tak agaknya kalau diberi pilihan mcm tu?

pastinya tidak.kalau begitu, bagaimana kita nak tahu tahap pencapaian seseorang pelajar tu, macam mana tahap kefahaman dia..begitu juga persoalan mengapa aku diuji?peperiksaan tu seperti dugaan dan cabaran yang Allah berikan pada kita sejauh mana kita bertawakal padaNya..sejauh mana kita beriman pada qada' dan qadar..

tak semestinya kita belajar sahaja kita akan berjaya apatah lagi jika tak belajar langsung! apa yang penting di sini bukan kerjasama, tapi habluminallah yang perlu kita jaga..

yang dilihat & diukurNya bukan sejauh mana usahamu
tapi yang diharap sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA nan jitu..
pergantunganmu padaNya..
tapi tak bermakna tak perlu berusaha..
USAHA lah semampumu..
tapi janganlah sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
tapi TAWAKKAL mu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya..
itulah penentu kejayaanmu..
kejayaan bukan milik sesiapa,tapi adalah milik Allah..
justeru,hendaklah dikau pohon dariNya semata..


saya doakan kita sama2 berjaya dalam peperiksaan masing2..tunjukkan pada diri, apa lebihnya orang, apa kurangnya kita? Allah ciptakan setiap orang ada satu otak, bergantung pada pemiliknya bagaimana otak itu dimanfaatkan..wallahu'alam

"wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

surah Muhammad:7

RABU 13 MEI 2009
8-10 PM AMF :UNGS 2030

JUMAAT 15 MEI 2009
8-10 PM AMF : UNGS 2040

SABTU 16 MEI 2009
8-10 PM AMF: UNGS 2050

Read more...

sejenak utk saudaraku

>> Thursday, April 30, 2009





hari ini telah menjangkau ke 30 hari bulan April, esok bermula 1 hari bulan Mei..begitu cepat masa berlalu,lbih kurg 2 mggu lg,habis lah short sem ni..
tanggal 7 Julai nanti saya bakal ke Kuantan, x sanggup rasanya membayangkan kehidupan yg bakal bermula pd hari itu nanti..sibukkah? dgr2 ada yg kata bg medical student ni smpai 'no life'?

ntah lah, itu adalah satu sebab saya cepat2 membina blog ini. hajatnya bila dh di kuantan nnti setelah ada ilmu byk sikit, tp mengenangkan ilmu ALLAH itu luas, semakin kita belajar semakin itu lah kita merasakan kita ni kurang ilmu,banyak benda kita tak tau,jahil dan sebagainya..teringat kat kata2 ust syed syukri, antara ustaz yg paling best di SMKATJ..semoga ustaz sihat2 selalu..

saya ada baca sebuah buku yg di beli semasa Pesta Buku Antarabangsa di pWTC baru2 ni, tapi belum sempat dihabiskan lg,bukan sibuk menjadi alasannya tapi masa yang di amanahkan Allah itu tak pandai lagi saya nk uruskannya..lepas ni di Kuantan nnti,kena manage btul2 la nampaknya..

apa kaitan gambar2 di atas dgn post kali ini?ni antara kata2 yang menarik hati dan membuatkan timbul semula perasaan cinta pada saudara seakidah kita disana yang kian pudar..

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

* kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masijd al-Aqsa.

* kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

* kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

* selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. selama waktu itu juga, kami di jajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan juga diperangi.

* mengapa? hanya kerana kami mengucapkan lailahailallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

* kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan terus gugur syahid.


* kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.

* namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

* jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sehaja, nantikan hari pembalasan.


* kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.


* kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua"


apakah perasaan anda semua? kalau nk dibandingkan semangat jihad rakyat palestin di sana dgn rakyat Malaysia bagaikan langit dengan perigi (lg jauh, bak kata sir iskandar arnel)..kita semua terlalu mengagungkan budaya barat, hiburan yg terlalu melampau..kanak2 palestin telah faham erti perjuangan,jihad dan juga mati syahid..sedangkan kanak2 kita, atau orang kita lebih faham erti keseronokan, kemewahan dan juga nafsu yang melampau-lampau..

"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik"

al-Imran:14

saya sendiri takut memikirkan bagaimana keadaan kita di hari kebangkitan nanti, adakah termasuk dlm golongan yang menerima amalan di tangan kanan?atau sebaliknya tangan kiri, wa nauzubillah..

seandainya kita mati di saat ini, apakah cukup selama ini amalan kita?adakah solat kita selama ni diterima ALLAH?ibadat kita yang lain2 tu bagaimana..sama2 kita bermuhasabah..

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP