Hari Didoakan Keberkatan Umur

>> Sunday, January 13, 2013

dengan nama Allah yang memberi kudrat untukku menaip dan dengan nama Allah yang masih memberi peluang untukku beramal soleh bagi bekalan ke akhirat nanti.

13 Januari..
mesej pertama mak mengatakan tepat 1230 malam di usung masuk ke labour room, dan sejam kemudian, anak mak yang paling ringan 2.8kg dilahirkan. mak cakap aku yang paling senang dilahirkan, moga aku jua senang di jaga dan menjadi antara anak yang soleh buat bekalan mak dan abah nanti. T_T
doakan kakcik jadi anak yang baik dunia akhirat....



rata2 sahabatku mendoakan keberkatan umur. terima kasih atas ingatan dan doa. moga umur kita semua mendapat berkah dari Allah.

"tak rasa untuk menjadi yang pertama untuk ucapkan selamat hari jadi kerana mungkin mengharapkan yang lain untuk ucapkan yang pertama

tak terasa untuk menyambut yang pertama kerana mungkin yang lain berebut untuk menjadi yang pertama

tak terasa untuk memberi sesuatu kerana mungkin yang lain lebih banyak memberi tapi nak awak tahu kita sentiasa nak menjadi yang pertama untuk sentiasa mendoakan awak..."

sayang awak sampai syurga jugak shahira! moga kita nanti dipertemukan di syurga T_T


hari ini adalah seperti hari2 biasa yang lain. tidak ada istimewanya. aku mengingatkan diriku. usah mengharap seperti kanak2 lagi, di mana ada kek yang disambut, ada hadiah berbalut indah, ada beratus-ratus mesej mengucapkan selamat hari lahir. aku mengingatkan diriku lagi bahawa Allah menjadikan hari ini sedikit lain daripada yang lain agar aku musahabah kembali, apakah umurku selama ini sudah cukup amalnya? adakah umur aku ini dalam berkat Allah? adakah amalan ku sudah mantap menjanjikan aku tiket ke syurga?
cek balik. cek balik...

 Sahabat Rasulullah SAW, Saad bin Muadz, masuk Islam ketika berumur 31 tahun, dan syahid ketika umurnya 37 tahun, dan Rasulullah SAW bersabda, "di saat kematian Saad, bergegar arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan bumi"
Saad dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya, kerana hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.. Allah, berkatnya umur Saad bin Muadz

Imam Nawawi meninggal ketika umurnya 45 tahun, umur yang tak panjang tapi berkatnya umur Imam Nawawi dengan ibadah, ketaatan pada Allah, dan tulisan-tulisan beliau sehingga kini menjadi rujukan..

semoga kita semua juga dikurniakan umur yang berkat, berkat dalam ketaatan pada Allah




Read more...

Awal Januari

>> Thursday, January 3, 2013

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang Maha Memberi lagi Maha Mengetahui

3 Januari 2013. hari ketiga dalam tahun baru 2013. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah atas segala nikmat Allah beri yang nescaya untuk manusia tidak akan mampu menghitungnya. terlampau banyak. banyak sangat. zalimlah diriku untuk mempertikaikan hanya sedikit ujian yang Allah beri sedangkan 'selautan' lagi nikmat Allah kurniakan padaku. Allah...

usai sahaja peperiksaan posting orthopaedics baru-baru ini, bergegas aku dan beberapa sahabat turun ke negeri di utara tanah air bagi menjalani posting forensik di salah sebuah hospital di sana. peluang yang Allah beri selama hampir seminggu untuk belajar serta mengkagumi kebesaran Dia dalam ciptaan manusia dan juga di samping itu dapat menjelajahi dan juga melihat peninggalan sejarah, sudah memberi rasa kagum dan taajub akan kebesaranNya. 


pandangan kehijauan sawah padi paling memberi padaku impak. masyaAllah cantik dan tenang ku melihat kehijauan, sungguh, padi-padi itu sedang berzikir kepadaMu Allah, membuatkan aku turut tenang melihatnya. 

subhanaAllah, alhamdulillah, Allahuakbar! 

p/s: jika itu kerana Allah, maka biarkan ia mengalir mengikut aliran Allah, ia berhulu dari Allah, biarkan ia berhilir kepada Allah! 

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP