Menang dan Kemanisan Usrah

>> Monday, January 31, 2011

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
walaupun di atas bumi Malaysia, Tenang tak dimenangi oleh Islam. tetapi pada hakikatnya, Islam telah menang, akan menang juga suatu hari nanti. pastinya mereka yang bekerja di Tenang itu diganjari oleh Sang Pemberi Hadiah. insyaAllah.

alhamdulillah. kemanisan berusrah, setiap kali berusrah, pasti akan ada satu semangat baru, ruh perjuangan memasak ranum, tersemai dalam diri setiap dari kita semua. mengimbau banyak kenangan manis lalu, aduh indahnya nikmat Allah yang satu ini! tak terbalas rasanya. salah satu usaha yang boleh di balas adalah bekerja untuk Islam, ya, bekerja untuk menegakkan kalimah Allah. semoga thabat diri kita semua.

tatkala ini aku sedang membaca buku 'MEMOIR TRAGEDI MEMALI', tak ku sabar nak mengkhatamkannya, dan mengalirkan air mata mengenangkan perjuangan as Syahid Ustaz Ibrahim Libya ini. suatu hari nanti, nak juga kongsi ceritanya di sini insyaAllah.

keranaMU ya Allah, yang menemukan aku dengan jalan ini, biar apa pun yang terjadi, takkan ku berpatah balik ya Allah.. Akan ku terus mara memperjuangkan Islam dan nasib umat Rasulullah biar apapun terjadi.. Apapun ya ALlah, Engkau tahu kudratku lantaran diriku punyai kelemahan seorang hamba, bantulah aku ya Allah, kuatkan aku dengan persahabatan dan peneman di kalangan orang-orang yang mencintaiMu, agar apabila aku lemah, dan hampir tersasar, mereka hadir untuk mengingatkan diriku. Dan ku mohon, ku merayu padaMu, jangan Engkau tinggalkan aku keseorangan apatah lagi tanpa cintaMu dalam meredah perjuangan yang penuh liku ini...

Read more...

Anak Soleh

>> Wednesday, January 26, 2011

Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

perasaanku terusik bila memasang lagu nasyid ANAK SOLEH nyanyian Rabbani. hati ini mengakui sejak semester ini sudah jarang aku hubungi mereka.jarang itu bermaksud tidak seperti dulu, iaitu setiap hari aku menghubungi emak. homesick yang tak pernah habis.

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka


sejak jadual planner ku penuh, nak kata sibuk sangat tak lah sangat, teringatkan mak abah nun jauh di terengganu, tapi tak sempat nak call. jadi sekarang 2 hari sekali baru call.


Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

lalu, sejak minggu ini, tiba-tiba lebih homesick pula, semalam baru lepas hubungi mak, lantas aku call ayah aku pulak lepas dengar nasyid ni..huhhu T_T

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

apa yang aku harapkan aku dapat menjadi anak yang solehah untuk mereka. ya Allah, kau lindungilah mereka sentiasa. aku sayang mereka keranaMU ya Allah.

MORAL VALUE:
-sentiasalah menghubungi ibu bapa, mendoakan kesejahteraan mereka

Read more...

Rapuhnya Hati

>> Tuesday, January 25, 2011

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

iman manusia sering bertambah dan berkurang
hari ini insaf, bertaubat, esok terlalai kembali,
lalai dari mengingati DIA

seribu mimpi
berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata

sering lalai, lalu mengalirlah air mata di pipi,
kesal diri ini di hadapan si DIA,
gagal. gagal dari menjadi seperti Rabiatul Adawiyah


kupersembahkan kepadamu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh
dalam langkah
kadang tak setia kepadaMU

sesungguhnya aku sangat memerlukanMU, mencintaiMu, ingin sekali diri ini yang serba hina menatap wajahMu di syurga nanti.


namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMU

maafkanlah bila hati
tak sempurna bila hati
mencintaimu
dalam dada dirimu yang bertakhta


sungguh aku merinduiMu, rindu pada kasih sayangMu, aku tau tidak pernah sekali pun aku terlepas dari perhatianMU..

Read more...

Hadiah Hari Lahirku

>> Saturday, January 15, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

13 Januari lalu hari di mana aku dilahirkan dengan penuh susah payah oleh emak yang tersayang. pada 1.30 pagi berjayalah seorang bayi dilahirkan dengan sempurna. alhamdulillah syukur pada Allah, dan terima kasih kepada emak dan abahku yang menjadi orang perantaraan yang membawa aku ke dunia. lalu melayari kehidupan di dunia ini sebagai seorang khalifah dan juga hamba Allah.

alhamdulillah sekali lagi, pada tahun ini aku mulakan hari kelahiranku dengan sebaik-baik yang pernah diwajibkan oleh Allah suatu ketika dulu. Allah pernah berfirman jadikanlah solat tahajud itu sebagai ibadah tambahan bagimu, dengan harapan Allah dapat menaikkan kedudukanmu. lebih kurang begitulah mafhumnya.

sewaktu hari lahir kita sudah tentu banyak kiriman-kiriman ucapan selamat hari lahir daripada sahabat-sahabat, lebih-lebih lagi di facebook. aku menghargai ucapan, ingatan mereka terhadapku, dan aku sangat terharu apabila mendapat kiriman doa daripada mereka. berlinangan air mata ini terharu, dengan nikmat sahabat yang dikurniakan Allah.

"ya Allah, kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mata, kerana takut kepadaMU. perkenankanlah doa kami, ya ALLAH.. sebelum mengalirnya air mata darah- doa RASULULLAH SAW"
dari seorang naqibah



"sesungguhnya perjuanganmu itu sedikit sebanyak memberikan aku kekuatan untuk mengubah diri ini, memberi sedikit harapan andai mungkin satu hari nanti mungkin aku jadi sepertimu, walaupun itu mungkin akan menjadi mujahadah terbesar bagiku dalam hidup ini.
sahabat, di hari lahirmu ini bukanlah kek, bukanlah tiupan lilin, apatah lagi paklah yang menjadi kayu ukur betapa aku hargai persahabatan ini. andai sahaja aku boleh buktikan...andai saja kau mengerti...
semoga kau menemui ketenangan sahabat"


berjujuran air mata ini, bersyukur kehadrat ILAhi kerana punyai sahabat-sahabat yang memahami dan mendoakanku..
alhamdulillah, kerna doa mereka, kerna nasihat mereka, aku kuat pada saat ini..malah aku serahkan hidupku untuk ISLAM. aku mulia kerana ISLAM

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP