>> Friday, June 24, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

berlalu dua peristiwa, yang mana bagiku sebagai hambaNya mengakui kebesaranNya dan betapa luas ilmu Allah SWT. Allah al- Alim, Allah yang Maha Mengetahui. Dia yang Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini tidak tahu. Dia yang Maha Mengetahui perkara ghaib.

kita sebagai hamba sangat terbatas ilmunya. semakin kita belajar, semakin kita tidak tahu. semakin bodoh dirasakan. masih terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Syed ketika form four dulu. semakin kita belajar sesuatu, kita dapat rasa 'rupanya banyak lagi yang kita tak tahu', atau ayat kasar 'jahil sangat sebenarnya aku'. ilmu yang ada dalam jiwa kita ni sebenarnya hanya pinjaman dariNya. semua yang ada dalam diri kita sebenarnya milik Allah. rugilah sesiapa yang bongkak merasakan dia tu bijak. semua orang, yang pandai, yang kurang pandai, yang cantik, yang kurang cantik, semuanya ujian dari Allah. adakah kita bersyukur dengan kebijakan yang kita ada? adakah kita bersyukur dengan kecantikan wajah kita? adakah kita redha dengan kurang bijaknya kita? adakah kita redha dengan kesederhanaan wajah kita? alangkah beruntungnya orang yang sentiasa mensyukuri kejadiaan dan kurniaan Allah padanya.. Dia tak pernah melihat cantiknya rupa seseorang itu, kayanya dia, bijaknya dia, tetapi hati di mana letaknya ketaqwaan seseorang hamba itu kepada Allah..

peristiwa pemergian arwah Adha yang merupakan pelajar UIAM tahun kedua bioteknologi, mengejutkan lamunan ,khayalan manusia di mana setiap manusia itu akan kembali kepada pemiliknya, Allahu Rabbul 'Alamin.. cukuplah dengan kematian itu menjadi peringatan buat yang hidup. mati itu pasti. di mana, bila, bagaimana itu lah yang terkandung dalam perkara-perkara ghaib, hanya Allah yang Maha Tahu. teringat lagi kata-kata ini, bagaimana kehidupan akhirat kita bergantung bagaimana kita mati, dan bagaimana kita mati, begitulah kehidupan kita di dunia. sesiapa yang mahukan kehidupan bahagia di akhirat, kubur kita menjadi seperti salah satu taman di syurga, matilah dengan husnul khatimah, pengakhiran yang baik, dan bagaimana nak capainya? dengan kehidupan yang baik di dunia. moga Allah kurniakan kepada kita..

peristiwa kedua, menunjukkan pentingnya pergantungan kepada Allah, mencari-cari ketenangan hati yang mana datangnya dari DIA. ternyata, sesuatu yang berlaku mestilah dengan kehendak Allah jua. kita berkehendak, dengan memohon bantuan Allah, Dia yang Maha Tahu perkara ghaib, dan apabila tidak selari dengan iradah Allah, maka sesuatu itu pasti tidak berlaku. redha lah dengan keputusanNya dan sentiasa bersangka baik denganNya. Cek balik dalam al-Quran,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” al-Baqarah:216


Put your trust in Allah..
InsyaALLAH.. ^_^

Read more...

>> Thursday, June 2, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

saat ini tika ini sedang berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas kali 57 di Selangor. jika tahun lepas berlangsung di Putik, Kelantan. kali ini masih gagal lagi untuk aku turut serta. ya Allah, moga ada rezeki untuk aku pergi tahun hadapan jika umurku masih panjang!

tertarik pada ucapan perasmian muktamar Dewan Muslimat PAS yang disampaikan oleh TGNA, apabila beliau menyebut kembali sirah tentang penglibatan golongan wanita/muslimat dalam perjuangan suami seperti isteri Nabi Luth dan Nabi Nuh yang menolak dakwah suami mereka dan menjadi penentang utama. dan kisah Asiah isteri Firaun yang menjadi perumpamaan bagi orang yang beriman, memperjuangkan agama walaupun suaminya penentang Islam. begitu juga Saidatina Khadijah Khuwailid sangat menyokong perjuangan suaminya baginda Rasulullah SAW.

memetik kata-kata beliau lagi,

Saya ingin mulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan kita Parti Islam Semalaysia (PAS) ini merupakan satu ibadah di medan siasah dan dakwah pasti akan diganjari oleh Allah SWT dengan kebaikan insya-allah. Perlulah diingatkan PAS adalah Gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk membebaskan umat Islam dari kepungan jahiliyah moden ini berpandukan syara' mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.

lagi kata-kata TG yang menarik dan mengobarkan jiwaku yang gersangkan majlis ilmu dan hamasah perjuangan pabila...

Apa yang utama dalam siap siaga itu ialah Ahli-ahli Dewan Muslimat sewajarnya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu untuk bersaing di peringkat nasional. Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan. Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan. Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain.

Air mata kami tumpah saat menutup tirai muktamar dgn tangan mengenggam erat dan melaungkan doa wehdah dan doa Rabitah...Tuhan,,anugerahkanlah kami kemenangan atau kami syahid dikubangan darah utk menjulang Agama ini......selamat bermuktamar teman.... Harakatul ummah ini akan terus menerjang badai jahiliah di belantara gelap politik ciptaan penguasa. (Ustaz Riduan Mohd Noor, 2011)

Allahuakbar! Allah takkan sia-siakan usaha seseorang yang ikhlas berjuang keranaNya dan yakinlah bahawa kemenangan Islam itu pasti, biarpun tak sempat untuk kita lihat, yang pastinya usaha itu pasti diganjari Allah SWT.

* manfaatkan nikmat cuti ini dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk diri, agama dan keluarga.
* akan tunaikan hak diri pada teman-teman yang bakal menamatkan zaman bujang sabtu ini, iaitu kak Alang dan kak Amalina, selasa ini untuk Husna Izzati.. insyaAllah
* ya Allah semoga Kau berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban ini dan sampaikan lah kami kepada Ramadhan



Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP