sejenak utk saudaraku

>> Thursday, April 30, 2009





hari ini telah menjangkau ke 30 hari bulan April, esok bermula 1 hari bulan Mei..begitu cepat masa berlalu,lbih kurg 2 mggu lg,habis lah short sem ni..
tanggal 7 Julai nanti saya bakal ke Kuantan, x sanggup rasanya membayangkan kehidupan yg bakal bermula pd hari itu nanti..sibukkah? dgr2 ada yg kata bg medical student ni smpai 'no life'?

ntah lah, itu adalah satu sebab saya cepat2 membina blog ini. hajatnya bila dh di kuantan nnti setelah ada ilmu byk sikit, tp mengenangkan ilmu ALLAH itu luas, semakin kita belajar semakin itu lah kita merasakan kita ni kurang ilmu,banyak benda kita tak tau,jahil dan sebagainya..teringat kat kata2 ust syed syukri, antara ustaz yg paling best di SMKATJ..semoga ustaz sihat2 selalu..

saya ada baca sebuah buku yg di beli semasa Pesta Buku Antarabangsa di pWTC baru2 ni, tapi belum sempat dihabiskan lg,bukan sibuk menjadi alasannya tapi masa yang di amanahkan Allah itu tak pandai lagi saya nk uruskannya..lepas ni di Kuantan nnti,kena manage btul2 la nampaknya..

apa kaitan gambar2 di atas dgn post kali ini?ni antara kata2 yang menarik hati dan membuatkan timbul semula perasaan cinta pada saudara seakidah kita disana yang kian pudar..

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

* kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masijd al-Aqsa.

* kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

* kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

* selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. selama waktu itu juga, kami di jajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan juga diperangi.

* mengapa? hanya kerana kami mengucapkan lailahailallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

* kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan terus gugur syahid.


* kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.

* namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

* jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sehaja, nantikan hari pembalasan.


* kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.


* kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua"


apakah perasaan anda semua? kalau nk dibandingkan semangat jihad rakyat palestin di sana dgn rakyat Malaysia bagaikan langit dengan perigi (lg jauh, bak kata sir iskandar arnel)..kita semua terlalu mengagungkan budaya barat, hiburan yg terlalu melampau..kanak2 palestin telah faham erti perjuangan,jihad dan juga mati syahid..sedangkan kanak2 kita, atau orang kita lebih faham erti keseronokan, kemewahan dan juga nafsu yang melampau-lampau..

"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik"

al-Imran:14

saya sendiri takut memikirkan bagaimana keadaan kita di hari kebangkitan nanti, adakah termasuk dlm golongan yang menerima amalan di tangan kanan?atau sebaliknya tangan kiri, wa nauzubillah..

seandainya kita mati di saat ini, apakah cukup selama ini amalan kita?adakah solat kita selama ni diterima ALLAH?ibadat kita yang lain2 tu bagaimana..sama2 kita bermuhasabah..

Read more...

jauh di sudut hati..

>> Sunday, April 26, 2009



tidak tahu apa untuk dicoretkan pd pagi ni,tapi saya merasakan diri ini terlalu jauh dariNya,terasa ingin mencintaiNya sepenuh hati...YA ALLAH, betapa diri ini telalu kotor, hati ini penuh dgn kemaksiatan..YA ALLAH, nafsu lawwamahku terlampau tinggi, tiap kali melakukan dosa tiap kali beristighfar..jauh sekali utk mencapai nafsu mutmainah..

" tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim"

memetik kata-kata dari maza ya'ni intima'i lil islam karya Fathi Yakan, saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. ini adalah kerana mengingati Allah itu merupakan ubat penawar yang paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini..

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

surah al-Ra'd: 28

kata-kata ustaz Dasuki semalam masih mengusik hati, betapa diri ini masih jauh bertauhid yg sebenar-benar dgn Allah..namun, tidak terungkap rasa syukur, diri ini terpilih untuk menghadiri kuliah semalam bila mana pd masa yg sama, sahabat-sahabat rancak dengan aktiviti sendiri, kita hanyut dgn zikir pdNya, rindu pd Rasulllah saw..

ya ALLAH, kekalkan ku di jalan ini..ALLAHUMMAR ZUQNI ISTIQAAMAH

Read more...

dugaan golongan mukmin

>> Thursday, April 23, 2009




alhamdulillah ketiga-tiga midterm exm utk sbjek UNGS dh abis..selepas ini menyusul pula presentation dan juga term paper utk di'submit'..ini bermakna hidup tak akan pernah dpt releks,sntiasa ada sahaja kerja atau beban yg perlu tanggung..sama juga dlm hidup seharian kita,sentiasa ada sahaja dugaan dan ujian yg Allah telah tetapkan pada kita..

"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" "dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

(al-Ankabut:2-3)


"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

(al-Imran:142)

seharusnya kita terima dugaan yg diuji itu dengan rasa tabah dan redha,tanamkan dlm hati "sebenarnya Allah nk uji aku,adakah aku ni orang yang termasuk dlm golongan sabar dan beriman padaNya.."

jika di imbas kembali sirah Rasulullah SAW, kenapakah Nabi dan sahabat-sahabatnya rela menanggung segala azab sengsara dan penyeksaan sedang mereka ini dalam kebenaran?kenapa pula Tuhan tidak melindungi mereka?tidakkah mereka ini askar-askarNya dan Rasulullah pula pendakwah dan pejuang ke jalanNya.

segala kesusahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang dan pendakwah kalimah Allah demi untuk menegak satu masyarakat Islam yang sejati adalah sunnah dan suratan Ilahi sejak permulaan sejarah lagi,di mana terdapat beberapa hikmah yang terkandung didalamnya..

antaranya adalah sifat kehambaan dan ke'abdian manusia terhadap Allah 'Azza wajalla sepeti yang disebut oleh Allah:

"dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"

(al-Zariyat:56)

sekiranya kita telah mengetahui kesengsaraan setiap Muslim itu dalam menghadapi sesuatu ujian,apatah lagi dalam usaha menegakkan sesebuah masyarakat Islam,ketahuilah kita seharusnya tidak berputus asa sekiranya di uji dgn pelbagai dugaan dan cabaran...

seharusnya kita cuba untuk bersabar dan juga sedar bahawa setiap yang berlaku itu pastinya ada hikmah di sebaliknya, sabda Rasulullah SAW:

hikmah dan kebijaksanaan itu adalah barang hilang umat mukmin yang mesti mereka perolehi kembali

khatamul kalam, tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu adalah demi kebaikan diri kita,Dia yang telah menciptakan kita,maka Dia tahu akan kemampuan diri kita..



rujukan: Fiqh al-Sirah 1, oleh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti

Read more...

xpdc dakwah turun ke lapangan

>> Sunday, April 19, 2009























peserta dan juga seorang penduduk flat menemui tempat pembuangan tin gam









bismillahirrahmanirrahim

pd 18 April 2009, satu program xpdc dakwah turun ke lapangan diadakan.saya dan juga sahabat2 turut serta dlm program itu,di mana dimulai di Sekolah Rendah Agama Sri Pantai di Pantai Dalam.

satu pengalaman pertama yg bermakna dlm hidup,sebelum ini sudah pernah menjadi fasi dlm program anjuran Alumni SHAMS bersama pelajar UIA,tetapi kali ini berhadapan dgn pelajar sekolah rendah.

rasanya tak perlu saya mengulangi tentatif program itu,tapi bolehlah melawati blog kak artiza slh seorang yg turut serta dlm program itu http://www.atriza.blogspot.com/

perasaan seronok mendekati adik2 pelajar itu dan peluang ini saya gunakan sebaik yang boleh dlm misi 'berdakwah' pd golongan kanak2 ini..apa yang mengejutkan dgn suasana mereka yg sangat terdedah dgn pelbagai gejala sosial..kita yg sedewasa ini belum pernah lg mendengar tentang thai song (sejenis arak) dan juga kumpulan apache sereng..punca utama yg boleh menjurus kpd salah laku remaja sekarang ini adalah kerana didikan ibu bapa itu sendiri.mereka tidak mementingkan agama malahan sambil lewa sahaja dlm mengurus hal ehwal didikan agama anak-anak.


عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
[رواه مسلم]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.
(Riwayat Muslim)
hadis ke 34 ini mengandungi suatu pengertian yg bernilai utk diperhatikan dengan penuh minat oleh umat Islam demi kepentingan masyarakat.

selama ini kita hanya memberi alasan tidak kuat utk berdakwah seorang diri dan hanya mampu membencinya dgn hati sahaja.tetapi dgn adanya program sebegini kita boleh bergerak beramai-ramai,menyampaikan dakwah,dan menegur perkara yang munkar.

pada waktu petang,kami turun beramai-ramai ke kondo rakyat yg tidak berapa jauh dgn sekolah tersebut.malangnya kami tidak bertemu dengan mana-mana couple pun.bukan kita mahu mencari kesalahan mereka,tetapi sbg salah satu usaha utk menyampaikan dakwah kpd penduduk di situ.

pada waktu malam,kami bertolak ke Sri Penara,Bandar Seri Permaisuri. gerak kerja dakwah bermula slps solat isyak berjemaah.kami di bahagikan kpd 4 kumpulan bersama beberapa penduduk flat tersebut.kami meninjau blok D dan menyampaikan flyers kepada penduduk2 sekitar.

kami berasa kecewa kerana tidak bertemu dgn mane2 suspek yg terlibat dgn gejala sosial.kami hanya menjumpai 'sarang' mereka dan juga botol arak jenis tiger,tin-tin gam cap matahari,plastik-plastik yg berisi gam yg telah dihidu.saya sedikit terkejut dan takut memegang botol arak yg kosong itu sambil hati ini betulkan niat utk tujuang bergambar sahaja.mereka juga jadikan sarang tersebut utk melakukan maksiat dimana adanya 2 gulung tikar.betapa teruknya sosial remaja sekarang.saya tak dapat bayangkan bagaimana remaja-remaja inilah yg bakal menampuk pemerintahan negara.

saya rasa hanya setakat ini sahaja utk post kali ini..

keterangan lanjut boleh juga mengunjungi http://www.urusetialandas.blogspot.com/

"dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh berbuat yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"

surah al-Imran:104

Read more...

coretan pertama

>> Saturday, April 18, 2009

dalam kesakitan
teruji kesabaran
dalam perjuangan
teruji keikhlasan
dalam ukhuwah
teruji ketulusan
dalam tawakal
teruji keyakinan
hidup amat indah jika segalanya kerana ALLAH

alhamdulillah,akhirnya terbina juga blog yang masih dlm proses 'tatih' ini..seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan dgn nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam,di atas penat lelah perjuangan baginda dlm menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk bumi ini..sebenarnya,apa kaitan kata2 di atas dlm post ini?saya tertarik dgn ayat ini "dalam tawakal teruji keyakinan",dan juga fa'iza 'azamta fatawakkal 'alallah,jika kamu berazam,maka bertawakal lah pada ALLAH..suatu takdir yg telah ditentukanNya benar2 menguji keyakinan saya terhadapNya,bila mana setelah kita berusaha sedaya mampu,sekuat yg boleh utk mencapai sesuatu tiba2 ALLAH telah menetapkan aturan kita sebegitu..peristiwa itu membuatkan saya berfikir-fikir,mungkinkah saya tak dapat menggembirakan mak abah melalu cara ini,lalu saya bertawakal dan redha apa sahaja yg ALLAH tetapkan,ianya terbaik utk kita. .

setelah melalui fasa kesedihan (bak kata adik),akhirnya ALLAH telah mengurniakan satu nikmat dan ujian (sebenarnya)..tak terungkap rasa syukur ini,dan sebenarnya ini adalah satu amanah dariNya yang perlu saya gunakan sebaik-baiknya..utk mak abah,ini my first step utk proses menggembirakan mereka dan juga pastinya utk berjuang demi ISLAM..

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP