>> Monday, June 29, 2009

tak terungkap kata. tak terungkap rasa di hati. ketika aku melayari satu persatu blog, aku tersinggah di blog student mesir yang berasal dari terengganu (klik sini), aku baca entry2 nya, dan lahir rasa kagum di hati terutama pada entry terimalah realiti mengupas tentang mahasiswa dan politik. tanpa aku sedari, apabila aku membaca di shout box, tuan punya blog itu sudahpun meninggalkan dunia ini, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

al fatihah untuk arwah. walaupun aku tak mengenali arwah mahupun isterinya, tetapi terasa dekat. baru sahaja aku baca cerita arwah ammar yang meninggal accident di mesir. dan kini..

dan kini aku mula mengerti lagu kau sahabat kau teman. mati itu pasti.

semoga roh arwah datuk dan nenekku, arwah ustaz wan nordin, arwah bro asmady, arwah ibu saudaraku dan juga arwah sahabat2 ku, dan kedua-dua arwah ustaz wan salimi dan ammar terletak di kalangan orang2 yang beriman..

sabda nabi SAW : " SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING BIJAK ADALAH ORANG YANG BANYAK MENGINGATI MATI"

Read more...

perkongsian tazkirah

jiwa terasa kosong. lalu aku mencari blog sahabat2 utk di baca dan mungkin dapat mengisi jiwa yang ketandusan tazkirah ini.. aku copy paste saja cerita yang diambil di blog itu.

cerita ni sudah pernah di baca dan mungkin sudah banyak di dengari..

Pada suatu hari, seorang lelaki kaya sedang makan bersama isterinya. Sedang asyik mereka makan, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah..

Beberapa tahun kemudian, dengan takdir Allah, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain..

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya itu mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menekup muka sambil menangis..

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, ''demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu"..

Rasulullah S.A.W telah bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''..

Anas bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''..

ya. hidup itu bagaikan roda. teringat pada adik LDK ku di smkatj. dia melukiskan gambar roda melambangkan hidupnya yg sekejap berada di atas, dan sekejap di bawah.

begitulah iman kita sebagai manusia, hamba Allah yang lemah. iman yang bertambah dan berkurang. seperti juga kubah. yang menaik bentuknya dan menurun.

Read more...

kem kenal Islam

>> Saturday, June 27, 2009

"salam...fasi diperlukan segera untuk tamrin form 1 n form 2 asrama tok jiring pd 25 & 26/6 di smka tok jiring... " begitulah bunyi mesej yang adik kirim pagi selasa tu.. mula2 saya keliru, rasa nak join tp diri ni mcm lemah lg tp pd masa yg sama nak sgt sebab adik2 tok jiring sendiri..


tapi, petang jumaat tu saya ada program, wawa ada jemput makan kt rumah..sama jugak dengan adik & mirah.. lastly, kami join jugak semata2 LILLAHI TAALA (betulkan niat balik) sebab program tu tamat sebelum solat jumaat..alhamdulillah Allah mempermudahkan kami..

kira dua kali saja kami adakan meeting untuk bincang tamrin ni yang dinamakan "kem kenal Islam" yang berobjektifkan untuk mendedahkan adik2 tentang Islam dan juga disamping untuk mengeratkan ukhuwwah di antara senior dan junior..


program mula lepas asar, tapi saya, hazirah dan juga 'amirah sampai agak lewat dan tak sempat untuk last briefing. pendaftran adik2 di handle oleh adik2 form 4 n form 5. majlis pula dirasmi oleh cikgu kesayangan, ayoh ngah (panggilan bdk2 asrama) atau cikgu bakar sebagai penolong kanan kokurikulum.. slps tu ucapan oleh akh yusof dan seterusnya warta disiplin dan kebajikan serta keselamatan di keluarkan..

kebanyakan fasi adalah student uia dan hanya seorang mewakili utp iaitu muslimin dan ukm pula oleh 'amirah dan hanya kami bertiga wakil batch spm 06. sebelum solat maghrib berjemaah di surau, kami mengagihkan barang amanah iaitu 3 butir beras.

slot kuliah lepas maghrib oleh akh Yusof mengenai akidah dan juga ibadah. selepas solat isyak, selayang pandang pula, fasilitator mengenalkan diri masing2 dan pembahagian grup utk LDK berlangsung. pembahagian ni agak menarik buat diri saya, di mana kami fasi diberi gambar yang sudah dikerat dlm bentuk puzzle. adik2 dikehendaki menutup mata dan sambil itu berzikir. kami pun mengagihkan gambar2 tu pada adik2. setelah itu barulah adik2 dikehendaki mencantumkan balik..dan di akhirnya fasi yang akan melengkapkan puzzle tu.

LDK mengambil masa dalam 45minit, banyak benda yang kami fasi sampaikan pd adik2. main2 juga, tp kami selitkan juga dakwah tentang Islam. tentang peranan kita, hubungan antara akidah,ibadah dan juga akhlak..moga2 adik2 dapat apa yang saya sampaikan..dan kami bertawakal juga jika disebabkan dosa dan maksiat fasi, menjadi hijab untuk sampaikan mesej pada adik2..

selepas itu, slot disiplin pula tiba. kesian kat adik2, akak2 fasi pun turut terkesan dengan ketua disiplin. moga sampai pada adik2 mesej kami. selepas penat dimarahi dan ditengking, slot muhasabah pula mengambil tempat. nampaknya objektif sedikit tercapai, bila adik2 muslimat mengeluarkan air mata kesedaran..cuma adik2 muslimin yg mungkin agak keras jiwa mereka..

berakhir sudah muhasabah, sebelum tidur mereka menunaikan solat sunat taubat..esok pula kami kejutkan untuk qiamullail..kuliah selepas subuh pula disampaikan oleh akh Hafizi (kalau x silap) pelajar dari smaasza tentang akhlak. kuliah pg itu saya rasakan menarik, tp mungkin sedikit berat untuk adik2 form 1 & 2.

sedikit yang membuat kami terkesan apabila akh tersebut menceritakan kisah Rasulullah SAW apabila ketika baginda bertanyakan pada malaikat Jibril, tentang siapa yang berada di tingkat2 neraka. malaikat jibril menerangkan puak2 yahudi, nasrani dan juga golongan munafik yang akan berada di tingkat bawah neraka. Rasulullah bertanya pula pd Jibril, siapakah pula yang ditempatkan di tingkat atas neraka? malaikat Jibril berat untuk menjawabnya, setelah berkali2 baginda Rasulullah bertanya, malaikat Jibril berkata "umatmu yang akan berada di atas"

Rasulullah terus terdiam dan sejak dari itu, baginda berkurung di dalam bilik baginda. ketika sahabat baginda ingin bertemu, baginda tidak keluar. hanya setelah anak baginda Rasulullah, iaitu saidatina Fatimah datang dan memujuk baginda barulah baginda Rasulullah keluar..

begitulah kasih sayang Rasulullah terhadap kita, umat Muhammad. tapi adakah kita ingatkan baginda? adakah kita cintakan nabi kita Muhammad SAW?

slot tresure hunt pula berganti, di mana ada 5 check point: modul ukhuwwah, akhlak, ibadah, minda dan juga hafazan. program berakhir dengan slot resolusi dan juga ikrar dari adik2..

walaupun program hanya singkat, tapi moga2 dapat memberi sedikit kesedaran buat adik2 untuk menjadi permata agama, pejuang buat Islam..dan banyak juga memberi seribu satu pengalaman dan juga pengajaran buat kami..

alhamdulillah, kami diberi peluang oleh Allah untuk menyumbang sedikit khidmat buat sekolah tersayang, sudah lama kami inginkan peluang sebegini..

Read more...

hujan air batu


ketika saya nak makan petang bersama keluarga pd petang itu, hujan turun dengan lebat. saya kira hari itu dlm 17hb, hari rabu kalau x silap. masa tu, saya rasa hairan skit, sebab bunyi nya agak kuat. memandangkan porch kereta kami beratapkan owning, jadi bunyi nya kuat kalau hari hujan. ayah saya pun ada kata "ke hujan batu?"

saya cepat-cepat berlari keluar, excited nak tengok.. subhanaAllah, terkedu lama saya ambil air batu tu. rasa sejuk, bentuk saiznya kecik je. sebesar biji dadu. air hujan yang turun tu, saya tak endah, betul2 kagum dengan ciptaan Allah yang satu ni. sampai lupa nak ambil gambar buat kenangan. sejak kecil lagi, pernah dengar hujan air batu kat rumah saya ni, tp tak pernah tengok depan mata sendiri. nilah kali pertama dalam hidup..alhamdulillah..

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

ada orang kata air batu ni boleh dibuat ubat, tak tahu lah sejauh mana kebenarannya..sampai jiran saya ni ada yang makan air batu tu, sebelum tu berselawat. mugkin boleh cuba kalau ditakdirkan bertemu lagi..

Read more...

demi masa

>> Monday, June 22, 2009

demi masa. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

(al-'Asr: 1-3)

kitakah golongan yang rugi itu? na'uzubillah min zalik.

insyaAllah rabu ini bermulanya 1 Rejab. sama2 kita memanfaatkannya dengan berpuasa sunat Rejab.

" ya Allah, berkatilah aku dalam Rejab dan Syaaban, sampaikanlah aku kepada Ramadhan"

Read more...

tag from her

>> Sunday, June 21, 2009

dh lame dpt tag dari kak fizah,tapi baru sekarang berkesempatan nak buat..hehe..syukran kak fizah,ni first time di tag.. :) saya x faham sgt pun macam mane ni,sy copy paste je la dr kak fizah blh? :))

rules & regulations:

  • DO NOT copy answers (sy x copy jawapan,cuma copy soalan je)
  • tagged questions MUST be 100% same
  • tagged people before doing d tag (boleh x saya tag org yg x ad blog? hehe)
i want to tag..

1. Nadhirah Ahmad Shukri
2. Nurhazirah Ali
3. Farah Najwa Abd Majid
4. 'Amirah Ahmad
5. Siti Nor Aina Mat Yazaz
6. Nur Izan Bazlina Aznordin
7. Fauziah Hanum Abdullah
8. Raihan Madihah Ghani
9. sape2 yg bace entry ni :)

d questions are..

~ how do u know 1?~
clasmet ms form 5, mula2 kenal dia ni dr form 1, glemer sbb 'mgkn' dia gigi besi kot(braces).. :)

~what would u do if u never meet 2?~
mungkin saya x akan jd sperti sy skrg.. :)

~what would u do if 3&4 dated?~
bertemu janji ke?mesti nk gi jupe cikgu raina! hehe.. (husnu zhon)

~would 5&6 make a good couple?~
diorang mmg rapat..blh kot.bukan couple yg bercinta tu neh..

~do u think 7 is attractive?~
yes. she is very creative n independent girl.. :)

~would u date 8?~
x paham la..

~tell me smthing about 9~
yang rajin membacanya sehingga habis.. :)

~what's 1's favourite past time?~
nape ye nad?ngemas kat dapur kot..nk jd mak dh kan.. :)

~what language does 2 speaks?~
bahasa terengganu yg agak pekat.. igt 'tubik'

~who is 3 going out with?~
xtau

~how old is 4?~
insyaAllah 3 hari lagi, bakal berumur genap 20 tahun..amik kesempatan nak ucap selamat hari lahir buat mirah..jd org first ke?

~when was d last time u talked to 5?~
mggu lepas.ms hantar aina ke rumah lps picnic

~who is 6's favourite singer?~
alamak,sape izan?klu nasyid,munif hijjaz kot!

~would u date 7?~
nk gi mane gee?

~is 8 single?~
i'm stil wondering it too..maybe she can answer it later! :)

~what's 9's last name?~
u answer it urself



sekian..mohon maaf jika ada tersalah kata atau tersinggungkan hati anda..semoga menerimanya sebagai gurauan dari seorang sahabat kpd sahabatnya..apa pun, saya sayang semua sahabat2 saya kerana Allah




Read more...

tautan ukhuwwah

>> Wednesday, June 17, 2009

"siapa yang menunaikan hajat saudaranya,Allah akan menunaikan hajatnya.." HR Muslim

masih terngiang-ngiang lagi kata-kata adik sewaktu kita mula merancang nak mengadakan rehlah dlm bulan Jun(waktu tu penghujung Mei).

"kita buatlah 9 Jun, suprise birthday adik lalu" lebih kurang ayatnya..masa tu aku bergurau, "adik kbo dh gitu, x jadi ar nak wat suprise.."
ms tu memang tak berniat pun nak adakan suprise.. tak lama kemudian, 'amirah selaku planner utk rehlah cadangkan kite buat suprise..mula2 nak buat 9 jun, tp byk sgt halangan..masa tu, timbul ura-ura sahabat kite tu nak bertunang waktu tu..tapi hanya gurauan semata..mirah plk yang ada masalah,terpaksa kami tangguhkan ke minggu depan(minggu ni)..

setelah kami bersyuro dlm conference ym baru2 ni, maka kami tetapkan nak buat 16Jun..masa tu empunya diri yang nak di suprise kan x masuk syuro pn..aku pn bukan main yakin ckp yg for sure adik mesti blh join rehlah tu..

keesokan hari, aku dapat tau adik mungkin xdpt nak join..aku terus mengirimkan berita pd mirah. mmg waktu tu, ak bls msg pn syadid je adk ckp..ha,geram punya pasal kot. adik kabo blh je truskan rehlah tanpa dia. dalam hati ni nak je dedahkan yg kite nak buat suprise kat adik,so nak x nak mesti adik kena ada..tapi,nanti bocor lah rahsia..aku pun sabarkan diri je, yakin Allah nak uji ketabahan aku dan sahabat2 dlm nak menggembirakan adik..aku pun yakin dengan kata-kata mirah, perancangan Allah lebih baik.

alhamdulillah,akhirnya adik dpt join,rehlah pun dpt dilaksanakan dgn baik..walaupun macam2 dugaan kami tempuh.tiba pagi hari yang ditetapkan tu, adik sms ajak aku teman dia gi sekolah, nak datang rumah lah..aku terpaksa tolak semua hajat dia..memandangkan ada agenda yang perlu dipenuhi..masak puding,beli kek,kerja2 rumah lain..sewaktu dlm perjalanan beli kek, mirah kabo mungkin adik dpt hidu kita nak suprise kan dia...sampai ada sahabat2 lain jadi tak semangat..

di pantai, kecoh jugak rancangan..dengan aku yang sampai lewat sekali(gara2 aina yang terlewat siapkan makanan)..plan kami ditukar.mula2 aina yang ditaklifkan keluar dari halaqoh dan ambik kek.tapi ditukar dgn wawa..tak tau la sebab apa.mungkin malam ni post-mortem blh tnye..sewaktu aku conduct game, aku terlupa nak kol wawa(taktik utk lari).nasib baik wawa bg alasan nak tgk kereta dia. dengan nadhirahnya plk yang dicabar utk membuat org menangis dlm game kotak beracun.tapi dengan aku sendiri yang tergelak2 sambil record sesi tu..adik pulak membuka matanya mengarahkan tukar org,sbb nadhirah xjd wat suasana sedih..nasib baik time tu kek terlindung dari pandangan dia..kalau tak,bukan adik yang disuprisekan, tapi kami yang tersuprise dgn plan x jadi tu..syukur alhamdulillah semua jadi,yang penting adik tersuprise..

sesi bermula dgn tazkirah disampaikan oleh birthday girl..honestly,aku tak dapat kusyuk sgt dengar, dgn memikirkan macam mane plan kami nanti..cuma aku dpt point yang utama dari surah as-soff, "mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu kerjakan?itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.."
memang aku sendiri takut dengan ayat itu,adakah aku ni termasuk dlm golongan tu?mintak dijauhkan..moga2 kita terletak dalam golongan orang yang beramal dengan ilmu yang hanya sedikit kita miliki..

sebelum maghrib,kami bertolak konvoi 3 buah kereta ke rumah adik..sesi rehlah kami diakhiri dengan doa rabithoh,moga2 ukhuwwah kita ni berkekalan ke akhir hayat dengan atas dasar kecintaan dan ketaatan pada Allah..

Read more...

awas! cuti yg panjang

>> Wednesday, June 10, 2009


cuti lebih dari sebulan.memang dengar menyeronokkan.tapi bahaya jugak kalau tak diisi dgn aktiviti2 atau perkara yg bermanfaat.sejak habis spm lg sy ditakdirkan tak pernah nak mengecapi nikmat cuti yg panjang.berbeza dgn sahabat2 saya yg lain,yang berpeluang cuti lebih dari lima bulan mungkin,saya terpaksa menghadiri program latihan khidmat negara(PLKN). tapi bukan pasal plkn yg saya nak cerita kali ni.baru lah saya sedar, hikmahnya. Allah tahu yg aku lebih lagho kalau cuti lame2 ni.

setakat ni, saya dah cuti dalam 3 minggu sebelum masuk ke kuantan, utk sambung ke peringkat ijazah pd bulan 7 nanti. dan setakat ni, terasa jauh.lagho dgn kemudahan internet nya. mungkin kalau di hitung dalam sehari banyak kali juga saya mengadap internet. dgn facebook nya, satu dugaan ni yang mencabar juga, tapi saya cuba untuk kawal penggunaannya. kemudahan astro tak usah cakap la. memang mencabar.

satu msg dari seorang ustazah,sy tatap.

"pd waktu cuti ni begitu lah, tv menjadi punca utama tarikan pada kelalaian."

"cubalah untuk bermujahadah, memang tindakannya perit, tapi natijahnya manis."

"usahakan untuk solat awal waktu, hafaz al-Quran, dan juga target untuk habiskan 2 buah buku sepanjang cuti ni"

"jika gagal buat, adakan satu denda spt puasa isnin khamis"

"isikan cuti dgn aktiviti yang berfaedah, jika tak, yang lagho akan mengisi"

memang nampak macam senang.tapi nak praktikkan nya yg susah. kalau duduk di hostel, boleh lah buat benda2 ni. tp kat rumah, macam mane? banyak betul alasannya kan..

kadang2 terlintas kat hati, best lagi kalau duk kt hostel. kita jd lebih banyak buat ibadat. kita lebih bergantung pd Allah. bila fikir2, nampak sangat kita ni jauh lg nak capai tahap istiqamah.namun, jangan lah Kau tarik nikmat keluarga ni dari aku. aku x mampu nak hadapinya..

ya Allah, jauhkan lah aku dan sahabat2 ku dari kelalaian mengingati Mu..tetapkan kami dijalanMu ya Allah..

Read more...

pemimpin ITULAH

>> Monday, June 1, 2009


saya masih ingat lagi salah satu bab dalam subjek sejarah masa form 4, menceritakan tentang sejarah kegemilangan Islam suatu ketika dulu. tp saya lupa apa tajuk bab itu, lagi pun pada zaman jahil tu, saya merasakan subjek sejarah sedikit bosan. tentang zaman umaiyah, abbasiyah, turki uthmaniah. ape tu? saya langsung tak tahu apa perlunya kita belajar? betapa teruknya saya waktu tu. tp alhamdulillah sekarang baru saya tahu kepentingannya. dan saya menyesal tak faham dan ingat betul2. hanya sekadar untuk dpt A dlm sejarah.

Mehmed Fatih. beliau lah yang berjaya menakluk kota constantinople. itu lah yang saya hafal dalam sejarah form 4 dulu. tapi baru sekarang, saya faham dan alhamdulillah tahu jalan ceritanya bagaimana. Sultan Muhammad Al- Fateh Penakluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib, baru saya habiskan minggu lepas. hebat jalan ceritanya, saya bagaikan berada pada zaman Turki Uthmaniah tu. betapa hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh, benarlah hadis Nabi Muhammad SAW :

"Kostantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"

sejak daripada itu, usaha untuk menakluk kota konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah. Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah. Khalifah Harun al-Rashid pada tahun 165 Hijrah, Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397, dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan. akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

setelah lebih 800 tahun, akhirnya hadis Nabi Muhammad SAW benar2 terjadi. sejak masih dalam perut bondanya lagi, ayah Sultan Muhammad al-Fateh mengimpikan penaklukan kota itu akan berjaya pada zaman anaknya itu. pelbagai usaha Sultan Murad dilakukan untuk merealisasikannya, termasuk menyerahkan anaknya untuk dilatih dan dididik dengan ilmu agama dan juga ilmu peperangan.

saya tertarik dengan salah satu kisah yang berlaku setelah kota konstantinopel berjaya ditakluk, gereja aya sophia dijadikan masjid. apabila tiba hari jumaat, mereka bersedia hendak mengerjakan sembahyang jumaat. timbul pertanyaan siapakah yg layak menjadi imam. pada asalnya dicadangkan guru Sultan Muhammad al-Fateh, Syeikh Syamsudin al-Wali, tetapi ditolaknya. syeikh itu mencadangkan orang yang lebih bertaqwa di antara mereka.

sultan Muhammad al-Fateh keluar ke kewasan lapang di depan masjid itu. baginda menyuruh semua tenteranya berdiri. antara soalan yang di tanya baginda:

1) siapakah yang antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang fardu lima waktu, sila duduk!

2) siapakah yang antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk!

3) siapakah yang antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud, sila duduk!

semua orang duduk, hanya seorang sahaja yang masih bangun, dialah baginda Sultan Muhammad al-Fateh. ternyata baginda seorang pemimpin yang baik. cuba kita bandingkan dengan pemimpin sekarang? fikir-fikirkan lah

tapi ternyata, baginda lah yang disebut-sebut oleh nabi kita Muhammad SAW dalam hadis itu.

sebenarnya ramai lagi pahlawan yang gemilang pada zaman dahulu, antaranya Salahuddin al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad dan Khalid al-Walid. mungkin ramai remaja di luar sana dan termasuk saya sendiri, kalau tidak di ikhtiarkan untuk baca kisah2 pahlawan Islam tu, kita tak akan tahu sampai bila-bila. moga diberi kesempatan dan dipermudahkan ALLAH untuk kita dapatkan ilmu ni.

" mengapa baca buku2 mcm ni? masuk periksa ke?" soalan yang terlontar oleh adik saya bila lihat saya baca sesebuah buku tu. tergelak juga. memang itu yang terfikir pd zaman jahil dulu, hanya baca buku yang akan masuk periksa..

sebenarnya semakin kita belajar, semakin kita rasa kita bodoh@jahil. ilmu Allah itu luas. kita hanya dipinjamkan sedikit cuma ilmuNya..

p/s: selamat hari lahir untuk mak pd 3 jun ni. semoga dipanjangkan umur, berada dalam keredhaan dan hidayah Allah selalu..kakchik sayang mak!

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP