kerinduan Ramadhan

>> Sunday, August 15, 2010

Ramadhan sudah menjejaki hari ke-5. hujung minggu yang pertama,suasana uia begitu sunyi memandangkan ramai yang pulang untuk sama-sama berbuka puasa bersama keluarga. terkecuali aku.sesal datang bertamu, mungkin ada hikmahnya aku pulang seminggu yang lepas, dan insyaAllah akan pulang pada minggu depan.rindu untuk berperasaan berpuasa di rumah, bertarawih, berjalan ke surau bersama mak.

Ramadhan 1431 Hijrah, alhamdulillah diizinkan Allah untuk masih dapat merasai nikmatNya ini. setiap kali Ramadhan, semestinya setiap dari kita mengharapkan Ramadhan ini yang terbaik, terbaik dari sebelum-sebelum ini dengan mensasarkan Ramadhan ini yang terakhir buat diri kita.. setiap sekali dalam setahun ini lah, amalan-amalan setiap umat Islam meningkat, diberi kekuatan oleh Allah untuk sama-sama mengejar keberkatan dan ganjaran yang melimpah ruah dalam bulan nikmat ini.

setiap kali berprogram/berkursus pasti di dalamnya ada matlamat-matlamat yang dikehendaki para penganjur buat peserta-peserta untuk mencapainya. pasti ada peraturan yang telah ditetapkan dalam kursus, dan peserta kursus wajib mematuhinya. dan selesai tamat kursus, pasti ada peserta yang berkobar-kobar semengatnya untuk berubah ke arah kebaikan yang di semaikan dalam kursus itu.

begitu lah Ramadhan, yang di programkan khusus untuk umat Islam oleh Allah agar kita beroleh ketaqwaan di akhirnya. permulaanya maghfirah, keampunan dan dijauhkan dari neraka. selesai sahaja Ramadhan, semoga kita peserta-peserta Nya istiqomah dengan pelbagai amalan yang dibuat, mendapat sesuatu hasil berpenat lelah berprogram. Ramadhan sama, Natijah berbeza. Ramadhan yang lepas, apa yang kita dapat istiqomah dengannya, Ramadhan kali ini apa pula?

kali ini, 10 terakhir Ramadhan sama-sama pulun mencari lailatul qadar bersama-sama menelaah pelajaran. memandangkan bakal menduduki peperiksaan end block pada minggu terakhir Ramadhan. berat ujian Allah kali ini, semoga dengan besar dugaan yang bakal bertamu, banyak lah amalan, redha Allah turut mengiringi dan mohon dipermudahkan..insyaAllah..

ya Allah, sungguh aku rindu! semoga Ramadhan ini terbaik dari sebelum ini..

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP