Mencuba Pakaian Syurga

>> Sunday, December 5, 2010

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.
Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.
Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?
Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?
Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?
"Eh, Minah ni, pakai jubah pula."
Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.
Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :
"Eh, Aishah, kenapa labuh sangat?".
Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.
"Erm, memang saya suka jenis yang macam ini."

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.
Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.
Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.
Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.
Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.
Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?
Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.
Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31).

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?

Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba "berhijrah" ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?
Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!

Sabda Nabi Junjungan

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah saw. ,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing." -H.R. Muslim

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.
Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.
Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api." H.R. Tirmizi

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.
Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?
Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?
Tiada.
Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?
Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.
diambil dari iluvislam.com

Read more...

buat isteri seorang pejuang

>> Sunday, November 28, 2010

tujuanku hanya untuk berkongsi, bukan bermakna apa-apa, untuk menaikkan semangat kita lagi (muslimat ) bahawa hidup kita nanti bukan seperti wanita/puteri UMNO tetapi MUSLIMAT!! bukan sepeti wanita biasa-biasa, tetapi sebagai sayap kiri perjuangan suami. insyaAllah

BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG

Jelmaanmu merentas bongkah sendu
Mengorban naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu

Isteriku…
Kehadhiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya

Isteriku…
Saban waktu , dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku

Isteriku…
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga

Isteriku…
Di senjakala , ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir Cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja

Isteriku…
Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari - hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu , sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku disisi
Rumahku , dirimulah penanti setia
Sementara bagiku , ia hanyalah dangau persinggahan

Isteriku…
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu

Isteriku…
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah

Isteriku…
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu

Isteriku…
Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu
Sayang isteriku… sayang isteriku

karya ustaz nasrudin hassan

Read more...

cerpen; sama-sama ambil apa yang baik

>> Friday, November 19, 2010

di copy paste dari : http://umairzulkefli.blogspot.com/2010/11/cerpen-akhi_10.html

Seorang teman seperjuangan sejak sekolah merintih
Mengatakan dirinya telah lama tidak mampu bertahajjud
Merasakan dirinya telah semakin melemah dan kotor
Melalu perantaraan Yahoo! Messenger
Mereka saling berbual dan memberi semangat.
Sungguh, kekuatan ukhuwah yang didasari keimanan seringkali menyegarkan

Terimalah :


Akhi...




Umairzulkefli
:
Akhi, istighfar...
merasakan diri kotor dan hina serta tidak berkemampuan itu wajar...
Kerana kita hanyalah hamba Allah...memiliki segala sifat kelemahan.
Sedangkan yang Maha Sempurna itu Dia, Allah SWT.
Namun perasaan-perasaan itu bukan semata-mata untuk dipendam
Apatah lagi mejadi penghalang untuk kita berbuat.
Ia wajib kita perbaiki
Jangan hanya menunggu waktu sepertiga malam untuk bertahajjud dan berdoa
Di saat ini sahaja, jika merasa lemah, ingat, hanya Allah yang mampu meningkatkan kembali keimanan kita.
Namun pasti, Allah tidak akan beri secara percuma.
Usaha perlu diletakkan.
Kerana Allah sudah jelaskan dalam firman-Nya:

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
[Q.S. Ar-Ra’du, 13:11]
Zulhakimi
:
insyaAllah ya akhi
Umairzulkefli
:
Kena usaha.
Kuatkan tilawah.
Sekali trtinggal tahajjud, ‘iqob diri kita.
Ganti dengan solat taubat beberapa rakaat.
Ganti dengan tilawah Al-Quran 1 juz.
Atau apa saja.
Zulhakimi
:
Ooo
Umairzulkefli
:
Dengan niat agar Allah mantapkan kembali iman kita.
Ingat, yang memantapkan iman kita bukan kita sndri, tapi Allah.
Dengan izin-Nya.
Makanya, kuatkan diri dengan berdoa.
Dengan ibadah-ibadah tmbahan yang lain
Dan ingat...
Walaupun kita lemah dalam ibadah khusus seperti tahajjud dan lain-lain
Malah sepatutnya kita perbaiki diri dengan menyampaikan nasihat-nasihat untuk diri kepada orang lain
macam yang nta pernah beritahu ana masa kat skolah dulu
Cercaan Allah terhadap orang yang berkata tetapi tidak berbuat itu hanyalah kepada orang yang berkata, tetapi memang mereka tak mahu buat
Tetapi buat mereka yang berkata dengan niat untuk berbuat, serta berusaha untuk berbuat, maka itulah yang sepatutnya dikatakan.
Zulhakimi
:
Benar akhi..
UmairZulkefli
:
wala tahinu....
wala tahzanu...
wa antumul a'lau
in kuntum mu'minin...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
[Q.S. Ali-‘Imran,3:139]
perbaikilah iman...
gilaplah khauf wa raja'...



UmairZulkefli
:
Akhi, antum ada insan yang dicintai?
Zulhakimi
:
ibu dan ayah
adik beradik ana
dan ikhwah-ikhwah
UmairZulkefli
:
Bayangkan seorang yang antum cintai
Antum berjanji untuk bercakap dengannya dalam telefon jam 11.30pm
Tengah-tengah tunggu, antum tertidur
Sedar-sedar jam 4am
Tengok-tengok di telefon...
6 miss calls
3 messages
Kenapa tak angkat?
Tadi janji nak call kan?
Sampai hati tidur dulu.
Hah, kalau antum yang mengalaminya,
Apa yang antum rasa?
Apa yang antum akan buat?
Jawablah pertanyaan itu
Ia umpama kisah pasangan yang sedang bercinta
Zulhakimi
:
Ana akan cepat-cepat call dia minta maaf
Kalau tak dapat ana bagi mesej pada dia
Ana minta maaf dan ana akan denda diri ini dengan buat apa pun yang dia inginkan
Umairzulkefli
:
Ya...
Itulah yang ana buat dahulu semasa bercinta semu
Cinta yang tidak diredhai
Dan sepatutnya itulah yang kita buat ketika kita sudah bertemu cinta sejati...
Datangkan rasa bersalah yang amat sangat kerana tidak menunaikan tuntutan tahhajjud
Kerana itulah waktu kita berdua-duaan dengan-Nya
Masa untuk kita bermesra denganNya
Lalu kita terlepas....
Makanya kita harus rasa bersalah yang amat sangat
Dan berusaha gigih untuk bertemu kembali dengannya
Biar apapun caranya
Tak perlu tunggu waktu lain
Sekarang juga ‘sms/call
Dia terima atau tidak...itu bukan urusan kita
yang penting, usahalah untuk mencari perhatian-Nya.

Kita sering merasa ingin disayangi manusia...
Namun pernahkan kita merasakan ingin disayangi pencipta perasaan sayang itu sendiri?
Ingin disayangi Allah?
Mengharap cinta Allah
Mengharap redha Allah
Sudahkah?
Susah untuk dijawab...namun berusahalah Ya-Akhi...
Pasti antum akan temui jawapannya...
Zulhakimi
:
Jazakallah


Umairzulkefli
:
Di saat kesusahan, cubalah untuk tersenyum
Bukan kerana kita gila
Tetapi kerana kita tahu, Allah sedang menguji kita
Untuk kita atasi ujian itu
Kerana Allah mahu kita jadi kuat
Walau apapun bentuk rintangan yang datang...
Biarpun daripada luar mahupun dalam diri sendiri...
Kita mampu atasinya
dan pasti, ujian itu kita akan mampu kita tempuhi...
la yukallifullah nafsan illa wus'aha...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
[Q.S. Al-Baqarah, 2:286]

kuatkan keyakinan antum
Antum pasti boleh
Jadilah Kimi yang bersemangat seperti di sekolah dahulu
Menyampaikan yang haq tanpa ragu-ragu
Mengharapkan kebaikan dalam hati mad'u dengan bersungguh-sungguh
Sanggup mengorbankan diri demi ummat...
Biar kepentingan diri tidak terpenuhi..tetapi kebajikan ummat dunia akhirat terjamin
Kerana kita para da'i tidak pernah mengharap apapun daripada dunia
Ia tiada nilai untuk dibanding dengan akhirat yang kekal selama-lamanya

Maka apa lagi yang perlu ditunggu?
Buat apa bertapi-tapi?
Buat apa beralasan
Demi mendapatkan apa?
Lalu Allah bertanya kepada kita dalam surah At-Taubah:

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.
[Q.S. A-Taubah, 9:38]

Berbuatlah akhi...
Terus-menerus memperbaiki diri
Tanpa ragu-ragu bahawa balasan akhirat yang kekal itu pasti ada
Pilih, mahu kekal di syurga, maka beramal baiklah
Mahu kekal di neraka, maka bermaksiatlah

choose...

Makanya, doakan ana sekali Akh...
Moga kita sama-sama berjuang di jalan ini dengan keyakinan yang kuat dan jitu kepada Allah

Zulhakimi
:
Waiyyakum Ya Akhi
Umairzulkefli
:
Insya-Allah...


Umairzulkefli
:
Tips untuk bangun tahajjud
Pertama:
Kurangkan makan, banyakkan berlapar
Zulhakimi
:
ana bnyk makanlah
ana makan dalam dulang
Dengan ahli beit
Umairzulkefli
:
Masa inilah nak mencuba
Bila dah lapar...
ingat, inilah perasaan nabi ketika diboikot
Mereka sampai terpaksa makan rumput
Para sahabat pernah bercerita, “Ketika itu najis-najis kami jadi bulat-bulat,kerana kami makan rumput dan kulit-kulit kayu.”
Ketika Perang Khandak...
Allah menguji dengan kelaparan
Para sahabat mengikat batu di perut untuk menahan lapar
Rasulullah bahkan lebih.
2 ketul batu diikat di perutnya...
Berlapar adalah sunnah...
Itu contoh daripada Da'i terhebat
Bagaimana kita?

Kedua:
cara tidur
Mengiring ke kanan menghadap qiblat
Tangan kanan di bawah kepala
Tangan kiri di atas punggung
Baca doa tidur
Baca 4 Qul
Berniat bersungguh2 nak bangun tahajjud
Tidur di tempat yang tidak empuk
insya-Allah

Akhi, ana kena beransur dahulu.
Doakan ana dapat bangun tahajjud
Zulhakimi
:
InsyaAllah
Allah yusahhiluk
semoga Allah mudahkan
Umairzulkefli
:
Jazakallah khair
Zulhakimi
:
Waiyyakum
Umairzulkefli
:
Assalamu’alaikum Warahmatullah
Zulhakimi
:
Wa’alaikumussalam Warahmatullah Wabarokatuh

Read more...

insaf sekejap?

>> Saturday, October 30, 2010

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

oktober ini, sudah 3 kali membuat post baru. berbanding bulan-bulan lain, paling banyak sekali saja, ada juga yang langsung tiada. mengapa? free sangat ke bulan ni? sibuk kah bulan-bulan lepas? wallahu'alam. yang pasti aku merasa mahu berkongsi banyak tika ini.

ya Allah. astaghfirullahal 'azim. kerap kali hati ini tidak tenang. terlampau banyak dosa dirasakan. ya Allah. sesungguhnya Engkau tidak pernah jemu mengampunkan hambaMu, melainkan hambaMu sendiri yang jemu memohon taubat kepadaMu. nauzubillah min zalik.

insaf sekejap? pernahkah kita terfikir yang kita pernah 'insaf sekejap'? sehari saja kita insaf? atau pun paling malang, beberapa minit saja? kerap kali kita tersedar akan sesuatu, dan membuat kita insaf, tapi hanya sebentar. sebentar sahaja perasaan insaf itu, lalu terus melakukan kesalahan itu. mengapa sebegitu jadinya? kerana mungkin persekitaran, biah kita yang banyak mempengaruhi kita.

kita di anjurkan jika berpeluang untuk merasa insaf, contohnya selepas membaca artikel dan tersedar, lalu segera lah mengerjakan solat jika masih berada di dalam waktu, atau pun sudah masuk waktu, dan pohonlah doa meminta Allah untuk menguatkan kita untuk istiqomah.

Read more...

macam-macam!

>> Friday, October 29, 2010

tujuan ulama muda masuk UMNO adalah untuk berdakwah, dan tidak mahu berpolitik. boleh percaya ke? dakwah? kata Fathul Bari, tentang isu IFF, jangan tegur pemerintah terang-terangan, hendaklah nasihat secara rahsia. hu, kalau dah terang-terangan membuat maksiat, perkara mungkar bermacam-macam, sampai bila kalau dah nasihat berlembut tetap tak menjadi?

boleh baca sini

sakit hatinya pada segerombolan 'ulama muda UMNO'!

Read more...

bicara Allah pada hambaNya

>> Thursday, October 21, 2010

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


ketahuilah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

astaghfirullahal 'azim, astaghfirullahal 'azim...

ya Allah, resah hati ini..

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." al-Baqarah:216

"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?" al-Ankabut:2

sungguh aku takut..

"wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." as-Saff:2-3

aku dekati terjemahnya...subhanaAllah..

"dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya, sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. tidakkah kamu mengerti?" al- Qasas:60

seakan-akan terpujuk apabila mendengar "itu tandanya Allah sayang padamu..."


BETAPA KUCINTA PADAMU JUA YA ALLAH....

Read more...

pabila bermulanya lafaz sakinah

>> Friday, October 15, 2010

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu

Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya

Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus




tika di berkumpul pagi itu, kakak ku ini memperdengar dan memasangkan video ini. syahdu lirik lagunya, tidak layak untuk aku berkata lebih lanjut memandangkan aku belum berpengalaman.

secara ringkas, ianya berkisar luahan seorang wali terhadap bakal suami anak perempuannya. permindahan amanah dari seorang bapa terhadap menantu. syahdu.

tanya lah pada yang lebih arif, sahabat-sahabat kita yang baru melangsungkan walimah malah yang lebih bertahun berpengalaman. mereka lebih merasa, lebih maklum akan beban tanggungjawab setelah terlafaznya lafaz sakinah itu.

bak kata ustaz hasrizal dalam bukunya, aku terima nikahnya bukan sahaja satu lafaz kata-kata yang lahir dari mulut, maka sah lah ikatan itu, tetapi bermula lah satu permindahan tanggungjawab dan amanah yang lebih besar..

tujuan aku hanyalah untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat yang sempat berkunjung ke sini. ambil lah ianya sebagai suatu peringatan yang berkemungkinan ada manfaatnya. insyaAllah.


p/s: untuk dengar lagu, klik sini



bila mendengar kata-kata seorang sahabat, "selagi belum merasa manisnya beribadah pada Allah, belum masa untuk ke arah itu lagi.." ya Allah, terpana. aku ingin juga sepertinya.

Read more...

selangkah mendekatimu

>> Thursday, October 14, 2010

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

kali terakhir blog aku adalah ketika di awal Ramadhan, sekarang sudah pun menjangkau ke Zulkaedah. malam ini terasa untuk menaip sesuatu.untuk apa? berkongsi rasa,rasa nikmat nya diuji Allah itu sebenarnya.

ramai sahabat2 yang menegur aku kebelakangan ini (semenjak habis seminar presentation) sangat-sangat excited, happy, suka menyakat orang, berbanding sebelum itu, so stress! sungguh aku tak perasan. betul juga sebenarnya. but that's not the main reason.

ujian Allah. dugaan Allah. sentuhanNya. tarbiyyah Nya. banyak perkataan yang hampir sama maksudnya. aku lebih memandang 'that reasons' itu adalah satu ajaran dari Allah. memang payah kita nak hadapi tapi payah lagi ujian Allah terhadap Nabi kita, apa sangat lah nak dibandingkan.

pengalaman. pengalaman adalah suatu yang banyak mengajar kita. dari apa yang kita telah alami, sedikit sebanyak memberi panduan dalam kehidupan.

suatu peristiwa yang berlaku yang juga merupakan salah satu 'the reasons' cukup mengajarku. pertama kali berlaku dalam sejarahku. ya! berlaku ketika aku langsung tidak menyangka bahawa ia akan terjadi. tapi apa yang lebih mengajarku adalah rentetan dari peristiwa tu. yang mana boleh menunjukkan pada kita yang mana betul, yang mana salah, yang mana bersama kita, yang mana lari meninggalkan kita. tangisan air mata mengalir bukan hanya kesal dengan sikap sendiri, sikap orang lain, juga kasihankan 'mereka'. 'mereka' yang aku sayang.

alhamdulillah, semuanya dah settle.

semua yang terjadi membuatkan aku lebih dekat denganMu ya Allah. apa yang aku pohon agar aku dikekalkan dalam perasaan ini, dalam mengejar cintaMu ya Allah. ampunkan dosa aku yang sangat lalai mengingati Mu ya Allah. ya Allah, ya Allah. ya Allah.

p/s: terngiang-ngiang amanat TGNA: jangan tinggal al-Quran, dhuha, tahajjud.

Read more...

kerinduan Ramadhan

>> Sunday, August 15, 2010

Ramadhan sudah menjejaki hari ke-5. hujung minggu yang pertama,suasana uia begitu sunyi memandangkan ramai yang pulang untuk sama-sama berbuka puasa bersama keluarga. terkecuali aku.sesal datang bertamu, mungkin ada hikmahnya aku pulang seminggu yang lepas, dan insyaAllah akan pulang pada minggu depan.rindu untuk berperasaan berpuasa di rumah, bertarawih, berjalan ke surau bersama mak.

Ramadhan 1431 Hijrah, alhamdulillah diizinkan Allah untuk masih dapat merasai nikmatNya ini. setiap kali Ramadhan, semestinya setiap dari kita mengharapkan Ramadhan ini yang terbaik, terbaik dari sebelum-sebelum ini dengan mensasarkan Ramadhan ini yang terakhir buat diri kita.. setiap sekali dalam setahun ini lah, amalan-amalan setiap umat Islam meningkat, diberi kekuatan oleh Allah untuk sama-sama mengejar keberkatan dan ganjaran yang melimpah ruah dalam bulan nikmat ini.

setiap kali berprogram/berkursus pasti di dalamnya ada matlamat-matlamat yang dikehendaki para penganjur buat peserta-peserta untuk mencapainya. pasti ada peraturan yang telah ditetapkan dalam kursus, dan peserta kursus wajib mematuhinya. dan selesai tamat kursus, pasti ada peserta yang berkobar-kobar semengatnya untuk berubah ke arah kebaikan yang di semaikan dalam kursus itu.

begitu lah Ramadhan, yang di programkan khusus untuk umat Islam oleh Allah agar kita beroleh ketaqwaan di akhirnya. permulaanya maghfirah, keampunan dan dijauhkan dari neraka. selesai sahaja Ramadhan, semoga kita peserta-peserta Nya istiqomah dengan pelbagai amalan yang dibuat, mendapat sesuatu hasil berpenat lelah berprogram. Ramadhan sama, Natijah berbeza. Ramadhan yang lepas, apa yang kita dapat istiqomah dengannya, Ramadhan kali ini apa pula?

kali ini, 10 terakhir Ramadhan sama-sama pulun mencari lailatul qadar bersama-sama menelaah pelajaran. memandangkan bakal menduduki peperiksaan end block pada minggu terakhir Ramadhan. berat ujian Allah kali ini, semoga dengan besar dugaan yang bakal bertamu, banyak lah amalan, redha Allah turut mengiringi dan mohon dipermudahkan..insyaAllah..

ya Allah, sungguh aku rindu! semoga Ramadhan ini terbaik dari sebelum ini..

Read more...

bicara Dia pada kita

>> Friday, July 9, 2010

resah gelisah perasaan aku hari ini. entah mengapa. pulang sahaja ke bilik hostel tika maghrib sudah masuk waktunya, hati ini makin dirasakan tidak kena. cepat-cepat bersiap, hati ini bermonolog, ya, aku ada Allah, pada Dia sahaja tempat mengadu segala sesuatu.

alhamdulillah, usai maghrib dan isyak, perasaan ini makin pulih, ditambah lagi mengambil restu kedua ibu bapaku, mendengar sahaja suara emak, kasihnya, sayang seorang abah, ya Allah, terima kasih, aku kembali merasai ketenangan..

benarlah, sudah fitrah manusia apabila sedih, resah gelisah, penciptanya akan dicari, pemilik segala cinta yang benar-benar bisa membuat seseorang hamba sentiasa inginkan kasihNya.


bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai diri merasa keletihan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian,
Iitu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan,
Kerna di situ lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!

DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Kerna kau menjadi pilihanNya!

Biar segunung ujian didatangkan,
Kentalkan jiwa dengan haruman ketaqwaan,
Moga ianyakan menjadi saksi di hari pertemuan!


credit to niqobgirl

Read more...

coretan santai

>> Friday, July 2, 2010

alhamdulillah di tengahari jumaat, masih berkesempatan untuk hidup dengan nikmat terbesar IMAN & ISLAM. ya, semestinya harus bersyukur dengan nikmat Islam, nauzubillah difikirkan balik jikalau Allah menghidupkan kita dengan beragama kristian, hindu.. golongan kuffar yang dijanjikan neraka kepada mereka. seringkali kita mengeluh pada diri mengapa tak dikurniakan kereta besar, harta yang banyak, masih mengejar pada nikmat dunia, mengapa tidak direnungkan kembali bahawa kita masih ada nikmat yang paling besar itu sedangkan yang berkereta besar, berhartakan jutaan puluhan ribu itu, apa gunanya jika tidak ada nikmat IMAN & ISLAM..

lebih kurang dua hari lagi, cuti akan habis dan aku akan pulang ke kuantan, insyaAllah akan menyambung pelajaran ke tahun dua insyaAllah..

terkenang ketika isnin lepas, aku bersama enam sahabat menghirup udara segar di Pantai Teluk Ketapang sambil menikmati juadah yang dibeli, bersama kek tanda ingatan pada birthday seorang sahabat. bukan senang nak berkumpul seperti itu. itupun, tidak cukup seorang lagi yang berada di Indonesia. tiga orang UIA, seorang UTM, seorang UDM dan seorang lagi di UKM. selalunya cuti kami tidak sama, alhamdulillah kali ini dapat berjumpa. seingat aku, genap setahun yang lepas kami berkumpul seperti ini. maknanya, tahun depan pula mungkin dapat berkumpul berenam atau bertujuh seperti ini lagi.

kelakar pula diingatkan kembali persahabatan kami mula rapat sejak tingkatan 3. walaupun dulu tidak semuanya kelas yang sama tetapi tetap boleh ngam mungkin sama kepala. ya, memang dulu aku akui kami sekepala. walaupun kini telah banyak yang berubah dari segala segi, kami tetap menginginkan bersama-sama lagi. emm orang perempuan sering dikatakan berpuak-puak, kalau reunion dulu mesti ada sekumpulan di sebelah sana, sekumpulan lagi di sebelah ini. mengapa mesti jadi begitu? aku pun tak tahu kenapa.

tiba-tiba teringat zaman persekolahan dahulu...........

Read more...

menjadi muslimah mukminah yang sejati

>> Monday, June 21, 2010

Seringkali kita mendengarkan tentang kisah-kisah srikandi Islam yang gagah berani seperti Siti Fatimah, Khadijah r.a., Khaulah Al-Azwar, Nusaibah serta ramai lagi muslimah-muslimah tauladan. Ramai yang mengatakan bahawa tidak mungkin kita akan mencapai tahap srikandi-srikandi mulia tersebut. Namun sedarkah kita, penilaian terhadap perjuangan seseorang itu hanyalah Allah s.w.t. yang berkuasa menentukan.

Keikhlasan dan kesediaan kita untuk menyerahkan diri sepenuhnya pada jalan perjuangan Islam ini adalah tunjang utama untuk menjadi mujahidah sejati. Namun syarat yang paling utama ialah keutuhan aqidah yang akan mendorong kita untuk thabat dalam membantu agama Allah s.w.t.

Ingatlah, dahulu kaum wanita menjadi bahan hinaan kaum-kaum jahiliyah terdahulu bahkan dianggap lebih hina dari binatang. Namun, cahaya Islam merubah segalanya. Kaum wanita diangkat martabatnya dan diberi hak yang sewajarnya. Islam memuliakan wanita sehingga terdapat surah An-Nisa’ yang bermakna ‘wanita-wanita’ yang banyak menyentuh tentang hal ehwal wanita. Di sini, saya ingin menyentuh beberapa skop muslimah sebagai pejuang agama secara ringkas.

Berjuang Sebagai Puteri

Jika menyentuh tentang perkara ini, pasti kita tidak lari dari memikirkan tentang puteri-puteri Rasulullah seperti Zainab, Ruqaiyyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah. Namun, sejarah lebih ‘menghighlightkan’ Fatimah dari segi seorang anak kerana rapatnya beliau dengan Rasulullah. Fatimah lah yang membersihkan belakang Rasulullah apabila diletakkan najis oleh kaum musyrikin bahkan beliaulah yang memangku baginda Rasul di saat menjelang kewafatan baginda. Bagaimana pula dengan kita?

Secara umumnya, wajib ke atas anak itu membantu kedua ibu-bapanya serta berusaha tidak membebankan mereka dari segala segi. Jika sahabat-sahabat memiliki bapa atau ibu atau kedua-duanya yang beriltizam sepenuhnya dengan jamaah, maka hendaklah memahami mereka terutama pada saat-saat kesulitan seperti kesuntukan waktu atau harta. Bahkan, perlu bersiap-sedia menghadapi kemungkinan yang lebih dari itu kerana jalan perjuangan itu penuh mehnah dan tribulasi.

Bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang neutral atau pun menentang, hendaklah berusaha memahamkan mereka tentang Islam secara beransur-ansur. Jangan mengharapkan mereka akan memahami kita jika tidak menjaga adab dan tanggungjawab sebagai anak sebagaimana sepatutnya. Tidak perlulah diceritakan tentang penglibatan kita dalam jamaah kerana mereka pastinya akan bimbang lantas melarang kita menyertai perjuangan ini lantaran ketidakfahaman. Tetapi cukuplah kita berusaha menjadi anak yang soleh dan tidak menyakitkan hati mereka walaupun pemikiran dan pemahaman adalah bertentangan. Ingat, sehebat mana seorang anak itu, redha ibu bapa lah yang akan memandu kita kepada redha Allah.

Berjuang Sebagai Isteri

Walaupun kalian belum berkahwin, tetapi hendaklah mengambil kisah akan hal ini kerana ia adalah masa depan dunia dan akhirat. Pertamanya amatlah dituntut kepada para mujahidah memilih para mujahid yang beriltizam dengan perjuangan Islam. Walaupun kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, namun ciri-ciri itu sudah dapat dilihat pada usia seorang pemuda. Perkara ini penting bagi melahirkan baitul muslim yang akan melahirkan masyarakat muslim yang akan mendokong ke arah tertegaknya Islam di bumi ini.

Hendaklah kalian menjadi sayap kiri perjuangan suami dan memahami bahawa perjuangan ini menuntut pengorbanan dan pastinya tidak dimanjai dengan harta dunia. Bersiap-sedialah untuk meletakkan Islam sebagai kepentingan dan agenda utama hidup suami kalian bahkan hidup diri kalian sendiri. Ingatlah akan pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Rasulullah dan menjadi peneman suka duka baginda sehingga tiada gantinya lagi.

Selain itu, sudah menjadi tanggungjawab kalian untuk memberi motivasi kepada para isteri mujahidin yang lain supaya mereka tidak tergugat dengan dugaan dan tidak goyah dengan harta dunia.

Berjuang Sebagi Ibu

Ini merupakan ‘stage’ terpenting kerana diibaratkan tangan ibu itu bisa menggoncang dunia. Dari rahim yang lembut itu, lahir Rasulullah s.a.w. yang tercinta. Dari rahim yang lembut itu lahir pejuang-pejuang Islam seperti Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi dan Imam Hasan Al-Banna. Juga dari rahim yang lembut tetapi utuh itu lahir para ulama’ dan tokoh-tokoh agama yang ulung seperti Imam Malik, Imam As-Syafe’i dan Imam Bukhari.

Jika menyusur sirah para nabi, kebanyakannya ibu mereka adalah terdiri daripada wanita yang solehah seperti Maryam ibu Nabi Isa, Ibu Nabi Musa, Siti Hajar ibu nabi Ismail dan ibu nabi Sulaiman. Begitu juga dengan ibu para ulama’ seperti ibu Imam Bukhari yang tidak jemu-jemu mendoakan dan menjaga anaknya yang buta sehingga menjadi celik semula seterusnya menjadi ulama’ Hadith yang ulung.

Maka di sini, dapat diambil contoh tauladan oleh para mujahidah dalam melahirkan dan mendidik generasi yang akan menjadi pewaris ulama’ dan jundullah. Sebagai ibu, hendaklah berusaha membentuk anak-anak menjadi generasi al-Quran serta menjadikan sunnah Rasul ikutan hidup mereka.

Berjuang Sebagai Ahli Harakah Islamiyah

Mutakhir ini, para muslimah telah diberi peranan penting dalam gerakan Islam sehingga ditubuhkan tanzim khas untuk muslimat seperti Dewan Muslimat dan Unit Helwi.

Muslimin dan muslimat bekerja bersama-sama saling bantu membantu dalam batas syara’ untuk gerak kerja jamaah. Bahkan, terdapat jamaah yang majoritinya adalah muslimat dan yang menggiatkannya adalah kaum hawa ini. Walaupun muslimat tidak mempunyai taklifan syara’ untuk bergiat dalam harakah Islamiyyah, namun memandangkan senario semasa kini di mana kaum Hawa lebih ramai dari kaum Adam memerlukan muslimat untuk turun bersama para muslimin.

Muslimat pada zaman Rasulullah turut turun ke medan perang untuk membantu para muslimin dari belakang seperti mengubati para tentera yang cedera. Malah terdapat para muslimat yang turut masuk ke medan tempur seperti Nusaibah dan Khaulah Al-Azwar.Ketika hijrah Rasulullah SAW, Asma' Abu Bakar turut terlibat dengan membawakan makanan kepada ayahandanya dan juga Rasulullah di Gua Hira.

Bahkan, dengan keterlibatan muslimat dalam gerak kerja Islam dapat menangkis tuduhan-tuduhan yang mengatakan Islam itu mengongkong kaum wanita. Ia juga dapat membuka mata-mata mereka dengan kehebatan wanita muslim dalam perjuangan Islam.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, bukanlah mudah untuk menjadi mujahidah sejati. Pelbagai rintangan yang perlu dilalui untuk bergelar mujahidah yang diiktiraf Allah. Jika Barat bangga dengan Joan of Ark, kita patut lebih berbangga lagi dengan mujahidah-mujahidah Islam seperti Sumaiyah dan Zainab Al-Ghazali.

Kepada yang masih solo, jangan dirisau akan jodohmu kerana mujahid yang sejati itu bukanlah tertarik pada rupa tetapi pada perjuanganmu fisabilillah.Rupa paras bukanlah ukuran nilai pada seorang muslimah tetapi iman dan keutuhan jiwa yang berada pada dirinya. Pernah terjadi di Iran di mana wanita-wanita Iran memilih kaum-kaum lelaki yang cedera dalam pertempuran sebagai suami. Malah kaum lelaki terdiri daripada orang-orang yang terpotong kaki dan tangannya akibat perang melawan musuh Allah. Kaum wanita itu mengiginkan lelaki yang bersih jiwanya dan telah teruji bahawa lelaki itu telah siap menyerahkan jiwa raganya untuk Allah yang mereka cintai.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang diiktiraf Allah sebagai pejuang agamaNya.

* copied from www.baytulmuslim.blogspot.com

sama-sama kita ambil apa yang boleh dimanfaatkan dalam artikel di atas..
salam rejab, jom kita pulun amalan di bulan berkat ini! rejab adalah bulan Allah, syaaban bulan Nabi, ramadhan pula adalah bulan ummat Muhammad..

wassalam


Read more...

mawar agama

>> Tuesday, June 1, 2010

aku juga manusia biasa. yang mana iman seorang manusia itu bertambah dan juga berkurang. manusia juga sering lupa. sepertimana manusia atau insan yang berasal dari perkataan lupa dalam bahasa arabnya. setiap hari kita membaca doa al-ma'thurat seperti ini "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah"

berjalan-jalan ke website www.iluvislam.com aku tertarik pada sebuah artikel ini, semoga sama-sama kita beroleh manfaatnya insyaAllah..


Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

* copy paste from www.iluvislam.com

sedikit yang mahu ku tambah, semua orang menginginkan pasangan yang soleh/solehah, tetapi sama-sama cek balik diri kita. adakah kita cukup soleh/solehah untuk mendapat pasangan sepertimana yang telah dijanjikan Allah dalam surah an-Nur tersebut?

jom solehkan diri masing-masing, dan selebihnya kita serahkan kembali kepadaNya..



Read more...

rindu pada kenangan

>> Sunday, May 23, 2010

petang jumaat, aku & sahabat ke megamall demi melihat kawan2 13th legacy bermain bowling, kami hanya pergi sekejap sahaja dan balik awal memandangkan malam itu kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. sebelum itu kami singgah ke terminal, makan malam di situ. sedang makan, mata kami menyorot memandang satu pasangan orang tua, atuk & nenek barangkali.. mereka singgah makan di sebelah kedai. perasaan simpati pada mereka, "hendak ke manakah mereka berdua ni?" pertanyaan itu hanya melintas di hati. lama aku memandang pada mereka, melihat gelagat mereka, nampak seakan-akan nenek itu sangat taat pada suaminya walaupun usia mereka telah lanjut.

lantas mata aku berkaca, teringatkan arwah tokki & cik( nenek & atuk) aku.. al fatihah, ku kirim pada mereka..rindu,terkenangkan zaman dahulu..zaman ketika mereka segar,kuat,dan akhirnya sakit,terlantar baring dan akhirnya meninggalkan kami..

aku suka untuk mengingati zaman kanak-kanak dahulu,sementara mak & abahku keluar bekerja, mereka akan meninggalkan ku di rumah cik. dan cik akan membawaku keluar ke pasar payang dengan menaiki beca. cik membelikan aku patung perempuan yang sangit cantik. seronoknya kenangan itu..

aku masih ingat lagi sewaktu cik mula sakit, cik mengadu sebelah tangannya mula hilang deria sentuh, tak rasa apa-apa, mak mengajak cik duduk di rumahku. dan bermula selepas itu, kelakuan cik pelik, angin ahmar(stroke) mula menyerang.seingat aku, pada hari itu, cik tidak dapat bangun, dan aku dan adikku munirah mengangkat cik, membawanya mandi. semasa itu, aku merasa kehairanan, sebelum itu cik berdaya untuk bangun atau ke mana-mana. sejak dari itu,cik dah terlantar, angin ahmarnya semakin teruk.

alhamdulillah, walaupun perasaan sedih menyelinap, Allah tak membebani cikku sakit begitu lama apabila sekejap saje, Dia telah mengambil cik dari kami pada pagi khamis. aku terkilan juga kerana tak sempat melihat cik buat kali terakhir apabila abah dan adikku datang ke sekolah membawa berita itu. aku redha malah bersyukur, khabar dari mak, cik meninggal dalam senyum dan wajahnya suci bersih setelah dimandikan.. apa yang aku kagumkan, cik sangat taat pada suaminya(tokki), walaupun arwah tokki agak garang tapi cik yang dianugerahkan sifat lembut, tidak mudah marah memberi kelebihan padanya. sifat itu membolehkan cik sentiasa sabar dalam melayani kerenah arwah tokki ketika sakit. itu yang sangat memberi inspirasi kepadaku.. insyaAllah moga husnul khotimah menjadi milik arwah tokki dan cik.. dan aku sekarang ini,moga dapat berusaha untuk menjadi lebih baik, menjadi permata yang solehah pada mak dan abah,supaya dapat membawa mereka ke turut ke syurga insyaAllah..

al-fatihah..

Read more...

kembali..

>> Monday, April 26, 2010

salam'alaik...

cuti masih berbaki beberapa hari lagi sebelum meneruskan seblok lagi dalam tahun pertama ni.. berkali-kali jgk aku fikirkan cuti ni apa nk di update dlm blog..sebelum ni aku terfikir nk delete je blog ni, langsung x ada sumbangan, x ada idea nak menulis di blog.. betapa teruknya diri ini, hanya hangat-hangat tahi ayam je.. setelah melawat blog sahabat2 satu persatu, baru la timbul minat nk update blog balik..

ok lah, bila datangnya cuti apa yg terbayang kt fikiran masing2??

~ni lah masanya nk cover tidur balik lepas pulun study kt kampus..
~layan semua cerita2 korea/jepun yang dah lame tertunggak
~tunaikan hak pada mak ayah sebagai anak
~habiskan membaca buku2 ilmiah, hadamkan buku2 sirah
~ikut program di kawasan masing2
~apa lg yang tak tercatat kat sini,sila tambah?

alhamdulillah kalau point ke3,4 dan 5 tu yg menjadi matlamat sahabat untuk manfaatkan waktu cuti ni.. biarlah cuti kita ni terisi dgn pelbagai aktiviti2 berfaedah..yang sangat menyentakkan jiwa aku ni bila terbaca kata2 ni:

Cukupkah dengan bangun tidur bangun setiap hari tanpa ada jasa buat kemenangan Islam? Biarlah orang lain bercuti tanpa terisi, jangan kita mengikut jejak tradisi

sebelum cuti2 baru ni, aku dan adik beradik usrah ku dpt taklifat 'jom pakat2 beramal'..sangat menarik hati, setiap item yang kita amal tu ada markahnya (untuk pertandingan kt dunia ni), tp terkelu bila fikir 'ya Allah,minggu depan cuti,bermakna lagi kuat untuk berperang dengan nafsu untuk bangun qiam dan sebagainya..' dan teruji sekali lagi, list tu aku tertinggal kat bilik di mahallah..adoi,lagi menguji diri ni,dengan adanya kertas tu lagi bersemangat kot nak menanda.. tp sarah,wake up! kita beramal kerana Allah bukan kerana apa dan sesiapa..

dan alhamdulillah,aku baru je habis baca buku ustaz hasrizal 'secangkit teh pengubat letih', travelog tarbiah ustaz semasa di turki.. sangat best,dan turut menyentap jiwa bagi sesiapa yang mengaku memperjuangkan agama Allah di mana mengenangkan zaman kejatuhan khalifah othmaniyyah..Ataturk laknatullah,kerana dia lah yang menyebabkan sekularisme di turki, dan tak hairan lah jika dia mati sebagaimana dasyatnya kematian firaun dan juga raja najasyi, sehingga bumi tak menerima jasadnya..

sampai di sini sahaja lah coretan kali ni. aku mohon ya Allah, thabatkan aku di jalanMu ini ya Allah... hingga hujung nyawa kami di jalanMu..

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP