rindu pada kenangan

>> Sunday, May 23, 2010

petang jumaat, aku & sahabat ke megamall demi melihat kawan2 13th legacy bermain bowling, kami hanya pergi sekejap sahaja dan balik awal memandangkan malam itu kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. sebelum itu kami singgah ke terminal, makan malam di situ. sedang makan, mata kami menyorot memandang satu pasangan orang tua, atuk & nenek barangkali.. mereka singgah makan di sebelah kedai. perasaan simpati pada mereka, "hendak ke manakah mereka berdua ni?" pertanyaan itu hanya melintas di hati. lama aku memandang pada mereka, melihat gelagat mereka, nampak seakan-akan nenek itu sangat taat pada suaminya walaupun usia mereka telah lanjut.

lantas mata aku berkaca, teringatkan arwah tokki & cik( nenek & atuk) aku.. al fatihah, ku kirim pada mereka..rindu,terkenangkan zaman dahulu..zaman ketika mereka segar,kuat,dan akhirnya sakit,terlantar baring dan akhirnya meninggalkan kami..

aku suka untuk mengingati zaman kanak-kanak dahulu,sementara mak & abahku keluar bekerja, mereka akan meninggalkan ku di rumah cik. dan cik akan membawaku keluar ke pasar payang dengan menaiki beca. cik membelikan aku patung perempuan yang sangit cantik. seronoknya kenangan itu..

aku masih ingat lagi sewaktu cik mula sakit, cik mengadu sebelah tangannya mula hilang deria sentuh, tak rasa apa-apa, mak mengajak cik duduk di rumahku. dan bermula selepas itu, kelakuan cik pelik, angin ahmar(stroke) mula menyerang.seingat aku, pada hari itu, cik tidak dapat bangun, dan aku dan adikku munirah mengangkat cik, membawanya mandi. semasa itu, aku merasa kehairanan, sebelum itu cik berdaya untuk bangun atau ke mana-mana. sejak dari itu,cik dah terlantar, angin ahmarnya semakin teruk.

alhamdulillah, walaupun perasaan sedih menyelinap, Allah tak membebani cikku sakit begitu lama apabila sekejap saje, Dia telah mengambil cik dari kami pada pagi khamis. aku terkilan juga kerana tak sempat melihat cik buat kali terakhir apabila abah dan adikku datang ke sekolah membawa berita itu. aku redha malah bersyukur, khabar dari mak, cik meninggal dalam senyum dan wajahnya suci bersih setelah dimandikan.. apa yang aku kagumkan, cik sangat taat pada suaminya(tokki), walaupun arwah tokki agak garang tapi cik yang dianugerahkan sifat lembut, tidak mudah marah memberi kelebihan padanya. sifat itu membolehkan cik sentiasa sabar dalam melayani kerenah arwah tokki ketika sakit. itu yang sangat memberi inspirasi kepadaku.. insyaAllah moga husnul khotimah menjadi milik arwah tokki dan cik.. dan aku sekarang ini,moga dapat berusaha untuk menjadi lebih baik, menjadi permata yang solehah pada mak dan abah,supaya dapat membawa mereka ke turut ke syurga insyaAllah..

al-fatihah..

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP