kem kenal Islam

>> Saturday, June 27, 2009

"salam...fasi diperlukan segera untuk tamrin form 1 n form 2 asrama tok jiring pd 25 & 26/6 di smka tok jiring... " begitulah bunyi mesej yang adik kirim pagi selasa tu.. mula2 saya keliru, rasa nak join tp diri ni mcm lemah lg tp pd masa yg sama nak sgt sebab adik2 tok jiring sendiri..


tapi, petang jumaat tu saya ada program, wawa ada jemput makan kt rumah..sama jugak dengan adik & mirah.. lastly, kami join jugak semata2 LILLAHI TAALA (betulkan niat balik) sebab program tu tamat sebelum solat jumaat..alhamdulillah Allah mempermudahkan kami..

kira dua kali saja kami adakan meeting untuk bincang tamrin ni yang dinamakan "kem kenal Islam" yang berobjektifkan untuk mendedahkan adik2 tentang Islam dan juga disamping untuk mengeratkan ukhuwwah di antara senior dan junior..


program mula lepas asar, tapi saya, hazirah dan juga 'amirah sampai agak lewat dan tak sempat untuk last briefing. pendaftran adik2 di handle oleh adik2 form 4 n form 5. majlis pula dirasmi oleh cikgu kesayangan, ayoh ngah (panggilan bdk2 asrama) atau cikgu bakar sebagai penolong kanan kokurikulum.. slps tu ucapan oleh akh yusof dan seterusnya warta disiplin dan kebajikan serta keselamatan di keluarkan..

kebanyakan fasi adalah student uia dan hanya seorang mewakili utp iaitu muslimin dan ukm pula oleh 'amirah dan hanya kami bertiga wakil batch spm 06. sebelum solat maghrib berjemaah di surau, kami mengagihkan barang amanah iaitu 3 butir beras.

slot kuliah lepas maghrib oleh akh Yusof mengenai akidah dan juga ibadah. selepas solat isyak, selayang pandang pula, fasilitator mengenalkan diri masing2 dan pembahagian grup utk LDK berlangsung. pembahagian ni agak menarik buat diri saya, di mana kami fasi diberi gambar yang sudah dikerat dlm bentuk puzzle. adik2 dikehendaki menutup mata dan sambil itu berzikir. kami pun mengagihkan gambar2 tu pada adik2. setelah itu barulah adik2 dikehendaki mencantumkan balik..dan di akhirnya fasi yang akan melengkapkan puzzle tu.

LDK mengambil masa dalam 45minit, banyak benda yang kami fasi sampaikan pd adik2. main2 juga, tp kami selitkan juga dakwah tentang Islam. tentang peranan kita, hubungan antara akidah,ibadah dan juga akhlak..moga2 adik2 dapat apa yang saya sampaikan..dan kami bertawakal juga jika disebabkan dosa dan maksiat fasi, menjadi hijab untuk sampaikan mesej pada adik2..

selepas itu, slot disiplin pula tiba. kesian kat adik2, akak2 fasi pun turut terkesan dengan ketua disiplin. moga sampai pada adik2 mesej kami. selepas penat dimarahi dan ditengking, slot muhasabah pula mengambil tempat. nampaknya objektif sedikit tercapai, bila adik2 muslimat mengeluarkan air mata kesedaran..cuma adik2 muslimin yg mungkin agak keras jiwa mereka..

berakhir sudah muhasabah, sebelum tidur mereka menunaikan solat sunat taubat..esok pula kami kejutkan untuk qiamullail..kuliah selepas subuh pula disampaikan oleh akh Hafizi (kalau x silap) pelajar dari smaasza tentang akhlak. kuliah pg itu saya rasakan menarik, tp mungkin sedikit berat untuk adik2 form 1 & 2.

sedikit yang membuat kami terkesan apabila akh tersebut menceritakan kisah Rasulullah SAW apabila ketika baginda bertanyakan pada malaikat Jibril, tentang siapa yang berada di tingkat2 neraka. malaikat jibril menerangkan puak2 yahudi, nasrani dan juga golongan munafik yang akan berada di tingkat bawah neraka. Rasulullah bertanya pula pd Jibril, siapakah pula yang ditempatkan di tingkat atas neraka? malaikat Jibril berat untuk menjawabnya, setelah berkali2 baginda Rasulullah bertanya, malaikat Jibril berkata "umatmu yang akan berada di atas"

Rasulullah terus terdiam dan sejak dari itu, baginda berkurung di dalam bilik baginda. ketika sahabat baginda ingin bertemu, baginda tidak keluar. hanya setelah anak baginda Rasulullah, iaitu saidatina Fatimah datang dan memujuk baginda barulah baginda Rasulullah keluar..

begitulah kasih sayang Rasulullah terhadap kita, umat Muhammad. tapi adakah kita ingatkan baginda? adakah kita cintakan nabi kita Muhammad SAW?

slot tresure hunt pula berganti, di mana ada 5 check point: modul ukhuwwah, akhlak, ibadah, minda dan juga hafazan. program berakhir dengan slot resolusi dan juga ikrar dari adik2..

walaupun program hanya singkat, tapi moga2 dapat memberi sedikit kesedaran buat adik2 untuk menjadi permata agama, pejuang buat Islam..dan banyak juga memberi seribu satu pengalaman dan juga pengajaran buat kami..

alhamdulillah, kami diberi peluang oleh Allah untuk menyumbang sedikit khidmat buat sekolah tersayang, sudah lama kami inginkan peluang sebegini..

4 comments:

Nadhirah Ahmad June 27, 2009 at 9:09 AM  

rugi tak dapat pnglmn.

ak sbuk tulun mok ak etpom 2mggu ni plus jaga toky ak sbb mmdad ak ad kje.

:/

ever green June 27, 2009 at 9:41 PM  

xpe la nad. ada hikmah ye r tu. nanti wt pulok, ada rezeki jadilah lagi :)

izan July 5, 2009 at 5:28 AM  

batch mane yg ramai handle tamrin ni?
aku pun rase nk join bile bace walaupun aku tau aku lagi teruk dari adik2 tu agok nye =(

sarah July 5, 2009 at 8:40 AM  

campur2 batch..hok tua kali batch spm03,ad sorg je.batch spm04 kot rmai kali..batch spm05,06,07 pn ad..08 je xdop sbb bru msuk u kot..:)

eh dop la izan..bdk2 tu pun mentah2 lg..

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP