perkongsian tazkirah

>> Monday, June 29, 2009

jiwa terasa kosong. lalu aku mencari blog sahabat2 utk di baca dan mungkin dapat mengisi jiwa yang ketandusan tazkirah ini.. aku copy paste saja cerita yang diambil di blog itu.

cerita ni sudah pernah di baca dan mungkin sudah banyak di dengari..

Pada suatu hari, seorang lelaki kaya sedang makan bersama isterinya. Sedang asyik mereka makan, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah..

Beberapa tahun kemudian, dengan takdir Allah, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain..

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya itu mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menekup muka sambil menangis..

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, ''demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu"..

Rasulullah S.A.W telah bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''..

Anas bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''..

ya. hidup itu bagaikan roda. teringat pada adik LDK ku di smkatj. dia melukiskan gambar roda melambangkan hidupnya yg sekejap berada di atas, dan sekejap di bawah.

begitulah iman kita sebagai manusia, hamba Allah yang lemah. iman yang bertambah dan berkurang. seperti juga kubah. yang menaik bentuknya dan menurun.

0 comments:

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP