pemimpin ITULAH

>> Monday, June 1, 2009


saya masih ingat lagi salah satu bab dalam subjek sejarah masa form 4, menceritakan tentang sejarah kegemilangan Islam suatu ketika dulu. tp saya lupa apa tajuk bab itu, lagi pun pada zaman jahil tu, saya merasakan subjek sejarah sedikit bosan. tentang zaman umaiyah, abbasiyah, turki uthmaniah. ape tu? saya langsung tak tahu apa perlunya kita belajar? betapa teruknya saya waktu tu. tp alhamdulillah sekarang baru saya tahu kepentingannya. dan saya menyesal tak faham dan ingat betul2. hanya sekadar untuk dpt A dlm sejarah.

Mehmed Fatih. beliau lah yang berjaya menakluk kota constantinople. itu lah yang saya hafal dalam sejarah form 4 dulu. tapi baru sekarang, saya faham dan alhamdulillah tahu jalan ceritanya bagaimana. Sultan Muhammad Al- Fateh Penakluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib, baru saya habiskan minggu lepas. hebat jalan ceritanya, saya bagaikan berada pada zaman Turki Uthmaniah tu. betapa hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh, benarlah hadis Nabi Muhammad SAW :

"Kostantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"

sejak daripada itu, usaha untuk menakluk kota konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah. Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah. Khalifah Harun al-Rashid pada tahun 165 Hijrah, Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397, dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan. akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

setelah lebih 800 tahun, akhirnya hadis Nabi Muhammad SAW benar2 terjadi. sejak masih dalam perut bondanya lagi, ayah Sultan Muhammad al-Fateh mengimpikan penaklukan kota itu akan berjaya pada zaman anaknya itu. pelbagai usaha Sultan Murad dilakukan untuk merealisasikannya, termasuk menyerahkan anaknya untuk dilatih dan dididik dengan ilmu agama dan juga ilmu peperangan.

saya tertarik dengan salah satu kisah yang berlaku setelah kota konstantinopel berjaya ditakluk, gereja aya sophia dijadikan masjid. apabila tiba hari jumaat, mereka bersedia hendak mengerjakan sembahyang jumaat. timbul pertanyaan siapakah yg layak menjadi imam. pada asalnya dicadangkan guru Sultan Muhammad al-Fateh, Syeikh Syamsudin al-Wali, tetapi ditolaknya. syeikh itu mencadangkan orang yang lebih bertaqwa di antara mereka.

sultan Muhammad al-Fateh keluar ke kewasan lapang di depan masjid itu. baginda menyuruh semua tenteranya berdiri. antara soalan yang di tanya baginda:

1) siapakah yang antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang fardu lima waktu, sila duduk!

2) siapakah yang antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk!

3) siapakah yang antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud, sila duduk!

semua orang duduk, hanya seorang sahaja yang masih bangun, dialah baginda Sultan Muhammad al-Fateh. ternyata baginda seorang pemimpin yang baik. cuba kita bandingkan dengan pemimpin sekarang? fikir-fikirkan lah

tapi ternyata, baginda lah yang disebut-sebut oleh nabi kita Muhammad SAW dalam hadis itu.

sebenarnya ramai lagi pahlawan yang gemilang pada zaman dahulu, antaranya Salahuddin al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad dan Khalid al-Walid. mungkin ramai remaja di luar sana dan termasuk saya sendiri, kalau tidak di ikhtiarkan untuk baca kisah2 pahlawan Islam tu, kita tak akan tahu sampai bila-bila. moga diberi kesempatan dan dipermudahkan ALLAH untuk kita dapatkan ilmu ni.

" mengapa baca buku2 mcm ni? masuk periksa ke?" soalan yang terlontar oleh adik saya bila lihat saya baca sesebuah buku tu. tergelak juga. memang itu yang terfikir pd zaman jahil dulu, hanya baca buku yang akan masuk periksa..

sebenarnya semakin kita belajar, semakin kita rasa kita bodoh@jahil. ilmu Allah itu luas. kita hanya dipinjamkan sedikit cuma ilmuNya..

p/s: selamat hari lahir untuk mak pd 3 jun ni. semoga dipanjangkan umur, berada dalam keredhaan dan hidayah Allah selalu..kakchik sayang mak!

4 comments:

nad June 1, 2009 at 10:04 AM  

yup. btul2. mkin bca bku, mkin bnyk kite rs kite xtau. mkin bnyk kite rs nk bca

hudaidris June 2, 2009 at 7:20 AM  

kwn kakchik pn syg mak juge...

kim salam kt mak awak sarah.hehe.


btul2,,stju dgn nad. tp cne nk atasi rase malas nk mbaca?

tq

'amirah June 4, 2009 at 7:35 AM  

perkongsian yg baek..
byk sy tak tau psl sejrh..

sbb dah selalu sgt bce utk pekse,
kalo saja2 bce..tak lekat kt kepala..
mybe niat msih dlm mood paksaan:-)
tp kalo tak paksa smpai bila pon takkn bce
smoga Allah permudahkan jln utk mencri ilmu-Nya
AMIN

sarah June 4, 2009 at 8:02 AM  

btol2..kdg dtg rase nak bace buku,blh la kite bace..tp bile dtg rs mls, nk bukak buku pn lgsg x..yg pntg huda,kne kuatkan diri btol2 la kot..mujahadah tu perit,tp natijahnya manis..

amin..insyaAllah mirah..muslimat boleh! :)

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP