dugaan golongan mukmin

>> Thursday, April 23, 2009




alhamdulillah ketiga-tiga midterm exm utk sbjek UNGS dh abis..selepas ini menyusul pula presentation dan juga term paper utk di'submit'..ini bermakna hidup tak akan pernah dpt releks,sntiasa ada sahaja kerja atau beban yg perlu tanggung..sama juga dlm hidup seharian kita,sentiasa ada sahaja dugaan dan ujian yg Allah telah tetapkan pada kita..

"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" "dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

(al-Ankabut:2-3)


"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

(al-Imran:142)

seharusnya kita terima dugaan yg diuji itu dengan rasa tabah dan redha,tanamkan dlm hati "sebenarnya Allah nk uji aku,adakah aku ni orang yang termasuk dlm golongan sabar dan beriman padaNya.."

jika di imbas kembali sirah Rasulullah SAW, kenapakah Nabi dan sahabat-sahabatnya rela menanggung segala azab sengsara dan penyeksaan sedang mereka ini dalam kebenaran?kenapa pula Tuhan tidak melindungi mereka?tidakkah mereka ini askar-askarNya dan Rasulullah pula pendakwah dan pejuang ke jalanNya.

segala kesusahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang dan pendakwah kalimah Allah demi untuk menegak satu masyarakat Islam yang sejati adalah sunnah dan suratan Ilahi sejak permulaan sejarah lagi,di mana terdapat beberapa hikmah yang terkandung didalamnya..

antaranya adalah sifat kehambaan dan ke'abdian manusia terhadap Allah 'Azza wajalla sepeti yang disebut oleh Allah:

"dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"

(al-Zariyat:56)

sekiranya kita telah mengetahui kesengsaraan setiap Muslim itu dalam menghadapi sesuatu ujian,apatah lagi dalam usaha menegakkan sesebuah masyarakat Islam,ketahuilah kita seharusnya tidak berputus asa sekiranya di uji dgn pelbagai dugaan dan cabaran...

seharusnya kita cuba untuk bersabar dan juga sedar bahawa setiap yang berlaku itu pastinya ada hikmah di sebaliknya, sabda Rasulullah SAW:

hikmah dan kebijaksanaan itu adalah barang hilang umat mukmin yang mesti mereka perolehi kembali

khatamul kalam, tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu adalah demi kebaikan diri kita,Dia yang telah menciptakan kita,maka Dia tahu akan kemampuan diri kita..



rujukan: Fiqh al-Sirah 1, oleh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti

2 comments:

.:wan~nur:. April 22, 2009 at 11:32 PM  

Salam ziarah~

Huhu...Term paper oh term paper...

ever green April 23, 2009 at 7:26 AM  

'izzatul fadhilah~ syukran..igtkn dh abis term paper eap,skali ungs ad lg..terima dgn redha..

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP