coretan pertama

>> Saturday, April 18, 2009

dalam kesakitan
teruji kesabaran
dalam perjuangan
teruji keikhlasan
dalam ukhuwah
teruji ketulusan
dalam tawakal
teruji keyakinan
hidup amat indah jika segalanya kerana ALLAH

alhamdulillah,akhirnya terbina juga blog yang masih dlm proses 'tatih' ini..seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan dgn nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam,di atas penat lelah perjuangan baginda dlm menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk bumi ini..sebenarnya,apa kaitan kata2 di atas dlm post ini?saya tertarik dgn ayat ini "dalam tawakal teruji keyakinan",dan juga fa'iza 'azamta fatawakkal 'alallah,jika kamu berazam,maka bertawakal lah pada ALLAH..suatu takdir yg telah ditentukanNya benar2 menguji keyakinan saya terhadapNya,bila mana setelah kita berusaha sedaya mampu,sekuat yg boleh utk mencapai sesuatu tiba2 ALLAH telah menetapkan aturan kita sebegitu..peristiwa itu membuatkan saya berfikir-fikir,mungkinkah saya tak dapat menggembirakan mak abah melalu cara ini,lalu saya bertawakal dan redha apa sahaja yg ALLAH tetapkan,ianya terbaik utk kita. .

setelah melalui fasa kesedihan (bak kata adik),akhirnya ALLAH telah mengurniakan satu nikmat dan ujian (sebenarnya)..tak terungkap rasa syukur ini,dan sebenarnya ini adalah satu amanah dariNya yang perlu saya gunakan sebaik-baiknya..utk mak abah,ini my first step utk proses menggembirakan mereka dan juga pastinya utk berjuang demi ISLAM..

1 comments:

andak May 6, 2009 at 12:09 AM  

nice muqaddimah :)..andak sure mst uncle zarawi n auntie wan bgga dpt ank cam along ni~anak harapan..(eh,sjak ble plk maen uncle n antie ni~ hehe.conpius)

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP