sejenak utk saudaraku

>> Thursday, April 30, 2009





hari ini telah menjangkau ke 30 hari bulan April, esok bermula 1 hari bulan Mei..begitu cepat masa berlalu,lbih kurg 2 mggu lg,habis lah short sem ni..
tanggal 7 Julai nanti saya bakal ke Kuantan, x sanggup rasanya membayangkan kehidupan yg bakal bermula pd hari itu nanti..sibukkah? dgr2 ada yg kata bg medical student ni smpai 'no life'?

ntah lah, itu adalah satu sebab saya cepat2 membina blog ini. hajatnya bila dh di kuantan nnti setelah ada ilmu byk sikit, tp mengenangkan ilmu ALLAH itu luas, semakin kita belajar semakin itu lah kita merasakan kita ni kurang ilmu,banyak benda kita tak tau,jahil dan sebagainya..teringat kat kata2 ust syed syukri, antara ustaz yg paling best di SMKATJ..semoga ustaz sihat2 selalu..

saya ada baca sebuah buku yg di beli semasa Pesta Buku Antarabangsa di pWTC baru2 ni, tapi belum sempat dihabiskan lg,bukan sibuk menjadi alasannya tapi masa yang di amanahkan Allah itu tak pandai lagi saya nk uruskannya..lepas ni di Kuantan nnti,kena manage btul2 la nampaknya..

apa kaitan gambar2 di atas dgn post kali ini?ni antara kata2 yang menarik hati dan membuatkan timbul semula perasaan cinta pada saudara seakidah kita disana yang kian pudar..

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

* kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masijd al-Aqsa.

* kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

* kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

* selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. selama waktu itu juga, kami di jajah, dizalimi, diseksa, dibunuh, dan juga diperangi.

* mengapa? hanya kerana kami mengucapkan lailahailallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

* kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan terus gugur syahid.


* kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.

* namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

* jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sehaja, nantikan hari pembalasan.


* kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.


* kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua"


apakah perasaan anda semua? kalau nk dibandingkan semangat jihad rakyat palestin di sana dgn rakyat Malaysia bagaikan langit dengan perigi (lg jauh, bak kata sir iskandar arnel)..kita semua terlalu mengagungkan budaya barat, hiburan yg terlalu melampau..kanak2 palestin telah faham erti perjuangan,jihad dan juga mati syahid..sedangkan kanak2 kita, atau orang kita lebih faham erti keseronokan, kemewahan dan juga nafsu yang melampau-lampau..

"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik"

al-Imran:14

saya sendiri takut memikirkan bagaimana keadaan kita di hari kebangkitan nanti, adakah termasuk dlm golongan yang menerima amalan di tangan kanan?atau sebaliknya tangan kiri, wa nauzubillah..

seandainya kita mati di saat ini, apakah cukup selama ini amalan kita?adakah solat kita selama ni diterima ALLAH?ibadat kita yang lain2 tu bagaimana..sama2 kita bermuhasabah..

5 comments:

shah_haz April 30, 2009 at 4:36 AM  

YE BETUL TU ALOng..dalam study circle pon kita selalu compare kanak-kanak serta remaja palestin dgn kanak-kanak dan remaja kita di malaysia..sedih, takut, rasa bersalah semua bercampur baur..adik yg dah nak masuk 19 tahun ni pon ntah apa telah disumbangkan untuk islam..setakat mane semangat jihad dalam diri??persoalan utk diri sendiri..apepun, sama2 kita tegakkan daulah islamiyyah ke arah pembentukkan khilafah islamiyyah..tegakan malaysia sebagai negara islam bukan hanya pada nama..insyaAllah..takbir!!

ever green April 30, 2009 at 9:28 AM  

teringat ms stdy circle kite la gk time tu..hehehe, mmg skmo stuh psoalan ni kan..same2 la kite mbentuk generasi yg akan datang nnti yg mane dh sebut psl machine gun sejak baby lg..hihi..bak kata ust dzulkhairi, anak zubair al-awwam ke sape yg dh sebut pedang2 tu..

nhanunmr April 30, 2009 at 8:02 PM  

dan kte mungkin dipilih Allah utk mnyelamatkan nyawa mereka yg bgelar insan nnt...
semakin byk kte bljr tntg manusia Allah yg sgt kompleks ni,iAllah semakin kte mengagungkan kuasaNya..amin=)may Allah watch over u guys there

sarah May 1, 2009 at 3:11 AM  

stuju dgn kata2 hanun..alhamdulillah, Allah amanahkan kita utk bljr sikit ilmu perubatan Allah..semoga peluang dan amanah terbesar ni dpt dekatkan kita pdNya..

Wawa May 1, 2009 at 4:30 AM  

takot.. :(

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP