>> Thursday, June 2, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

saat ini tika ini sedang berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas kali 57 di Selangor. jika tahun lepas berlangsung di Putik, Kelantan. kali ini masih gagal lagi untuk aku turut serta. ya Allah, moga ada rezeki untuk aku pergi tahun hadapan jika umurku masih panjang!

tertarik pada ucapan perasmian muktamar Dewan Muslimat PAS yang disampaikan oleh TGNA, apabila beliau menyebut kembali sirah tentang penglibatan golongan wanita/muslimat dalam perjuangan suami seperti isteri Nabi Luth dan Nabi Nuh yang menolak dakwah suami mereka dan menjadi penentang utama. dan kisah Asiah isteri Firaun yang menjadi perumpamaan bagi orang yang beriman, memperjuangkan agama walaupun suaminya penentang Islam. begitu juga Saidatina Khadijah Khuwailid sangat menyokong perjuangan suaminya baginda Rasulullah SAW.

memetik kata-kata beliau lagi,

Saya ingin mulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan kita Parti Islam Semalaysia (PAS) ini merupakan satu ibadah di medan siasah dan dakwah pasti akan diganjari oleh Allah SWT dengan kebaikan insya-allah. Perlulah diingatkan PAS adalah Gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk membebaskan umat Islam dari kepungan jahiliyah moden ini berpandukan syara' mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.

lagi kata-kata TG yang menarik dan mengobarkan jiwaku yang gersangkan majlis ilmu dan hamasah perjuangan pabila...

Apa yang utama dalam siap siaga itu ialah Ahli-ahli Dewan Muslimat sewajarnya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu untuk bersaing di peringkat nasional. Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan. Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan. Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain.

Air mata kami tumpah saat menutup tirai muktamar dgn tangan mengenggam erat dan melaungkan doa wehdah dan doa Rabitah...Tuhan,,anugerahkanlah kami kemenangan atau kami syahid dikubangan darah utk menjulang Agama ini......selamat bermuktamar teman.... Harakatul ummah ini akan terus menerjang badai jahiliah di belantara gelap politik ciptaan penguasa. (Ustaz Riduan Mohd Noor, 2011)

Allahuakbar! Allah takkan sia-siakan usaha seseorang yang ikhlas berjuang keranaNya dan yakinlah bahawa kemenangan Islam itu pasti, biarpun tak sempat untuk kita lihat, yang pastinya usaha itu pasti diganjari Allah SWT.

* manfaatkan nikmat cuti ini dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk diri, agama dan keluarga.
* akan tunaikan hak diri pada teman-teman yang bakal menamatkan zaman bujang sabtu ini, iaitu kak Alang dan kak Amalina, selasa ini untuk Husna Izzati.. insyaAllah
* ya Allah semoga Kau berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban ini dan sampaikan lah kami kepada Ramadhan



0 comments:

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP