Hadiah Hari Lahirku

>> Saturday, January 15, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

13 Januari lalu hari di mana aku dilahirkan dengan penuh susah payah oleh emak yang tersayang. pada 1.30 pagi berjayalah seorang bayi dilahirkan dengan sempurna. alhamdulillah syukur pada Allah, dan terima kasih kepada emak dan abahku yang menjadi orang perantaraan yang membawa aku ke dunia. lalu melayari kehidupan di dunia ini sebagai seorang khalifah dan juga hamba Allah.

alhamdulillah sekali lagi, pada tahun ini aku mulakan hari kelahiranku dengan sebaik-baik yang pernah diwajibkan oleh Allah suatu ketika dulu. Allah pernah berfirman jadikanlah solat tahajud itu sebagai ibadah tambahan bagimu, dengan harapan Allah dapat menaikkan kedudukanmu. lebih kurang begitulah mafhumnya.

sewaktu hari lahir kita sudah tentu banyak kiriman-kiriman ucapan selamat hari lahir daripada sahabat-sahabat, lebih-lebih lagi di facebook. aku menghargai ucapan, ingatan mereka terhadapku, dan aku sangat terharu apabila mendapat kiriman doa daripada mereka. berlinangan air mata ini terharu, dengan nikmat sahabat yang dikurniakan Allah.

"ya Allah, kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mata, kerana takut kepadaMU. perkenankanlah doa kami, ya ALLAH.. sebelum mengalirnya air mata darah- doa RASULULLAH SAW"
dari seorang naqibah



"sesungguhnya perjuanganmu itu sedikit sebanyak memberikan aku kekuatan untuk mengubah diri ini, memberi sedikit harapan andai mungkin satu hari nanti mungkin aku jadi sepertimu, walaupun itu mungkin akan menjadi mujahadah terbesar bagiku dalam hidup ini.
sahabat, di hari lahirmu ini bukanlah kek, bukanlah tiupan lilin, apatah lagi paklah yang menjadi kayu ukur betapa aku hargai persahabatan ini. andai sahaja aku boleh buktikan...andai saja kau mengerti...
semoga kau menemui ketenangan sahabat"


berjujuran air mata ini, bersyukur kehadrat ILAhi kerana punyai sahabat-sahabat yang memahami dan mendoakanku..
alhamdulillah, kerna doa mereka, kerna nasihat mereka, aku kuat pada saat ini..malah aku serahkan hidupku untuk ISLAM. aku mulia kerana ISLAM

0 comments:

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP