Ibrah

>> Thursday, July 21, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"wahai orang-orang yang beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" (as-Saff:10-11)

segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya.. seringkali kita terlupa dan lalai tika diberi peluang untuk kembali dekat padaNya. kita tak sedar bahawa sesuatu itu terjadi dengan sebab untuk kita merasai nikmat bercinta denganNya. tak semua jiwa dipilih oleh Allah untuk merasai bimbingan dan hidayahNya.. Allahu Allah.. malu nak ditunjukkan amalan-amalan kita apabila sedang bercuti di rumah ini kepadaNya. takut sekiranya amalan itu langsung tidak diterima olehNya. wa'auzubillahimin zalik.

menjadi salah seorang petugas sesuatu program sangat memberi kesan terhadap diri sendiri. inilah peluang yang diberi olehNya untuk menjadi lebih dekat kepadaNya, dan ini juga peluang untuk kita recharge balik iman kita. terlampau banyak yang ku dapat dan belajar! alhamdulillah. muhasabah pada diri ini ya Allah, sungguh terlampau sukar untuk istiqomah sebenarnya.

tersentuh pada kisah Ibrahim bin Adham iaitu seorang wali Allah, yang pergi membeli sesuatu dan sewaktu menyerahkan wang, penjual itu menyerahkan kembali wang tersebut kepada Ibrahim bin Adham. lalu menyebabkan beliau pengsan. diringkaskan cerita, apabila seorang pemuda bertanyakan kepada Ibrahim bin Adham mengapakah beliau pengsan lantas Ibrahim bin Adham memberitahu, aku sangat takut sekiranya di akhirat kelak apabila aku menunjukkan segala amalan aku di dunia kepada Allah, tidak diterimanya amalan aku itu dan Allah memberikannya kepadaku kembali. Allahu Akbar! hebatnya Ibrahim bin Adham yang sentiasa me'refleks'kan setiap peristiwa yang berlaku terhadap dirinya dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di akhirat. Allahu Robbi.. apatah lagi nak dibandingkan dengan amalan-amalan kita? takut sekiranya ditolak oleh Allah, malah amalan-amalan ini berterbangan bagaikan debu-debu...

apakah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah di akhirat nanti? tentulah perihal solat. solat yang sempurna,seseorang itu akan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab. senang je kan? beruntunglah sesiapa yang sentiasa khusyuk solatnya, subhanaAllah..

bagaimana nak capai khusyuk dalam solat?

* hadir hati
* faham makna ayat
* merasa keagungan Allah
* gerun dan takut terhadap Allah
* berharap kepada Allah
* merasa malu terhadap Allah

jom kita cek balik solat kita. moga-moga amalan solat kita ni diterima Allah, insyaAllah..
tak sampai 11 hari lagi, Ramadhan bakal menjelma. moga kita menjadi peserta Ramadhan kali ini dan natijahnya lebih baik dari sebelum-belumnya

0 comments:

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP