hanya tinggal memori

>> Monday, May 18, 2009

sudah dua hari saya tinggalkan bumi cfs..terasa sudah lama,perasaan rindu menggamit di hati..banyak kenangan yang terlakar disana,gembira,sedih dan macam2 lagi..

di cfs lah saya mengenal apa ertinya ukhuwah, yang mana dengan ukhuwah itu lah terjadinya satu proses evolusi yang terjadi pada diri..saya mengenal apa itu tarbiyah dan bermacam2 lagi..

siri 1:

saya nak menceritakan sebuah kisah seorang sahabat di mana berlakunya di cfs itu..hayatilah..

tahun pertama sem 1, suraya(bukan nama sebenar) hanya kenal buku sahaja, otak langsung tidak berkembang pd aspek lain, aim dia waktu itu hanya nk mencapai kecemerlangan sahaja memandangkan kos yg dia pikul itu sangat la berat amanahnya..sem itu lah zaman gelap suraya..terasa sangat gelap waktu itu..mujur lah ada beberapa sahabat yang masih igtkan suraya tp,benarlah hidayah itu milik Allah..

sem kedua pula,suraya bangkit dari kegagalan. suraya sedar kesilapan terbesar dan paling bodoh rasanya zaman gelap itu..dia mula mencari hidayah Allah, mencari jalan pulang dan kembali pada fitrah manusia sebenarnya..tapi ternyata perjalanannya masih jauh..suraya nekad seimbangkan tanggungjawabnya pd Allah dan juga sebagai seorang pelajar.dia mula merasakan keberkatan dari Yang Maha Esa..

sem ketiga pula, dia di taklifkan dgn satu tanggungjawab lain yang menyebabkan dia mula mendapat sesuatu,pengalaman itu terasa begitu berharga..

tahun kedua sem 1, suraya melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, walaupun dirinya sedar bahawa dirinya masih lemah..terasa ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidupnya..terasa tiada matlamat,tidak tahu apa tujuannya,lalu dia membuat keputusan utk melakukan satu keputusan yang agak drastik, yang mana dirinya tidak pernah mengimpikan sebegitu, tidak pernah terfikir ke arah tersebut..

pada sem itu, dia mula merasakan kemanisan iman, dia yakin bahawa tawakal pada Allah adalah segala-galanya setelah berusaha..

sem kedua, lantas suraya nekad melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, yang mana sudah lama diimpikan lantaran tiada lagi kekuatan pd diri utk lakukannya..

sem inilah yang paling penting baginya,juga sem yang banyak menyebabkan dia menangis,tertekan dengan pelajaran yg agak susah dan perlukan komitmen yang penuh..tp suraya kuatkan dirinya,dia yakin apa yang dia buat dan usahanya pasti mendapat balasan dari Allah..

sekian..

apa yang saya nak simpul kan kt sini, proses mencari hidayah itu penting.jangan mngharapkan hidayah itu saja datang dari Allah, tapi mestilah ada usaha sampingan yang menunjukkan kita mahukan perubahan ikhlas semata-mata utkNya..

aku remaja
punya cita-cita
aku remaja dunia hari ini
hidup penuh pancaroba
remaja itu aku
berjalan aku melihat dunia
berlari aku mengejar impian
berenang aku meredah cabaran
remaja itu dunia aku
luas terbentang peluang
dan pilihan
tersilap langkah pastiku rebah
tepat langkah mara tapakku melangkah
aku remaja
ingin terbang melayang di udara
setinggi puncak kuingin mendaki
seluas lautan kuingin renangi
untuk aku lebih mengenali
siapa aku sebagai remaja
biar cita-cita menggapai awan
biar khayalan tak bertepian
biar dunia menjadi ujian
rapatilah aku dengan belas kasihan
nasihatilah aku dengan kelembutan
kerana aku seorang remaja
alangkah eloknya zaman remaja itu kita gunakan untuk gerak kerja Islam!! membantu teman-teman yang masih lagi diulit mimpi yang tak berkesudahan,keseronokan dunia yang melampau..
dan sudah tentu membantu diri kita sendiri...


2 comments:

nad May 18, 2009 at 9:15 AM  

sape suraya o. awk k

shah_haz May 18, 2009 at 5:31 PM  

ya hidayah tu memang milik ALLAH...adik pon harap dapat hidayah serta taufiq dariNya..Robbana la tuzigh qulubanaa, ba'da izhadaitana, wahablana milladunka rahmah..innaka anta wahhab..

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP