>> Monday, June 29, 2009

tak terungkap kata. tak terungkap rasa di hati. ketika aku melayari satu persatu blog, aku tersinggah di blog student mesir yang berasal dari terengganu (klik sini), aku baca entry2 nya, dan lahir rasa kagum di hati terutama pada entry terimalah realiti mengupas tentang mahasiswa dan politik. tanpa aku sedari, apabila aku membaca di shout box, tuan punya blog itu sudahpun meninggalkan dunia ini, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

al fatihah untuk arwah. walaupun aku tak mengenali arwah mahupun isterinya, tetapi terasa dekat. baru sahaja aku baca cerita arwah ammar yang meninggal accident di mesir. dan kini..

dan kini aku mula mengerti lagu kau sahabat kau teman. mati itu pasti.

semoga roh arwah datuk dan nenekku, arwah ustaz wan nordin, arwah bro asmady, arwah ibu saudaraku dan juga arwah sahabat2 ku, dan kedua-dua arwah ustaz wan salimi dan ammar terletak di kalangan orang2 yang beriman..

sabda nabi SAW : " SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING BIJAK ADALAH ORANG YANG BANYAK MENGINGATI MATI"

0 comments:

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP