hujan air batu

>> Saturday, June 27, 2009


ketika saya nak makan petang bersama keluarga pd petang itu, hujan turun dengan lebat. saya kira hari itu dlm 17hb, hari rabu kalau x silap. masa tu, saya rasa hairan skit, sebab bunyi nya agak kuat. memandangkan porch kereta kami beratapkan owning, jadi bunyi nya kuat kalau hari hujan. ayah saya pun ada kata "ke hujan batu?"

saya cepat-cepat berlari keluar, excited nak tengok.. subhanaAllah, terkedu lama saya ambil air batu tu. rasa sejuk, bentuk saiznya kecik je. sebesar biji dadu. air hujan yang turun tu, saya tak endah, betul2 kagum dengan ciptaan Allah yang satu ni. sampai lupa nak ambil gambar buat kenangan. sejak kecil lagi, pernah dengar hujan air batu kat rumah saya ni, tp tak pernah tengok depan mata sendiri. nilah kali pertama dalam hidup..alhamdulillah..

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

ada orang kata air batu ni boleh dibuat ubat, tak tahu lah sejauh mana kebenarannya..sampai jiran saya ni ada yang makan air batu tu, sebelum tu berselawat. mugkin boleh cuba kalau ditakdirkan bertemu lagi..

3 comments:

izan July 5, 2009 at 5:22 AM  

wah!
ari tu pun kat ni fes time sy jumpe ujan batu kat sini..
kecik je kan? ingtkan besor..
tp tu lah,bersyukur jgk sbb allah bg peluang jumpe ng hujan batu ni =)

sarah July 5, 2009 at 8:55 AM  

o ye ke.kt indon pn awk blh gk jupe ujan batu,igt kn ujan batu di negeri sndiri je,ujan mas kt ngri org..hehe..

alhamdulillah..

izan July 5, 2009 at 11:38 PM  

hehe :D

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP