untuk sahabatku..
>> Monday, May 25, 2009

tempat penglihatan(pandangan)Allah adalah hati dan hati yang dicintai Allah adalah hati yang penuh berzikir kepada Allah..
siri 2:
berakhirnya peperiksaan ungs 2050 pd sabtu malam itu maka berakhirlah perjuangan kami di cfs pj ni..masing2 ada yang gembira bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal bercuti selama lebih sebulan..
saya dan sahabat2 lantas bergambar buat kali terakhirnya di cfs ni,terasa sayang pula nak meninggalkan bumi yang melakar seribu kenangan..
saya berhasrat jika ada peluang lagi utk datang ke sini lagi,saya tak akan lepaskannya insyaALLAH..
sudah dua hari saya tinggalkan bumi cfs..terasa sudah lama,perasaan rindu menggamit di hati..banyak kenangan yang terlakar disana,gembira,sedih dan macam2 lagi..
di cfs lah saya mengenal apa ertinya ukhuwah, yang mana dengan ukhuwah itu lah terjadinya satu proses evolusi yang terjadi pada diri..saya mengenal apa itu tarbiyah dan bermacam2 lagi..
siri 1:
saya nak menceritakan sebuah kisah seorang sahabat di mana berlakunya di cfs itu..hayatilah..
tahun pertama sem 1, suraya(bukan nama sebenar) hanya kenal buku sahaja, otak langsung tidak berkembang pd aspek lain, aim dia waktu itu hanya nk mencapai kecemerlangan sahaja memandangkan kos yg dia pikul itu sangat la berat amanahnya..sem itu lah zaman gelap suraya..terasa sangat gelap waktu itu..mujur lah ada beberapa sahabat yang masih igtkan suraya tp,benarlah hidayah itu milik Allah..
sem kedua pula,suraya bangkit dari kegagalan. suraya sedar kesilapan terbesar dan paling bodoh rasanya zaman gelap itu..dia mula mencari hidayah Allah, mencari jalan pulang dan kembali pada fitrah manusia sebenarnya..tapi ternyata perjalanannya masih jauh..suraya nekad seimbangkan tanggungjawabnya pd Allah dan juga sebagai seorang pelajar.dia mula merasakan keberkatan dari Yang Maha Esa..
sem ketiga pula, dia di taklifkan dgn satu tanggungjawab lain yang menyebabkan dia mula mendapat sesuatu,pengalaman itu terasa begitu berharga..
tahun kedua sem 1, suraya melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, walaupun dirinya sedar bahawa dirinya masih lemah..terasa ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidupnya..terasa tiada matlamat,tidak tahu apa tujuannya,lalu dia membuat keputusan utk melakukan satu keputusan yang agak drastik, yang mana dirinya tidak pernah mengimpikan sebegitu, tidak pernah terfikir ke arah tersebut..
pada sem itu, dia mula merasakan kemanisan iman, dia yakin bahawa tawakal pada Allah adalah segala-galanya setelah berusaha..
sem kedua, lantas suraya nekad melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, yang mana sudah lama diimpikan lantaran tiada lagi kekuatan pd diri utk lakukannya..
sem inilah yang paling penting baginya,juga sem yang banyak menyebabkan dia menangis,tertekan dengan pelajaran yg agak susah dan perlukan komitmen yang penuh..tp suraya kuatkan dirinya,dia yakin apa yang dia buat dan usahanya pasti mendapat balasan dari Allah..
sekian..
apa yang saya nak simpul kan kt sini, proses mencari hidayah itu penting.jangan mngharapkan hidayah itu saja datang dari Allah, tapi mestilah ada usaha sampingan yang menunjukkan kita mahukan perubahan ikhlas semata-mata utkNya..
bermula minggu ni, maka sibuk lah pelajar2 uia dgn study masing2 memandangkan end of semester 3 exam is around d corner.. "perlu ke exam ni?, kalau tak payah exam tak boleh ke?, leceh la.." macam2 ayat yang keluar, dulu pernah juga terfikir macam mana kalau dlm hidup seorang pelajar ni, tak perlu nak jawab exam, tak perlu nk ambil kuiz,.. boleh tak agaknya kalau diberi pilihan mcm tu?
pastinya tidak.kalau begitu, bagaimana kita nak tahu tahap pencapaian seseorang pelajar tu, macam mana tahap kefahaman dia..begitu juga persoalan mengapa aku diuji?peperiksaan tu seperti dugaan dan cabaran yang Allah berikan pada kita sejauh mana kita bertawakal padaNya..sejauh mana kita beriman pada qada' dan qadar..
tak semestinya kita belajar sahaja kita akan berjaya apatah lagi jika tak belajar langsung! apa yang penting di sini bukan kerjasama, tapi habluminallah yang perlu kita jaga..
yang dilihat & diukurNya bukan sejauh mana usahamu
tapi yang diharap sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA nan jitu..
pergantunganmu padaNya..
tapi tak bermakna tak perlu berusaha..
USAHA lah semampumu..
tapi janganlah sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
tapi TAWAKKAL mu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya..
itulah penentu kejayaanmu..
kejayaan bukan milik sesiapa,tapi adalah milik Allah..
justeru,hendaklah dikau pohon dariNya semata..
saya doakan kita sama2 berjaya dalam peperiksaan masing2..tunjukkan pada diri, apa lebihnya orang, apa kurangnya kita? Allah ciptakan setiap orang ada satu otak, bergantung pada pemiliknya bagaimana otak itu dimanfaatkan..wallahu'alam
"wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
surah Muhammad:7
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
jauhkan aku dari sifat mazmumah ya ALLAH..
sudah hampir seminggu saya tak update blog ni,memandangkan kelas UNGS terlalu penuh, hampir setiap hari 6jam perlu hadiri, dari pukul 9 sampai lah 5 petang..walaupun ada rasa letih, tetap saya gagahi jua utk hadir..
alhamdulillah, akhirnya petang tadi lah kelas ungs yg terakhir,sesekali perasaan sedih muncul..tiada lg ustaz muneerdin utk bercerita, ustaz abdul ganiy yang sentiasa memberi tazkirah, dan ustaz iskandar arnel yang sentiasa mengasak fikiran2 kami semua dgn bermacam2 soalan yg tak pernah terlintas di fikiran yg mana kita merasakan tak perlu utk berfikir panjang ttg itu..
permulaan minggu ini saya penuh dgn hal yg penting, tapi sepanjang minggu ni saya tak sempat utk hadiri mana2 kuliah..sehingga sekarang,waktu ini rasanya terlalu kosong,rindukan majlis2 ilmu..
saya terfikir, ni kah sebab terjadinya hati menjadi keras atau jumud? nauzubillah min zalik..
penYebab haTi MenJadi kEraS:
© Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP