untuk sahabatku..

>> Monday, May 25, 2009




akhirnya menjadi juga plan kami yg telah byk kali di'post pone' tu pd hari ini..alhamdulillah Allah bg kemudahan pd kami semua, memandangkan sudah lama kami tidak berkumpul beramai-ramai, kalau tak silap saya kali terakhir mungkin raya 2 tahun lepas..tetapi kali ni pun,masih x cukup seorang, sahabat kami izan yang study di Indonesia...acap kali juga kami menyebut namanya menunjukkan kami pun terkilan izan tak dapat nak bersama-sama kami waktu ni..hehe,rindu jugk kami pd izan sebenarnya!


kami bertolak dengan dua buah kereta, dan akhirnya sampai di stadium gong badak.rancangan utk bermain bowling bersama-sama teruji juga dengan terpaksa menunggu lebih 1 jam,memandangkan terlalu penuh.rupa-rupanya hari ni ad promotion,harga utk satu game pun hanya rm3.50 shja! terkejut tak percaya semua, syukur langkah kanan juga hr ni..

niat di hati bukan semata-mata utk bermain bowling tetapi utk mengeratkan semula hubungan silaturrahim dan juga ukhuwwah kami kembali setelah masing-masing membawa haluan sendiri setelah habis spm dan juga matrik..waktu ini lah, saya niatkan utk meluangkan masa bersama-sama mereka..saya x dapat bayangkan mcm mana setelah mula berkampus di kuantan nnti..

setelah selesai, kami meneruskan satu lagi rancangan, masak dan makan bersama-sama di rumah sahabat, 'amirah..menunya nasi minyak, dan juga air roselle (slps diperbetulkan ena,hehe),tak lupa juga puding tauhu utk pencuci mulut (tp x sempat beku,masing2 blh buat balik,yg pnting best,msti cuba lps ni!)..


tp sayang, oleh sebab terlalu lambat makanan disiapkan, saya terlupa satu perkara.mungkin dua perkara penting,yang patut saya jalankan waktu ini..mungkin disebabkan kelalaian saya lgsng tak berjalan satu agenda ni..takpe lah, insyaAllah satu lg rancangan gathering kami nanti, sy akan pastikan ianya berjalan lancar..

sahabatku, tak terungkap rasa syukur di hati ini jika kita sama-sama berganding bahu berada di jalanNya ini..

tak tergambar perasaan gembira ini jika ukhuwwah ini kekal ke akhir hayat dengan tujuan mencapai redha Ilahi..

sahabatku, aku doakan kita sama-sama istiqamah dalam tujuan utk mencapai cinta yang teragung, cinta Ilahi..

aku doakan kita sama-sama tak gentar dalam memperjuangkan agama Allah ini..

sahabatku, aku pohon kau juga doakan aku diberi kekuatan utk thabat di jalan ini..


amin..

Read more...

dan pemenangnya adalah..

>> Saturday, May 23, 2009

syukur alhamdulillah,cuti2 ni pun ad award utk saya hasil pemberian adikku nurhazirah binti ali..'bertuah award'?bertuah atas dasar apa ye? alhamdulillah memang kita bertuah, dikurniai pelbagai nikmat yang tak terhingga banyaknya..

..dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..

(Ibrahim:34)

tapi, setiap benda yang kita dapat harus ada amanah yang perlu kita penuhi. lalu saya pikul amanah ini dgn sebaiknya utk menyerahkan award ini utk sahabat2 saya..dan pemenangnya adalah...

nurhazirah dia lah sahabat,ex-rumet dan juga adik saya..
nadhirah antara geng kitorang, tp ssh nk tau rahsia nad ni..:)
aisyah md noor sahabat yang tak jemu2 bg dorongan dan nasihat,aisyah ni kecil2 cili api :)
huda idris mula kenal dlm kelas arab first year..tak sangka huda ni hebat orangnya..tahniah2
kak fizah my first rumet, kagum dgn kak fizah yang diam2 ubi berisi
aisyah yusoff website blog syah ni la yg paling susah nk igt,hehe..tgk dia ni,mmg xkering gusi
la..
maziah ada satu kenangan yang x blh saya lupa klu igt ma, ramai sgt ckp mcm tu..sama ke? x
kan,hehe..
kak dayah sama mcm huda, mula kenal waktu first year dlm kls arab, tp x sangka dapat kenal
lbih rapat lagi dgn akak ni..:)
izat mula2 kenal mlalui naimah, ex-rumet saya yg dh kluar uia..bkl nurse yg baik!
mardhiah x lupa satu kenangan ngn maydi :)..saya akan rindu mardhiah nnt..

dan inilah green award yang saya hadiahkan pada sahabat2 semua..


kepada pemenang-pemenang bertuah award,semoga dpt pegang amanah ini dgn sebaik-baiknya,jgn lupa utk bg pd 10 pemenang lagi ye..anda sememangnya bertuah!

Read more...

hanya tinggal memori ~siri 2~

>> Wednesday, May 20, 2009















siri 2:

berakhirnya peperiksaan ungs 2050 pd sabtu malam itu maka berakhirlah perjuangan kami di cfs pj ni..masing2 ada yang gembira bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal bercuti selama lebih sebulan..

saya dan sahabat2 lantas bergambar buat kali terakhirnya di cfs ni,terasa sayang pula nak meninggalkan bumi yang melakar seribu kenangan..

saya berhasrat jika ada peluang lagi utk datang ke sini lagi,saya tak akan lepaskannya insyaALLAH..

Read more...

hanya tinggal memori

>> Monday, May 18, 2009

sudah dua hari saya tinggalkan bumi cfs..terasa sudah lama,perasaan rindu menggamit di hati..banyak kenangan yang terlakar disana,gembira,sedih dan macam2 lagi..

di cfs lah saya mengenal apa ertinya ukhuwah, yang mana dengan ukhuwah itu lah terjadinya satu proses evolusi yang terjadi pada diri..saya mengenal apa itu tarbiyah dan bermacam2 lagi..

siri 1:

saya nak menceritakan sebuah kisah seorang sahabat di mana berlakunya di cfs itu..hayatilah..

tahun pertama sem 1, suraya(bukan nama sebenar) hanya kenal buku sahaja, otak langsung tidak berkembang pd aspek lain, aim dia waktu itu hanya nk mencapai kecemerlangan sahaja memandangkan kos yg dia pikul itu sangat la berat amanahnya..sem itu lah zaman gelap suraya..terasa sangat gelap waktu itu..mujur lah ada beberapa sahabat yang masih igtkan suraya tp,benarlah hidayah itu milik Allah..

sem kedua pula,suraya bangkit dari kegagalan. suraya sedar kesilapan terbesar dan paling bodoh rasanya zaman gelap itu..dia mula mencari hidayah Allah, mencari jalan pulang dan kembali pada fitrah manusia sebenarnya..tapi ternyata perjalanannya masih jauh..suraya nekad seimbangkan tanggungjawabnya pd Allah dan juga sebagai seorang pelajar.dia mula merasakan keberkatan dari Yang Maha Esa..

sem ketiga pula, dia di taklifkan dgn satu tanggungjawab lain yang menyebabkan dia mula mendapat sesuatu,pengalaman itu terasa begitu berharga..

tahun kedua sem 1, suraya melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, walaupun dirinya sedar bahawa dirinya masih lemah..terasa ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidupnya..terasa tiada matlamat,tidak tahu apa tujuannya,lalu dia membuat keputusan utk melakukan satu keputusan yang agak drastik, yang mana dirinya tidak pernah mengimpikan sebegitu, tidak pernah terfikir ke arah tersebut..

pada sem itu, dia mula merasakan kemanisan iman, dia yakin bahawa tawakal pada Allah adalah segala-galanya setelah berusaha..

sem kedua, lantas suraya nekad melakukan satu perubahan ke arah lebih baik, yang mana sudah lama diimpikan lantaran tiada lagi kekuatan pd diri utk lakukannya..

sem inilah yang paling penting baginya,juga sem yang banyak menyebabkan dia menangis,tertekan dengan pelajaran yg agak susah dan perlukan komitmen yang penuh..tp suraya kuatkan dirinya,dia yakin apa yang dia buat dan usahanya pasti mendapat balasan dari Allah..

sekian..

apa yang saya nak simpul kan kt sini, proses mencari hidayah itu penting.jangan mngharapkan hidayah itu saja datang dari Allah, tapi mestilah ada usaha sampingan yang menunjukkan kita mahukan perubahan ikhlas semata-mata utkNya..

aku remaja
punya cita-cita
aku remaja dunia hari ini
hidup penuh pancaroba
remaja itu aku
berjalan aku melihat dunia
berlari aku mengejar impian
berenang aku meredah cabaran
remaja itu dunia aku
luas terbentang peluang
dan pilihan
tersilap langkah pastiku rebah
tepat langkah mara tapakku melangkah
aku remaja
ingin terbang melayang di udara
setinggi puncak kuingin mendaki
seluas lautan kuingin renangi
untuk aku lebih mengenali
siapa aku sebagai remaja
biar cita-cita menggapai awan
biar khayalan tak bertepian
biar dunia menjadi ujian
rapatilah aku dengan belas kasihan
nasihatilah aku dengan kelembutan
kerana aku seorang remaja
alangkah eloknya zaman remaja itu kita gunakan untuk gerak kerja Islam!! membantu teman-teman yang masih lagi diulit mimpi yang tak berkesudahan,keseronokan dunia yang melampau..
dan sudah tentu membantu diri kita sendiri...


Read more...

bittaufiq wannajah

>> Tuesday, May 12, 2009

bermula minggu ni, maka sibuk lah pelajar2 uia dgn study masing2 memandangkan end of semester 3 exam is around d corner.. "perlu ke exam ni?, kalau tak payah exam tak boleh ke?, leceh la.." macam2 ayat yang keluar, dulu pernah juga terfikir macam mana kalau dlm hidup seorang pelajar ni, tak perlu nak jawab exam, tak perlu nk ambil kuiz,.. boleh tak agaknya kalau diberi pilihan mcm tu?

pastinya tidak.kalau begitu, bagaimana kita nak tahu tahap pencapaian seseorang pelajar tu, macam mana tahap kefahaman dia..begitu juga persoalan mengapa aku diuji?peperiksaan tu seperti dugaan dan cabaran yang Allah berikan pada kita sejauh mana kita bertawakal padaNya..sejauh mana kita beriman pada qada' dan qadar..

tak semestinya kita belajar sahaja kita akan berjaya apatah lagi jika tak belajar langsung! apa yang penting di sini bukan kerjasama, tapi habluminallah yang perlu kita jaga..

yang dilihat & diukurNya bukan sejauh mana usahamu
tapi yang diharap sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA nan jitu..
pergantunganmu padaNya..
tapi tak bermakna tak perlu berusaha..
USAHA lah semampumu..
tapi janganlah sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
tapi TAWAKKAL mu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya..
itulah penentu kejayaanmu..
kejayaan bukan milik sesiapa,tapi adalah milik Allah..
justeru,hendaklah dikau pohon dariNya semata..


saya doakan kita sama2 berjaya dalam peperiksaan masing2..tunjukkan pada diri, apa lebihnya orang, apa kurangnya kita? Allah ciptakan setiap orang ada satu otak, bergantung pada pemiliknya bagaimana otak itu dimanfaatkan..wallahu'alam

"wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

surah Muhammad:7

RABU 13 MEI 2009
8-10 PM AMF :UNGS 2030

JUMAAT 15 MEI 2009
8-10 PM AMF : UNGS 2040

SABTU 16 MEI 2009
8-10 PM AMF: UNGS 2050

Read more...

PenyeBab haTi jumuD

>> Thursday, May 7, 2009



dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

jauhkan aku dari sifat mazmumah ya ALLAH..

sudah hampir seminggu saya tak update blog ni,memandangkan kelas UNGS terlalu penuh, hampir setiap hari 6jam perlu hadiri, dari pukul 9 sampai lah 5 petang..walaupun ada rasa letih, tetap saya gagahi jua utk hadir..

alhamdulillah, akhirnya petang tadi lah kelas ungs yg terakhir,sesekali perasaan sedih muncul..tiada lg ustaz muneerdin utk bercerita, ustaz abdul ganiy yang sentiasa memberi tazkirah, dan ustaz iskandar arnel yang sentiasa mengasak fikiran2 kami semua dgn bermacam2 soalan yg tak pernah terlintas di fikiran yg mana kita merasakan tak perlu utk berfikir panjang ttg itu..

permulaan minggu ini saya penuh dgn hal yg penting, tapi sepanjang minggu ni saya tak sempat utk hadiri mana2 kuliah..sehingga sekarang,waktu ini rasanya terlalu kosong,rindukan majlis2 ilmu..

saya terfikir, ni kah sebab terjadinya hati menjadi keras atau jumud? nauzubillah min zalik..

penYebab haTi MenJadi kEraS:

  • melupakan kematian dan sakaratnya, alam kubur dengan segala yang terjadi di dalamnya. azab mahupun nikmatnya, dan bahawa ia adalah "tangga" pertama menuju akhirat.
  • kecintaan pada dunia, bersandar padanya, dan menjadikannya sebagai tujuan utama dalam menjalani kehidupan ini, kita telah menjadikannya sebagai kepentingan terbesar kita.
  • kelalaian dari mengingat Allah dan membaca ayat-ayatNya. andaipun kita membacanya, kita seolah-olah hanya membaca sebuah majalah.kita tidak mentafakuri janji dan ancamanNya, tidak pula khabar gembira yang ada di dalamnya.
  • duduk bersama orang-orang yang terlalu banyak bercanda dan tertawa, serta lupa untuk mengingati mati, alam kubur dan hari kiamat. terkadang berdusta demi membuat orang lain tertawa.
  • banyaknya dosa dan maksiat yang kita lakukan,hingga kemudian menjadi sebuah kebiasaan.

ya Allah, mungkinkah aku melakukan semua ini yang menjadi sebab hati menjadi keras..

Rasulullah SAW bersabda:

"hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah-olah berdagang di negeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. "Ibnu Umar r.a. berkata, "jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh diwaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh diwaktu petang. rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati."

riwayat Hadith al-Bukhari



ya Allah!
kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingati Mu?
mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran?
setiap hari aku solat, membaca al-Quran
tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan
bagaimanakah akan aku tempuhi hidup ini?
adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima?

ya Allah!
janganlah Engkau tinggalkan aku
janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan
apalah diri ini tanpa Mu
aku begitu lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini..

ya Allah!
kasihanilah jiwaku yang kerdil ini
aku sangat mengharapkan pimpinanMu
aku sangat merindu belaianMu
bantulah aku ya Allah!
bantulah aku ya Rabbi!
lemparkan lah cahayaMu ke dalam jiwaku..

ya Allah!
apalah erti kehidupan ini tanpa kehadiranMu
apalah gunanya segala yang ku miliki tanpa rahmatMu

ya Allah!
berikanlah petunjukMu kepadaku
aku tahu bahawa petunjukMu adalah mahal dan perlu kubayar
aku redha ya Allah..

ya Allah!
aku malu untuk berhadapan dengan Mu
aku begitu kotor dan jijik
riya',tamak,sombong dan dengki telah membelenggu hidupku
jiwaku lemas

ya Allah!
hanya kepadaMu
tempatku mengadu
ha
nya kepada Mu
tempat aku mencurahkan perasaanku
kerana aku tahu hanya Engkau
yang dapat membimbing
jiwaku yang kerdil ini

maka pimpinlah aku ya Allah...

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP