>> Friday, June 24, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

berlalu dua peristiwa, yang mana bagiku sebagai hambaNya mengakui kebesaranNya dan betapa luas ilmu Allah SWT. Allah al- Alim, Allah yang Maha Mengetahui. Dia yang Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini tidak tahu. Dia yang Maha Mengetahui perkara ghaib.

kita sebagai hamba sangat terbatas ilmunya. semakin kita belajar, semakin kita tidak tahu. semakin bodoh dirasakan. masih terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Syed ketika form four dulu. semakin kita belajar sesuatu, kita dapat rasa 'rupanya banyak lagi yang kita tak tahu', atau ayat kasar 'jahil sangat sebenarnya aku'. ilmu yang ada dalam jiwa kita ni sebenarnya hanya pinjaman dariNya. semua yang ada dalam diri kita sebenarnya milik Allah. rugilah sesiapa yang bongkak merasakan dia tu bijak. semua orang, yang pandai, yang kurang pandai, yang cantik, yang kurang cantik, semuanya ujian dari Allah. adakah kita bersyukur dengan kebijakan yang kita ada? adakah kita bersyukur dengan kecantikan wajah kita? adakah kita redha dengan kurang bijaknya kita? adakah kita redha dengan kesederhanaan wajah kita? alangkah beruntungnya orang yang sentiasa mensyukuri kejadiaan dan kurniaan Allah padanya.. Dia tak pernah melihat cantiknya rupa seseorang itu, kayanya dia, bijaknya dia, tetapi hati di mana letaknya ketaqwaan seseorang hamba itu kepada Allah..

peristiwa pemergian arwah Adha yang merupakan pelajar UIAM tahun kedua bioteknologi, mengejutkan lamunan ,khayalan manusia di mana setiap manusia itu akan kembali kepada pemiliknya, Allahu Rabbul 'Alamin.. cukuplah dengan kematian itu menjadi peringatan buat yang hidup. mati itu pasti. di mana, bila, bagaimana itu lah yang terkandung dalam perkara-perkara ghaib, hanya Allah yang Maha Tahu. teringat lagi kata-kata ini, bagaimana kehidupan akhirat kita bergantung bagaimana kita mati, dan bagaimana kita mati, begitulah kehidupan kita di dunia. sesiapa yang mahukan kehidupan bahagia di akhirat, kubur kita menjadi seperti salah satu taman di syurga, matilah dengan husnul khatimah, pengakhiran yang baik, dan bagaimana nak capainya? dengan kehidupan yang baik di dunia. moga Allah kurniakan kepada kita..

peristiwa kedua, menunjukkan pentingnya pergantungan kepada Allah, mencari-cari ketenangan hati yang mana datangnya dari DIA. ternyata, sesuatu yang berlaku mestilah dengan kehendak Allah jua. kita berkehendak, dengan memohon bantuan Allah, Dia yang Maha Tahu perkara ghaib, dan apabila tidak selari dengan iradah Allah, maka sesuatu itu pasti tidak berlaku. redha lah dengan keputusanNya dan sentiasa bersangka baik denganNya. Cek balik dalam al-Quran,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” al-Baqarah:216


Put your trust in Allah..
InsyaALLAH.. ^_^

Read more...

>> Thursday, June 2, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

saat ini tika ini sedang berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas kali 57 di Selangor. jika tahun lepas berlangsung di Putik, Kelantan. kali ini masih gagal lagi untuk aku turut serta. ya Allah, moga ada rezeki untuk aku pergi tahun hadapan jika umurku masih panjang!

tertarik pada ucapan perasmian muktamar Dewan Muslimat PAS yang disampaikan oleh TGNA, apabila beliau menyebut kembali sirah tentang penglibatan golongan wanita/muslimat dalam perjuangan suami seperti isteri Nabi Luth dan Nabi Nuh yang menolak dakwah suami mereka dan menjadi penentang utama. dan kisah Asiah isteri Firaun yang menjadi perumpamaan bagi orang yang beriman, memperjuangkan agama walaupun suaminya penentang Islam. begitu juga Saidatina Khadijah Khuwailid sangat menyokong perjuangan suaminya baginda Rasulullah SAW.

memetik kata-kata beliau lagi,

Saya ingin mulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan kita Parti Islam Semalaysia (PAS) ini merupakan satu ibadah di medan siasah dan dakwah pasti akan diganjari oleh Allah SWT dengan kebaikan insya-allah. Perlulah diingatkan PAS adalah Gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk membebaskan umat Islam dari kepungan jahiliyah moden ini berpandukan syara' mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.

lagi kata-kata TG yang menarik dan mengobarkan jiwaku yang gersangkan majlis ilmu dan hamasah perjuangan pabila...

Apa yang utama dalam siap siaga itu ialah Ahli-ahli Dewan Muslimat sewajarnya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu untuk bersaing di peringkat nasional. Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan. Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan. Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain.

Air mata kami tumpah saat menutup tirai muktamar dgn tangan mengenggam erat dan melaungkan doa wehdah dan doa Rabitah...Tuhan,,anugerahkanlah kami kemenangan atau kami syahid dikubangan darah utk menjulang Agama ini......selamat bermuktamar teman.... Harakatul ummah ini akan terus menerjang badai jahiliah di belantara gelap politik ciptaan penguasa. (Ustaz Riduan Mohd Noor, 2011)

Allahuakbar! Allah takkan sia-siakan usaha seseorang yang ikhlas berjuang keranaNya dan yakinlah bahawa kemenangan Islam itu pasti, biarpun tak sempat untuk kita lihat, yang pastinya usaha itu pasti diganjari Allah SWT.

* manfaatkan nikmat cuti ini dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk diri, agama dan keluarga.
* akan tunaikan hak diri pada teman-teman yang bakal menamatkan zaman bujang sabtu ini, iaitu kak Alang dan kak Amalina, selasa ini untuk Husna Izzati.. insyaAllah
* ya Allah semoga Kau berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban ini dan sampaikan lah kami kepada Ramadhan



Read more...

Satu Pesanan

>> Friday, May 6, 2011

pesanan seorang sahabat yang tersayang, moga Allah permudahkan urusan mu untuk mencapai redha dan keberkatan Allah. aku kan sentiasa mendoakan mu sahabatku.. ^_^

jagalah tahajjud.

usaha dengan study bersungguh-sungguh memang perlu.


tetapi, kalau kita tahu, dengan study sampai stay up ke 3-4 pagi, dengan subuh yang terlajak, kadang-kadang subuh gajah, jangan lah paksa diri untuk stay up

dan kalau betul sayangkan tahajjud, jangan jadikan stay up sampai lewat pagi menjadi alasan kita tinggalkan tahajjud

insyaAllah kejayaan itu akan tetap jadi milik kita, jika itu kehendak Allah

sama-sama kita kejar kemanisan tahajjud, rasa sayang untuk tinggalkan tahajjud.

Allahu Allah.

T_T

salah satu nikmat seorang sahabat yang saling mengingatkan antara satu sama lain, bila mana Allah memberi teguran kepada kita melalui perantaraannya. Allah hantar dia untuk mengingatkan diri kita.

ku coretkan di sini untuk mengingatkan diri terutamanya, dan juga sesiapa yang ada terbaca.


p/s: jaga solat jemaah, jaga tahajjud, jaga solat dhuha, jaga al-Quran, jaga al-Mathurat

Read more...

Sebuah Pertemuan

>> Monday, April 18, 2011

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


tersangat sayang akan ukhuwwah ini yang mula bertapak Aisyah College 235 Petaling Jaya..
di sana lah bermula segala-galanya.. Alhamdulillah...


10 April 2011, Teluk Cempedak

Read more...

Rindu

>> Friday, April 15, 2011

bila rindu pada penciptaku Allah, ku sujud dan berzikir kepadaNya

bila rindu pada qudwahku, kekasihNya Muhammad SAW, ku berselawat ke atasnya

bila rindu pada dua permata hatiku, mak abah, sekeping mesej dihantar, satu panggilan di hubungkan demi mendengar suara mereka,

alhamdulillah...........
bersyukurlah kerna masih dikurniai satu perasaan rindu, nyata hati masih sihat, tidak gelap tidak kotor insyaAllah..

rindu....
rindu itu adalah anugerah dari Allah

mode: homesick + fatrah exam last block in pre-clinical year + 1st proffesional exam
doakan kami semua lulus ye..!

Read more...

Kuasa Otak atau Jiwa?

>> Friday, April 8, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

seminggu yang lepas menghadiri program motivasi 'The Power of Mind' bersama Prof Dr Muhaya, yang pada asalnya diwajibkan untuk 1st and 2nd year medical students, tapi pada diri ini aku bertekad memilih untuk pergi, bukan wajib untuk pergi. Allah itu Maha Mengetahui, bila diri ini terasa demotivated, maka Allah hantar untuk aku ke sana. alhamdulillah, banyak input yang Prof kongsikan pada kami semua, antaranya:

1) people always make excusers, sering kali memberi banyak alasan dari membuat sesuatu, 'tapi...' banyak terkeluar dari bibir, sebenarnya mencerminkan diri kita bagaimana, ke mana kita akan pergi, dan apa yang kita akan jadi pada waktu akan datang.

2) POSITIVE PSYCHOLOGY POSITIVE PHYSIOLOGY.. cuba lah, terasa keberkesanannya!

3) macam mana kita hari ini sebagaimana yang kita rancang dan usaha pada 10 tahun yang lepas, dan apa yang kita rancang dan usaha hari ini, tunjukkan apa yang akan kita jadi 10 tahun akan datang.. insyaAllah..

apa yang di tekan kan oleh Prof, adalah membuat Top 10 Goal, apa yang kita ingin capai dalam masa 10 tahun dari sekarang, beliau menceritakan ketika bersekolah menengah lagi, beliau bercita-cita untuk berkahwin, mempunyai keluarga dan menjadi doktor yang berjaya/profesional, alhamdulillah kesemuanya sudah tercapai malah beliau berkahwin ketika di tahun dua perubatan lagi! :)

sudah lama sebenarnya diri ini dinasihatkan oleh seseorang sahabat, penting untuk kita tulis/catat apa yang ingin di gapai dalam tempoh tertentu, dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dicatatkan. kita berusaha, berdoa dan pada masa yang sama bertawakkal kepada Allah..
pada aku, sangat penting lebih-lebih lagi sebagai orang yang berfikrah dan duduk dalam perjuangan Islam..

4) gambarkan kejayaan anda pasti anda akan eager/bersemangat untuk mencapainya!
setuju sangat, teringat zaman sekolah dulu, cikgu motivasi kami, Cikgu Taha sentiasa berpesan, gambarkan kamu masuk ke dewan ini dan mengambil keputusan peperiksaan dengan perasaan yang sangat gembira...~tiba-tiba rindu kat zaman sekolah tok jiring..


5) bila kita sakit, elakkan dari memberitahu/menghebohkan kepada orang, anggaplah ia kifarah dosa, di mana kita sedang di uji oleh Allah..

wallahu'alam. semoga bermanfaat untuk aku dan kamu semua.

Read more...

Cuba Istiqomah..

>> Monday, March 28, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

beberapa hari yang lalu, bermuhasabah bersama-sama sahabat-sahabat, daripada nya banyak yang mengusik hati seseorang yang bergelar hamba, mencetus rasa, hammasah yang begitu tinggi insyaAllah..

solat jemaah.. ada segelintir di antara kita yang memandang enteng tp sedarlah bahawa dengan amalan solat berjemaah lah, darinya kita semua memperoleh satu kekuatan untuk bersatu, satu permuafakatan dalam bergerak kerja. koreksi pada diri masing-masing, berapa kali berjaya solat secara berjemaah dalam sehari? sudah aku taklifkan pada diri ini, untuk menunaikan minimum 2 kali solat berjemaah. kadang-kadang, datang perasaan ingin solat bersendirian kerna lebih khusyuk (kadang-kadang), tapi bila jiwa resah hati tak tenang, akan tercari-cari di manakah solat berjemaah.. sungguh, hati pasti tenang selepasnya! alhamdulillah..

jika kita imbas kembali zaman Rasulullah, yang dimulakan oleh baginda buat pertama kalinya adalah untuk membina masjid, ke arah membentuk masyarakat Islam. sebab apa? dengan solat berjemaah, di masjid terutamanya, kita dapat mengambil 'immunity' dan ruh Islam itu sebenarnya..

kita berdiri setiap di dalam satu perbarisan menghadapi Allah Rabbul-Jalil untuk sama-sama bertujuan memperhambakan diri.. tidakkah terbit satu rasa persamaan dan keadilan di kalangan umat Islam??
ALLAHUAKBAR!! besarnya peranan solat berjemaah..

terasa rugi, sangat rugi jika aku yang bergelar hamba, mengaku seorang dai'e, pejuang agama Allah, tapi tidak solat berjemaah.. masyaAllah, subhanaAllah..
Kau berikan aku kekuatan untuk istiqomah dengannya... sedangkan Rasulullah sendiri begitu takut dan sukar untuk istiqomah sehinggakan beruban rambut baginda memikirkannya, apatah lagi kita ini yang terlampau banyak dosa yang terpalit pada diri.. tapi haruslah kita cuba sedaya upaya kita untuk beristiqomah.. insyaAllah..

ingin sekali mempunyai hati yang bersih yang dapat mengetuk hati-hati lain untuk mengenal Islam, membawanya kepada Allah, agar menjadi saham untukku di akhirat kelak..

astaghfirullah, astaghfirullah...

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP