Cuba Istiqomah..

>> Monday, March 28, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

beberapa hari yang lalu, bermuhasabah bersama-sama sahabat-sahabat, daripada nya banyak yang mengusik hati seseorang yang bergelar hamba, mencetus rasa, hammasah yang begitu tinggi insyaAllah..

solat jemaah.. ada segelintir di antara kita yang memandang enteng tp sedarlah bahawa dengan amalan solat berjemaah lah, darinya kita semua memperoleh satu kekuatan untuk bersatu, satu permuafakatan dalam bergerak kerja. koreksi pada diri masing-masing, berapa kali berjaya solat secara berjemaah dalam sehari? sudah aku taklifkan pada diri ini, untuk menunaikan minimum 2 kali solat berjemaah. kadang-kadang, datang perasaan ingin solat bersendirian kerna lebih khusyuk (kadang-kadang), tapi bila jiwa resah hati tak tenang, akan tercari-cari di manakah solat berjemaah.. sungguh, hati pasti tenang selepasnya! alhamdulillah..

jika kita imbas kembali zaman Rasulullah, yang dimulakan oleh baginda buat pertama kalinya adalah untuk membina masjid, ke arah membentuk masyarakat Islam. sebab apa? dengan solat berjemaah, di masjid terutamanya, kita dapat mengambil 'immunity' dan ruh Islam itu sebenarnya..

kita berdiri setiap di dalam satu perbarisan menghadapi Allah Rabbul-Jalil untuk sama-sama bertujuan memperhambakan diri.. tidakkah terbit satu rasa persamaan dan keadilan di kalangan umat Islam??
ALLAHUAKBAR!! besarnya peranan solat berjemaah..

terasa rugi, sangat rugi jika aku yang bergelar hamba, mengaku seorang dai'e, pejuang agama Allah, tapi tidak solat berjemaah.. masyaAllah, subhanaAllah..
Kau berikan aku kekuatan untuk istiqomah dengannya... sedangkan Rasulullah sendiri begitu takut dan sukar untuk istiqomah sehinggakan beruban rambut baginda memikirkannya, apatah lagi kita ini yang terlampau banyak dosa yang terpalit pada diri.. tapi haruslah kita cuba sedaya upaya kita untuk beristiqomah.. insyaAllah..

ingin sekali mempunyai hati yang bersih yang dapat mengetuk hati-hati lain untuk mengenal Islam, membawanya kepada Allah, agar menjadi saham untukku di akhirat kelak..

astaghfirullah, astaghfirullah...

0 comments:

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP