Mengingati Mati...

>> Monday, March 21, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah. Allah. Allah...
berita gembira walimah sahabat-sahabat, kakak-kakak,abang-abang,adik-adik banyak didengari berkadar terus dengan berita kepulangan saudara seIslam kita ke rahmatullah. ya Allah, aku takut. takut sangat hati ni, bila terlampau banyak kenalanku mendirikan apa yang telah disunnahkan baginda Muhammad,sehingga aku lupa,lupa pada panggilan Allah yang pasti tiba pada setiap insan iaitu kematian.

pasti kita tertanya-tanya pada diri dan juga sahabat-sahabat lain,bila pula giliran kita untuk bernikah. lantas jari menuding kepada sesiapa, berebut-rebut untuk menamatkan zaman bujang.ya Allah, bukan bermakna aku menyatakan yang aku tidak suka pada pernikahan.tidak.jauh sekali tidak. aku gembira mereka sudahpun dapat menyempurnakan separuh dari agama, malah membina baitul muslim demi perjuangan ISLAM yang kita sayang. bertekad untuk hidup bersama sehingga ke syurga demi keredhaan ALLAH.

astaghfirullah, astaghfirullah...

semua orang pasti sedang bersedia untuk bernikah. tapi adakah kita turut bersedia untuk menghadapi kematian? jika seseorang itu betul-betul mencintai dan merindui Allah pasti dia tidak sabar-sabar untuk bertemu denganNYA. sebab itu para kekasih Allah sentiasa bersedia,rela dan tega untuk mati. mati bukan perpisahan tetapi sebuah pertemuan. pertemuan dengan Allah....

adakah aku merindui kematian? adakah aku tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ALLAH? adakah aku betul-betul sudah bersedia untuk bertemu denganNYA? kematian itu adalah hakikatnya suatu ukuran dan muhasabah cinta yang paling akhir. jika masih gentar takut untuk menghadapinya bererti kita belum bercinta denganNYA!

sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang suka bertemu Allah,maka Allah suka bertemu dengannya."

suatu kisah dimana seorang Badwi bertanya pada Rasulullah bilakah hari kiamat. lalu baginda bertanya apakah yang dia sudah bersedia untuk menghadapinya? maka Badwi itu menjawab, aku tidak menyediakan apa-apa,tetapi aku menyediakan dengan hati yang amat mencintaiMu Rasulullah.. lalu Rasulullah menjawab seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak..

semoga tulisan ini bermanfaat buat sesiapa saja dan dijauhkan dari kemurkaan Allah............

1 comments:

pena mujahadah March 27, 2011 at 8:05 PM  

Allah,terkesan. syukrn sarah=)

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP