Rumah Tangga Muslim

>> Friday, March 4, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

dalam keriuhan orang bercakap tentang perkahwinan, walimah dan sebagainya, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu. jauh sekali untuk layak berkata-kata dalam bab ini, hanya tahu teori belum tiba masa untuk berpraktikal lagi.. Allahu'alam..

terlalu ramai sahabat-sahabat, kakak-kakak yang akan mengakhiri zaman bujang sekitar bulan 4-9 ini, melangkah ke level seterusnya, maratib amal yang kedua iaitu, dengan membina bait al-muslim. setelah kita memuslimkan diri kita, dengan beramal seperti yang dikehendaki syariat Islam, kita menuju pula ke arah membina rumah tangga muslim.

sungguh tepat janji Allah, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. tiada siapa yang boleh menafikan janji Allah ini, dengan melihat sendiri bukti-bukti yang ditunjuk oleh orang yang terdekat dengan kita..Allahu Akbar, Dia Maha Mengetahui.

kepada
1) Siti Husnaizzati Othman & jejaka pilihan Allah untuk dirinya, Ahmad Yusoff( senior sekolah saya,hehe)
2) kak Syeril Nadia Rosli & jejaka pilihan Allah untuk dirinya, Sheikh Umar.
3) dan sahabat sekelas saya Wan Thohirah Megat Yahya & jejaka pilihan Allah untuk dirinya, Abdullah 'Ammar.

BARAKALLAHULAKUM, semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dan kekal hingga ke syurga.. mungkin ada lagi yang bakal menyusul seperti mereka tapi belum diumumkan lagi.. hehe..nanti saya update lagi..


dan disini satu artikel saya ambil, sangat tertarik dan apa yang baik untuk boleh lah di ambil..


Mungkin bagi sebilangan besar muslimah memilih untuk berkahwin atas dasar 'memang sudah sampai seru' atau 'memang sudah mahu berkahwin'. Ya lah, mungkin dipengaruhi juga oleh faktor cinta kepada pasangan, calon pilihan keluarga atau apa saja.



Berbeza dengan muslimah dalam kalangan abnaul-harakah, mereka bukan berkahwin disebabkan cinta kepada pasangan atau hanya faktor keluarga. Tetapi apa yang lebih utama adalah bagaimana perkahwinan menjadi medan 'perniagaan' buat perjuangan Islam sebagaimana mereka juga 'berniaga' ketika sebelum perkahwinan.


Bagi mereka, apalah ertinya sebuah perkahwinan tanpa didasari cinta kepada perjuangan Islam. Kehidupan selepas berkahwin bukan kehidupan sehari dua, tetapi selamanya. Bahkan hingga ke syurga. Justeru, inilah matlamat jelas yang dipasak dan ditanam dalam diri setiap muslimah abnaul-harakah bahawa perkahwinan juga merupakan suatu bentuk 'wasilah' yang menyumbang kepada 'perniagaan' akhirat.


Apa yang diimpikan oleh mereka ialah dikurniakan oleh Allah seorang individu Muslim yang iltizam terhadap agamanya. Iltizam kepada agama bukan sahaja daripada sudut amalan fardhu yang digariskan agama, tetapi juga persoalan praktikal kepada kalimah syahadah.


Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim sanggup mempertaruhkan diri menjadi benteng agama ini. Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim boleh mendidik dan membimbing individu lain demi keuntungan perniagaan akhirat. Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim mampu membentuk sebuah generasi yang dapat mencontontohi keperibadian 'Jilul Quran' terdahulu.


Bagi mereka, pembinaan generasi adalah perkara utama dalam perkahwinan. Justeru, calon yang bagaimana dapat mengisi kekosongan sebagai 'pendidik' kepada generasi tersebut adalah perkara yang tidak mudah. Tidak hairanlah jika ada dalam kalangan akhawat yang masih tidak berkahwin walaupun sehingga mencecah umur 40-an. Ya, kerana cinta kepada perjuangan mereka harus memilih dan cerewet dalam pemilihan.


Hebat bagaimanapun sosok tubuh seorang muslimah gerakan, mereka tetap seorang wanita. Justeru, 1 saja pesanan saya kepada ikhwah. Permudahkanlah pemilihan mereka yang sanggup menggadaikan jasad, nyawa, emosi dan perasaan demi perjuangan Islam.

1 comments:

rumah dijual March 22, 2011 at 3:28 AM  

Semoga cepet bisa nyusul ya :)
biar bisa menyempurnakan shunnah nabi yaitu menikah. semoga menjadi keluarga yg sakinah, mawaddah dan warohmah ^^

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP