tempat penglihatan(pandangan)Allah adalah hati dan hati yang dicintai Allah adalah hati yang penuh berzikir kepada Allah..
coretan hati ini
blog ini hanya mengandungi coretan-coretan yang memaparkan perasaan pemilik blog sahaja, sebarang komen atau perasaan tidak puas hati boleh dilanjutkan ke emel kakchik_1301@yahoo.com
hidup biar berjasa
inilah jalanku
andai perjuangan ini mudah,pasti ramai menyertainya.. andai perjuangan ini singkat,pasti ramai yang istiqamah.. andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,pasti ramai tertarik padanya.. tapi hakikat perjuangan bukan begitu,turun naiknya,sakit pedihnya,umpama kemanisan yang tak terhingga.. andai rebah,bangkitlah semula.. andai terluka,ingatlah janjiNya.. Allahummarzuqni istiqamah
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
seminggu yang lepas menghadiri program motivasi 'The Power of Mind' bersama Prof Dr Muhaya, yang pada asalnya diwajibkan untuk 1st and 2nd year medical students, tapi pada diri ini aku bertekad memilih untuk pergi, bukan wajib untuk pergi. Allah itu Maha Mengetahui, bila diri ini terasa demotivated, maka Allah hantar untuk aku ke sana. alhamdulillah, banyak input yang Prof kongsikan pada kami semua, antaranya:
1) people always make excusers, sering kali memberi banyak alasan dari membuat sesuatu, 'tapi...' banyak terkeluar dari bibir, sebenarnya mencerminkan diri kita bagaimana, ke mana kita akan pergi, dan apa yang kita akan jadi pada waktu akan datang.
2) POSITIVE PSYCHOLOGY POSITIVE PHYSIOLOGY.. cuba lah, terasa keberkesanannya!
3) macam mana kita hari ini sebagaimana yang kita rancang dan usaha pada 10 tahun yang lepas, dan apa yang kita rancang dan usaha hari ini, tunjukkan apa yang akan kita jadi 10 tahun akan datang.. insyaAllah..
apa yang di tekan kan oleh Prof, adalah membuat Top 10 Goal, apa yang kita ingin capai dalam masa 10 tahun dari sekarang, beliau menceritakan ketika bersekolah menengah lagi, beliau bercita-cita untuk berkahwin, mempunyai keluarga dan menjadi doktor yang berjaya/profesional, alhamdulillah kesemuanya sudah tercapai malah beliau berkahwin ketika di tahun dua perubatan lagi! :)
sudah lama sebenarnya diri ini dinasihatkan oleh seseorang sahabat, penting untuk kita tulis/catat apa yang ingin di gapai dalam tempoh tertentu, dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dicatatkan. kita berusaha, berdoa dan pada masa yang sama bertawakkal kepada Allah.. pada aku, sangat penting lebih-lebih lagi sebagai orang yang berfikrah dan duduk dalam perjuangan Islam..
4) gambarkan kejayaan anda pasti anda akan eager/bersemangat untuk mencapainya! setuju sangat, teringat zaman sekolah dulu, cikgu motivasi kami, Cikgu Taha sentiasa berpesan, gambarkan kamu masuk ke dewan ini dan mengambil keputusan peperiksaan dengan perasaan yang sangat gembira...~tiba-tiba rindu kat zaman sekolah tok jiring..
5) bila kita sakit, elakkan dari memberitahu/menghebohkan kepada orang, anggaplah ia kifarah dosa, di mana kita sedang di uji oleh Allah..
wallahu'alam. semoga bermanfaat untuk aku dan kamu semua.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
beberapa hari yang lalu, bermuhasabah bersama-sama sahabat-sahabat, daripada nya banyak yang mengusik hati seseorang yang bergelar hamba, mencetus rasa, hammasah yang begitu tinggi insyaAllah..
solat jemaah.. ada segelintir di antara kita yang memandang enteng tp sedarlah bahawa dengan amalan solat berjemaah lah, darinya kita semua memperoleh satu kekuatan untuk bersatu, satu permuafakatan dalam bergerak kerja. koreksi pada diri masing-masing, berapa kali berjaya solat secara berjemaah dalam sehari? sudah aku taklifkan pada diri ini, untuk menunaikan minimum 2 kali solat berjemaah. kadang-kadang, datang perasaan ingin solat bersendirian kerna lebih khusyuk (kadang-kadang), tapi bila jiwa resah hati tak tenang, akan tercari-cari di manakah solat berjemaah.. sungguh, hati pasti tenang selepasnya! alhamdulillah..
jika kita imbas kembali zaman Rasulullah, yang dimulakan oleh baginda buat pertama kalinya adalah untuk membina masjid, ke arah membentuk masyarakat Islam. sebab apa? dengan solat berjemaah, di masjid terutamanya, kita dapat mengambil 'immunity' dan ruh Islam itu sebenarnya..
kita berdiri setiap di dalam satu perbarisan menghadapi Allah Rabbul-Jalil untuk sama-sama bertujuan memperhambakan diri.. tidakkah terbit satu rasa persamaan dan keadilan di kalangan umat Islam?? ALLAHUAKBAR!! besarnya peranan solat berjemaah..
terasa rugi, sangat rugi jika aku yang bergelar hamba, mengaku seorang dai'e, pejuang agama Allah, tapi tidak solat berjemaah.. masyaAllah, subhanaAllah.. Kau berikan aku kekuatan untuk istiqomah dengannya... sedangkan Rasulullah sendiri begitu takut dan sukar untuk istiqomah sehinggakan beruban rambut baginda memikirkannya, apatah lagi kita ini yang terlampau banyak dosa yang terpalit pada diri.. tapi haruslah kita cuba sedaya upaya kita untuk beristiqomah.. insyaAllah..
ingin sekali mempunyai hati yang bersih yang dapat mengetuk hati-hati lain untuk mengenal Islam, membawanya kepada Allah, agar menjadi saham untukku di akhirat kelak..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah. Allah. Allah... berita gembira walimah sahabat-sahabat, kakak-kakak,abang-abang,adik-adik banyak didengari berkadar terus dengan berita kepulangan saudara seIslam kita ke rahmatullah. ya Allah, aku takut. takut sangat hati ni, bila terlampau banyak kenalanku mendirikan apa yang telah disunnahkan baginda Muhammad,sehingga aku lupa,lupa pada panggilan Allah yang pasti tiba pada setiap insan iaitu kematian.
pasti kita tertanya-tanya pada diri dan juga sahabat-sahabat lain,bila pula giliran kita untuk bernikah. lantas jari menuding kepada sesiapa, berebut-rebut untuk menamatkan zaman bujang.ya Allah, bukan bermakna aku menyatakan yang aku tidak suka pada pernikahan.tidak.jauh sekali tidak. aku gembira mereka sudahpun dapat menyempurnakan separuh dari agama, malah membina baitul muslim demi perjuangan ISLAM yang kita sayang. bertekad untuk hidup bersama sehingga ke syurga demi keredhaan ALLAH.
astaghfirullah, astaghfirullah...
semua orang pasti sedang bersedia untuk bernikah. tapi adakah kita turut bersedia untuk menghadapi kematian? jika seseorang itu betul-betul mencintai dan merindui Allah pasti dia tidak sabar-sabar untuk bertemu denganNYA. sebab itu para kekasih Allah sentiasa bersedia,rela dan tega untuk mati. mati bukan perpisahan tetapi sebuah pertemuan. pertemuan dengan Allah....
adakah aku merindui kematian? adakah aku tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ALLAH? adakah aku betul-betul sudah bersedia untuk bertemu denganNYA? kematian itu adalah hakikatnya suatu ukuran dan muhasabah cinta yang paling akhir. jika masih gentar takut untuk menghadapinya bererti kita belum bercinta denganNYA!
sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang suka bertemu Allah,maka Allah suka bertemu dengannya."
suatu kisah dimana seorang Badwi bertanya pada Rasulullah bilakah hari kiamat. lalu baginda bertanya apakah yang dia sudah bersedia untuk menghadapinya? maka Badwi itu menjawab, aku tidak menyediakan apa-apa,tetapi aku menyediakan dengan hati yang amat mencintaiMu Rasulullah.. lalu Rasulullah menjawab seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak..
semoga tulisan ini bermanfaat buat sesiapa saja dan dijauhkan dari kemurkaan Allah............
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Saat ini baru sahaja beberapa jam sampai di bilik mahallah Maimunah, bertolak dari rumah petang tadi. Hati masih teringat di rumah, barangkali hati aku masih tertinggal di sana. Ya Allah, rindu nya aku pada ratu dan raja hatiku, emak dan abah.. T_T
Aku mesti kuat, perlu menyambung perjuanganku disini. Berat hati nak balik sebenarnya, huhu.. sebab agak stress berada di sini. Tapi sampai bila kita nak bersenang-lenang di rumah, hanya bergoyang kaki ( baca: tak menuntut ilmu, tak membuat gerak kerja Islam), betulkan niat Sarah! Untuk apa hidup di dunia ini? Kalau bukan untuk beribadat pada Allah, taat pada ibu bapa juga perintah Allah, tapi tanggungjawab untuk menuntut ilmu dan berjihad di jalanNya itu juga suruhan Dia.
Bila kita teringatkan kedua ibu bapa kita, air mata pasti mengalir kan? Mengalir kerana merindukan mereka, teringatkan mereka, dan biarlah kasih sayang kita terhadapanya kerana Allah, dan berkali-kali ku ingatkan diri ini agar aku turut menyayangi Allah dan kekasihnya Muhammad SAW lebih dari segala-galanya…
Dalam doa aku pinta pada Allah agar, setiap kebajikan dan gerak kerjayang aku buat, turut dialirkan pahala kepada mereka, selama aku hidup di dunia ini, biarlah berpeluang untuk menghadiahkan pahala kepada mereka dengan menjadi anak yang solehah..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
dalam keriuhan orang bercakap tentang perkahwinan, walimah dan sebagainya, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu. jauh sekali untuk layak berkata-kata dalam bab ini, hanya tahu teori belum tiba masa untuk berpraktikal lagi.. Allahu'alam..
terlalu ramai sahabat-sahabat, kakak-kakak yang akan mengakhiri zaman bujang sekitar bulan 4-9 ini, melangkah ke level seterusnya, maratib amal yang kedua iaitu, dengan membina bait al-muslim. setelah kita memuslimkan diri kita, dengan beramal seperti yang dikehendaki syariat Islam, kita menuju pula ke arah membina rumah tangga muslim.
sungguh tepat janji Allah, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. tiada siapa yang boleh menafikan janji Allah ini, dengan melihat sendiri bukti-bukti yang ditunjuk oleh orang yang terdekat dengan kita..Allahu Akbar, Dia Maha Mengetahui. kepada 1) Siti Husnaizzati Othman & jejaka pilihan Allah untuk dirinya, Ahmad Yusoff( senior sekolah saya,hehe) 2) kak Syeril Nadia Rosli & jejaka pilihan Allah untuk dirinya, Sheikh Umar. 3) dan sahabat sekelas saya Wan Thohirah Megat Yahya & jejaka pilihan Allah untuk dirinya, Abdullah 'Ammar.
BARAKALLAHULAKUM, semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dan kekal hingga ke syurga.. mungkin ada lagi yang bakal menyusul seperti mereka tapi belum diumumkan lagi.. hehe..nanti saya update lagi..
dan disini satu artikel saya ambil, sangat tertarik dan apa yang baik untuk boleh lah di ambil..
Mungkin bagi sebilangan besar muslimah memilih untuk berkahwin atas dasar 'memang sudah sampai seru' atau 'memang sudah mahu berkahwin'. Ya lah, mungkin dipengaruhi juga oleh faktor cinta kepada pasangan, calon pilihan keluarga atau apa saja.
Berbeza dengan muslimah dalam kalangan abnaul-harakah, mereka bukan berkahwin disebabkan cinta kepada pasangan atau hanya faktor keluarga. Tetapi apa yang lebih utama adalah bagaimana perkahwinan menjadi medan 'perniagaan' buat perjuangan Islam sebagaimana mereka juga 'berniaga' ketika sebelum perkahwinan.
Bagi mereka, apalah ertinya sebuah perkahwinan tanpa didasari cinta kepada perjuangan Islam. Kehidupan selepas berkahwin bukan kehidupan sehari dua, tetapi selamanya. Bahkan hingga ke syurga. Justeru, inilah matlamat jelas yang dipasak dan ditanam dalam diri setiap muslimah abnaul-harakah bahawa perkahwinan juga merupakan suatu bentuk 'wasilah' yang menyumbang kepada 'perniagaan' akhirat.
Apa yang diimpikan oleh mereka ialah dikurniakan oleh Allah seorang individu Muslim yang iltizam terhadap agamanya. Iltizam kepada agama bukan sahaja daripada sudut amalan fardhu yang digariskan agama, tetapi juga persoalan praktikal kepada kalimah syahadah.
Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim sanggup mempertaruhkan diri menjadi benteng agama ini. Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim boleh mendidik dan membimbing individu lain demi keuntungan perniagaan akhirat. Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim mampu membentuk sebuah generasi yang dapat mencontontohi keperibadian 'Jilul Quran' terdahulu.
Bagi mereka, pembinaan generasi adalah perkara utama dalam perkahwinan. Justeru, calon yang bagaimana dapat mengisi kekosongan sebagai 'pendidik' kepada generasi tersebut adalah perkara yang tidak mudah. Tidak hairanlah jika ada dalam kalangan akhawat yang masih tidak berkahwin walaupun sehingga mencecah umur 40-an. Ya, kerana cinta kepada perjuangan mereka harus memilih dan cerewet dalam pemilihan.
Hebat bagaimanapun sosok tubuh seorang muslimah gerakan, mereka tetap seorang wanita. Justeru, 1 saja pesanan saya kepada ikhwah. Permudahkanlah pemilihan mereka yang sanggup menggadaikan jasad, nyawa, emosi dan perasaan demi perjuangan Islam.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
cuti 10 hari setelah exam kali ini membawa kelainan pada diriku. biarlah sebentar cuma tapi ianya bermakna dan berkualiti. semoga mendapat redha Allah.
semalam bersama-sama emak dan abangku, menghadiri HI-TEA AMAL bersama Ustaz Azhar Idrus, kata orang ustaz yang paling popular kat Terengganu. :) soal jawab bersama ustaz lebih satu jam sedikit sebanyak memberi kefahaman dan menambah ilmu. alhamdulillah. satu tiket bernilai RM30, dengan hidangan makanan dan selebihnya didermakan untuk PRU yang tak lama lagi..
baru sahaja menonton rakaman Forum Bicara Rakyat: Buku Jingga, lihat sini, banyak menambah kefahaman, dan tersangatlah kagum apabila saudara Rafizi Ramli dengan tenang banyak memberi jawapan yang bernas terhadap pihak Pro Kerajaan. 3 lawan 1, tak adil bukan? jika mahu lebih lanjut lagi lihat sini.
konklusi dari Buku Jingga adalah 3 teras utama yang dikaji, ialah transformasi,reformasi ekonomi tidak boleh berlaku jika tidak ada reformasi politik. yang kedua adalah agihan ekonomi perlu ada pada rakyat, bukan hanya berlaku pertumbuhan ekonomi sahaja dan yang ketiga adalah kos hidup rakyat.
selama 30 tahun regim Hosni Mubarak memerintah Mesir, akhirnya pada 11 Februari, beliau telah melepaskan jawatannya, dan genap pada 12 Februari, 62 tahun as Syahid Hassan al- Banna telah meninggalkan dunia perjuangan, dan sekarang ini tinggal kita sahaja yang sama ada mahu meneruskan atau tidak. tidak ada ruginya pada Islam jika kita tidak mahu berjuang, tidak mahu memenangkan agamaNya, kerana Dia pasti akan memenangkan agamaNya dan mendatangkan satu kaum yang akan menegakkan Islam di muka bumi ini.
ISLAM & perjuangan tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan ISLAM dan PERJUANGAN..
duhai diri, berpenat lelahlah kamu di dunia ini, kerna memang sudah diciptakan kita untuk berpenat beribadat sujud kepadaNya, dan berehatlah kamu hanya nanti di akhirat sana.