Isteri Cerdik yang Solehah

>> Monday, August 19, 2013

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagiNya yang melimpahkan nikmat yang tak terhitung buat makhluk ciptaanNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.

tanggal 8 Jun 2013, menjadi detik terindah dan bersejarah buatku dengan menambahkan satu lagi amanah dan tanggungjawab iaitu menjadi seorang isteri buat seorang lelaki soleh yang dipilih Allah untukku. alhamdulillah. 




"dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah"

menjadi isteri solehah itu adalah impian semua wanita muslimah, menjadi yang baik itu bukanlah mudah sebenarnya, tetapi bukan sesuatu yang mustahil. bahkan terdapat banyak dalam hadis menjanjikan banyak ganjaran dan istimewanya menjadi isteri yang solehah. Ciri-ciri isteri solehah :-

  • beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
  • sabar dalam menempuh ujian dari Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya, tidak cukup kita mengaku kita beriman kepada Allah jika kita tak diuji. ujian itu menjadi pengukur sejauh mana kita yakin dan beriman pdNYA. 
  • sentiasa menghalusi hati dan perbuatannya walau di mana ia berada, orang yang sentiasa takutkan ALLAH akan sentiasa memuhasabah dirinya, bimbang menjadi orang yang lalai walaupun sedetik waktu yang berlalu
  • tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan keredhaan  Allah
  • hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia
  • redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Allah
  • menghormati suami, ibu bapa serta keluarga suami
  • berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami sama ada waktu susah atau senang
  • mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan syariat
  • tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya, atau sebagainya ketika suami tidak ada
  • mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suami dunia dan akhirat
  • tidak sekali-kali menunjuk muka masam atau berlaku kasar terhadap suami
  • sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan berwangi-wangi ketika suami berada dalam rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami
  • sentiasa mohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau kesalahan 
semoga kita dikurniakan kekuatan dan berusaha dalam membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang soleh dan bertaqwa, serta menjadi yang terbaik buat pasangan kita. menjadikan cinta kita sesama pasangan kita membawa kita ke syurga, menjadi pasangan yang suci yang telah Allah janjikan di sana nanti..insyaAllah, Allahu Allah. 

Read more...

keranaMu Allah

>> Tuesday, April 9, 2013

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

untukMu Allah
aku inginkan redhaMu

untukMu Allah
aku pohon barokah dariMu

untukMu Allah
aku buat semua ini

untukMu Allah
aku gagahi semua ini

untukMu Allah
aku yakin janjiMu itu benar

untukMu Allah
moga kasihMu dekat pada orang yang berbuat semata-mata keranaMu

keranaMu Allah............

'wasilah dan matlamat itu jangan di salah letakkan, kelak akan rosaklah semuanya'

Read more...

Permata Ayah Bonda

>> Friday, March 1, 2013

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang mengasihi hambaNya, selama mana hambaNya mengasihiNya, yang Maha Mengatur segala urusan mengikut kehendakNya.

"harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" al-Kahf: 46

"maka janganlah harta dan anak-anak mereka membuatmu kagum" at-Taubah: 55

banyak lagi ayat-ayat Quran yang memberi gambaran bahawa, kurniaan anak-anak buat ibu bapa adalah ujian untuk mereka, samaada ujian bagi mereka daripada keluar berjuang untuk Islam, atau ujian untuk melihat sejauh mana ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka mengenal penciptanya, Allah dan Rasulullah SAW.

sepanjang saya di Dermatology posting di clinic, menyedarkan saya tentang ibu bapa juga menjadi ujian buat anak-anak ketika besar nanti.

kisah satu, seorang wanita cina tua dalam lingkungan umur 70 tahun datang ke skin clinic, bersama salah seorang anak perempuannya. wanita cina itu di jaga oleh dua orang cucunya, sedangkan beliau mempunyai 14 orang anak. mengingatkan saya tentang seorang ibu boleh mendidik dan menjaga 14 orang anak, tetapi belum tentu 14 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Allah... sungguh diri ini takut, jika suatu hari nanti Allah uji dengan sebegini. semoga Kau mampukan aku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku, menjaga mereka sebagaimana mereka menjagaku...

kisah kedua, seorang makcik melayu tua lingkungan umur 60 tahun berjalan masuk ke klinik dengan agak susah, ditemani seorang anak perempuang/mungkin juga menantu. gaya anak perempuannya itu agak pelik, tiba-tiba terlintas di hati, seakan-akan anak perempuannya itu 'terpaksa' membawa ibunya ke klinik, dia hanya membiarkan ibunya bertanyakan doktor tentang penyakit dan ubatnya, tiada langsung kata-kata terkeluar dari mulutnya menandakan dia juga mengambil berat perihal penyakit ibunya. 
wallahua'lam apa yang sebenar-benarnya berlaku, tetapi kejadian itu menjentik hati saya, ya Allah, jauhkanlah aku dari kesibukan aku bekerja, dalam berkeluarga (suatu hari nanti jika diizinkan Allah), dalam menjaga kedua ibu bapaku.

benar lah, ibu bapa juga akan menjadi ujian buat diri kita nanti. bersabar dalam kerenahnya, bersabar dalam menjaganya, bersabar dalam berbakti kepada mereka.

semoga Kau jadikan kami insan-insan yang menjadi permata buat keluarga, permata ayah bonda dan permata untuk ISLAM.
 

Read more...

Hari Didoakan Keberkatan Umur

>> Sunday, January 13, 2013

dengan nama Allah yang memberi kudrat untukku menaip dan dengan nama Allah yang masih memberi peluang untukku beramal soleh bagi bekalan ke akhirat nanti.

13 Januari..
mesej pertama mak mengatakan tepat 1230 malam di usung masuk ke labour room, dan sejam kemudian, anak mak yang paling ringan 2.8kg dilahirkan. mak cakap aku yang paling senang dilahirkan, moga aku jua senang di jaga dan menjadi antara anak yang soleh buat bekalan mak dan abah nanti. T_T
doakan kakcik jadi anak yang baik dunia akhirat....



rata2 sahabatku mendoakan keberkatan umur. terima kasih atas ingatan dan doa. moga umur kita semua mendapat berkah dari Allah.

"tak rasa untuk menjadi yang pertama untuk ucapkan selamat hari jadi kerana mungkin mengharapkan yang lain untuk ucapkan yang pertama

tak terasa untuk menyambut yang pertama kerana mungkin yang lain berebut untuk menjadi yang pertama

tak terasa untuk memberi sesuatu kerana mungkin yang lain lebih banyak memberi tapi nak awak tahu kita sentiasa nak menjadi yang pertama untuk sentiasa mendoakan awak..."

sayang awak sampai syurga jugak shahira! moga kita nanti dipertemukan di syurga T_T


hari ini adalah seperti hari2 biasa yang lain. tidak ada istimewanya. aku mengingatkan diriku. usah mengharap seperti kanak2 lagi, di mana ada kek yang disambut, ada hadiah berbalut indah, ada beratus-ratus mesej mengucapkan selamat hari lahir. aku mengingatkan diriku lagi bahawa Allah menjadikan hari ini sedikit lain daripada yang lain agar aku musahabah kembali, apakah umurku selama ini sudah cukup amalnya? adakah umur aku ini dalam berkat Allah? adakah amalan ku sudah mantap menjanjikan aku tiket ke syurga?
cek balik. cek balik...

 Sahabat Rasulullah SAW, Saad bin Muadz, masuk Islam ketika berumur 31 tahun, dan syahid ketika umurnya 37 tahun, dan Rasulullah SAW bersabda, "di saat kematian Saad, bergegar arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan bumi"
Saad dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya, kerana hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.. Allah, berkatnya umur Saad bin Muadz

Imam Nawawi meninggal ketika umurnya 45 tahun, umur yang tak panjang tapi berkatnya umur Imam Nawawi dengan ibadah, ketaatan pada Allah, dan tulisan-tulisan beliau sehingga kini menjadi rujukan..

semoga kita semua juga dikurniakan umur yang berkat, berkat dalam ketaatan pada Allah




Read more...

Awal Januari

>> Thursday, January 3, 2013

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang Maha Memberi lagi Maha Mengetahui

3 Januari 2013. hari ketiga dalam tahun baru 2013. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah atas segala nikmat Allah beri yang nescaya untuk manusia tidak akan mampu menghitungnya. terlampau banyak. banyak sangat. zalimlah diriku untuk mempertikaikan hanya sedikit ujian yang Allah beri sedangkan 'selautan' lagi nikmat Allah kurniakan padaku. Allah...

usai sahaja peperiksaan posting orthopaedics baru-baru ini, bergegas aku dan beberapa sahabat turun ke negeri di utara tanah air bagi menjalani posting forensik di salah sebuah hospital di sana. peluang yang Allah beri selama hampir seminggu untuk belajar serta mengkagumi kebesaran Dia dalam ciptaan manusia dan juga di samping itu dapat menjelajahi dan juga melihat peninggalan sejarah, sudah memberi rasa kagum dan taajub akan kebesaranNya. 


pandangan kehijauan sawah padi paling memberi padaku impak. masyaAllah cantik dan tenang ku melihat kehijauan, sungguh, padi-padi itu sedang berzikir kepadaMu Allah, membuatkan aku turut tenang melihatnya. 

subhanaAllah, alhamdulillah, Allahuakbar! 

p/s: jika itu kerana Allah, maka biarkan ia mengalir mengikut aliran Allah, ia berhulu dari Allah, biarkan ia berhilir kepada Allah! 

Read more...

November

>> Monday, November 26, 2012

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. lailahilallah. kalimah-kalimah Allah yang nescaya menenangkan hati hambaNya. bukankah dengan mengingati Dia, hati menjadi tenang?

mengeluh panjang. ya Allah, moga dijauhkan dengan merungut. dijauhkan dari tidak bersyukur kepadaMu. penat. bukan merungut lagi. tapi, Engkau Maha Mengetahui nya. alhamdulillah nikmat kesibukan yang Engkau beri, tapi aku ini hanya hamba hina yang kadang kala kacau imannya, naik turun imannya, mengaku kalah. bukan pada godaan syaitan, mohon dijauhkan. seandainya melepaskan tangisan itu melegakan hati, lalu hamburkan saja. Allah, hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu. Engkau al-Bari' yang Maha Mengatur segala urusan hambaMu.

keserabutan hati, kepenatan fizikal dan emosi. sudah menjadi fitrah seorang manusia akan mencari-cari TuhanNya. membawa diri, ber'uzlah' seketika. mencari kesilapan. menkoreksi diri.

SOLUSI --> jangan disebabkan penat dengan jadual posting, on call yang memenatkan  fizikal, emosi yang kadang kala terganggu, sibuk dengan program lalu meninggalkan AL- QURAN, tak terbangun menunaikan solat TAHAJJUD. oh, ini rupanya yang menganggu diri, melemahkan diri.

cuai, lalai. ampunkan dosa hambaMu ya Allah.

-tiada kaitan dengan tajuk-

Read more...

yang terbaik dariNYA

>> Friday, October 5, 2012

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

dengan namaMu ya Allah. segala puji bagiMU atas segala nikmat yang tak terhitung banyaknya. Allah.

muhasabah. merenung dan termenung teringat perbualan bersama beberapa sahabat berkaitan pemilihan masuk ke universiti suatu ketika dahulu. kata mereka, mereka langsung tak terfikir dan untuk memilih masuk ke UIA. emm tersenyum aku teringat kenangan bersama 3 orang sahabat baik, 'Amirah, Hazirah dan Nadia. kami berpakat untuk pilih tempat pengajian sama-sama. mula dengan kolej matrikulasi pahang, tetapi akhirnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menjadi pilihan dan rupanya takdir aku dan dua lagi sahabat, bukan 'Amirah. kita yang memilih, kita yang mengukir tadbir tetapi rupanya takdir itu yang telah ditetapkan Allah.

alhamdulillah sekali lagi. alhamdulillah. UIAM yang terbaik insyaAllah yang DIA tetapkan untuk kami. Allah..rindu dan terharu mengenangkan kenangan di Petaling Jaya. seribu satu kenangan pahit dan manis terukir di sana. indah dan terbaik jalan cerita Allah lakarkan untuk aku. orang kata lets bygone be bygone, tetapi kadang-kadang perlu untuk kita ingatkan kembali supaya kita lebih menghargai nikmat yang Allah kurniakan sekarang dan mungkin membuatkan kita jadi lebih baik dari semalam.

setiap perkara setiap kejadian merupakan aturan Allah yang terbaik. antara sedar atau tidak sahaja rupanya kita ni. Allah tetapkan segala sesuatu itu ada jutaan hikmah yang tak terkira. dan itu yang terbaik insyaAllah. merenungkan kembali, setiap kali masuk posting atau kumpulan rupanya Allah mengaturkan pertemuan yang sentiasa berlainan dengan orang yang berlainan bersama-sama kita. kata lainnya, 'Allah aturkan aku bersama dia, kenapa? Allah tetapkan aku sekumpulan dengan dia, mengapa?' Oh Allah, banyak hikmah yang belum aku temuinya lagi. dan insyaALLAH aku sedang mencarinya. teringat ayat cinta Allah dalam al-Quran, dan juga doa Nabi Musa mengharapkan dikurniakn teman dalam urusan baginda supaya banyak mengingati dan bertasbih kepada Allah. ( 20: 32-34)
dan begitu juga doaku, moga Allah kurniakan yang terbaik. dan alhamdulillah mengharapkan yang terbaik dariNYA!

Oh Allah! peliharalah diriku dengan Islam kala aku duduk, baring, berdiri dan juga tidur.
Allahumma Solli 'ala Muhammad! Jumaat yang berkat

Read more...

Kembali

>> Monday, September 17, 2012

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
dengan nama Allah yang aku hidup dengan cintaNya
astaghfirullahal 'azim astaghfirullahal 'azim astaghfirullahal 'azim

lama!  tersangat lama dibiarkan!

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. tak terhitung nikmatNya. segala puji bagiNya, Selawat dan Salam atas kekasih Allah Nabi Muhammad SAW

tatkala sedang membaca tulisan Amru Khalid, ingin aku berkongsi sedikit.

trilogi Ibnul Qayyim, PENYAKIT DAN OBATNYA,  "sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah sobekan yang tidak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. 

di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diobati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. 

di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. 

di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

PANCARAN HATI, "ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. 

ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah. 

PERINDU SYURGA, " jangan pernah putus asa menunggui gerbang meskipun anda terusir! jangan pernah berhenti dan berpatah harapan. 

jangan pernah berhenti untuk memohon keampunan meskipun anda tertolak! 


Allah! antara salah satu rahsia zuhud Imam Hassan al Basri, "aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang kerana itulah hatiku selalu tenang"

astaghfirullahal 'azim. astaghfirullahal 'azim.
ya Allah, jangan biarkan walau sedetik pun aku hidup tanpa cintaMU. Allah, Kau tidak pernah meninggalkan aku, tetapi diri ini yang zalim ya Allah. ampunkan aku ya Allah.

Read more...

Jealous?!

>> Tuesday, April 10, 2012

Bismillahirrahmanirrahiim..

Saat seorang hamba Allah berjaya bangkit dari lenanya,
waktu itu masih sunyi sepi kerana kebanyakannya masih lena beristirahat..
Bangunnya dengan penuh syukur kepada Allah kerana hari ini dia masih diberi peluang
untuk memperbaiki 'amalan dirinya agar menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik..

Untuk membuktikan rasa syukurnya, dia menepis kehendak nafsunya untuk terus lena dengan membersihkan diri lantas berwudhu'..Paginya dimulakan dengan bertahajjud bersujud kepada Allah..segala pengaduan dan hajat diajukan kepada yang Maha Mendengar dan Maha Pemurah..kepada Allah dipohonkan agar DIA memudahkan segala urusan hidup sepanjang hari itu dan hari-hari seterusnya..

Jelesnya melihat orang yang mampu istiqomah dengan bangun malam dan bertahajjud..
Teringat tazkirah seorang ustaz, katanya kita tidak perlu bangun seawal jam 3pagi untuk bertahajjud..Untuk permulaan, mulakan dengan bangun awal sebelum masuknya waktu subuh, dan kerjakanlah solat tahajjud walaupun hanya dengan dua raka'at..Itu lebih mudah untuk istiqomah..

Sementara menanti masuknya waktu subuh, hamba Allah itu berzikir menyebut-nyebut nama Allah..Al-Qur'an dibaca sambil menunggu laungan azan berkumandang..Saat masuknya waktu, solat sunat subuh dilaksanakan dituruti dengan solat subuh di awal waktu..Wah, jelesnya..

Selesai menunaikan kefardhuan, hamba Allah yang merindukan kasih Pencipta-nya meneruskan paginya dengan Mathurat..Oh, terisinya waktu paginya..Saat insan lain masih dibuai mimpi, hamba ini sudah selesai menunaikan kefardhuannya beserta 'amalan sunat yang lain..

Berpagi-pagian hamba Allah ini dengan mengecewakan kehendak nafsunya untuk tidur selepas subuh dengan melakukan perkara-perkara berfaedah..Dia asyik menyelesaikan segala tugasan yang ada sambil jiwanya sedang menantikan waktu dhuha..Setiap hari, solat dhuha ditunaikan seolah-olah ianya adalah solat wajib..Jiwanya dihantui rasa bersalah andai meninggalkannya tanpa sebarang sebab yang munasabah..
Em, jelesnya tengok orang berusaha mencari masa untuk solat sunat dhuha..Sanggup mengisi waktu rehat semasa kuliah untuk pergi ke musolla dan bersolat..Sangat terkesan melihat masih ada hamba Allah yang bersungguh-sungguh meng'amalkannya..

Mungkin hari ini kita bukanlah seperti hamba Allah yang benar-benar bersyukur dengan waktu pagi yang Allah telah rezekikan..
Andai hari esok masih milik kita, sudah tentu kita juga boleh berpagi-pagian seperti hamba Allah ini..
Ya, saya memang jeles melihat insan-insan disekeliling saya yang sangat bersungguh-sungguh menjaga 'amalannya dengan Allah..Saya jeles kerana mereka punya hati yang sangat rindukan kasih sayang dan rahmat Allah..Saya ingin jadi seperti mereka, saya mahu berpagi-pagian seperti mereka..Keindahan apa lagi yang diperlukan andai setiap hari kita mampu mulakan paginya dengan bersyukur memuji Allah dan bertahajjud kepadanya..Pasti sepanjang hari terasa diberkati Allah yang Maha Memelihara..


Moga Allah memberikanku dan kita semua kekuatan untuk meg'amalkannya secara istiqomah..

Read more...

Bulatan Gembira

>> Sunday, March 4, 2012

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

suatu pagi yang indah dirahmati bersama hujan yang turun, dia membuka al-Quran, bertanya kepada seorang sahabatnya,

" Surah apa yang kamu suka?"

tanpa berfikir panjang, sahabat itu menjawab, "surah Fatir" "sebab, ada satu ayat yang saya suka/tersentuh bila Allah cakap, 'wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah...'

"dan dalam surah tu banyak ayat-ayat yang terkena pada diri sendiri.."

dia pun lantas membuka surah Fatir, dan merenungi ayat 15 surah yang ke 35 tersebut, lalu membuat bulatan gembira bersama beberapa orang lagi sahabatnya mentadabbur halaman surah tersebut...

surah Fatir: 15

Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.

sombongnya kita jika kita langsung tak mahu berdoa padaNya!

Read more...

Akukah Para PencariMu?

>> Tuesday, February 14, 2012

hayati lirik ni dengan mata hati dan imanmu sahabatku, Allahuakbar!

kita ni hambaNya, kita ni para pencari DIA! fitrah kita sangat memerlukanNYA! SAHABAT2KU, lembutkanlah hatimu!

tundukkanlah hatimu serendah-rendahnya, maka ALLAH akan menaikkkan ke'izzahanmu suatu ketika nanti..


Ungu - Para Pencarimu


menajalani hitam putih hidupku

membuatku mengerti arti hadirmu
dalam setiap langkah2 ku berarti
melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
membuatku mengerti hanyalah padamu
kukembali...

ku bersujud kepadamu memohon ampunanmu
adakah jalan untukku tuk kembali padamu

REFF :

akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
tunjukanku jalan yang lurus
tuk tetapkan langkahku

akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
hanya di tanganmu ya allah
tempat kupasrahkan hidupku


Lirik Lagu Munajat - Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Read more...

Coretan Tazkirah Santai~

>> Monday, February 6, 2012

bismillah..

kisah Abu Hurairah bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. lalu Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.

jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. bahkan iringilah perbuatan dosa dengan melakukan kebaikan kerana kebaikan itu lampat cepat akan menghapuskan kejahatan.

aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak untuk melalui jalan menujuNYA. ketika aku keliru, tunjukkanlah. ketika aku lemah, perkukuhkanlah. ketika alpa, ingatkanlah.

hanya dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. padaku hanya tadbir....padaMU segala takdir. bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdirMU. pilihlah aku untuk ikhlas walaupun kutahu ikhlas itu sangat rahsia.


petikan dari buku DIMANA DIA DIHATIKU, karya ustaz Pahrol

Read more...

Faqir ila-Allah

>> Saturday, January 28, 2012

berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"wahai anak Adam, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan kasih terhadapKu dalam hatimu, maka sekadar itulah darjatmu disisiKu. kerana sesungguhnya tidak akan terhimpun selama-lamanya cinta dalam hati yang satu itu cinta kepadaKu dan cinta kepada dunia.

wahai anak Adam, waraklah supaya engkau mengenaliKu. berlaparlah, engkau dapat melihat Aku (dengan mata hatimu). persiapkanlah dirimu untuk beribadah kepadaKu. ikhlaskanlah dirimu daripada riyak, Aku akan pakaikan kasihKu kepadamu. kosongkanlah dirimu semata-mata untuk mengingati Aku, nescaya akan Kusebut namamu disisi para malaikat-Ku.

wahai anak Adam, yang ada dalam hatimu ialah selain daripada Allah, harapanmu bukan dengan Allah. kamu mengatakan tentang Allah tetapi kamu tidak takut kepadaNya. kamu mengharap kepada selain daripada Allah.

sekiranya engkau mengenaliNya dengan sebenar-benarnya, nescaya tiadalah keinginanmu kepada sesuatu selain Allah.

tidak kau takuti kecuali kepada Allah dan tidak bergerak lidahmu melainkan dengan zikrullah. sesungguhnya kebinasaan ke atas orang yang sentiasa bertaubat dengan cara yang dilakukan oleh orang yang pendusta.

wahai anak Adam, sekiranya kamu takut terhadap neraka sepertimana kamu takut terhadap kefakiran, Aku akan kayakanmu dengan sumber yang tidak diduga.

wahai anak Adam, sekiranya engkau gemar terhadap syurga itu sepertimana engkau gemar terhadap dunia, Aku akan bahagiakan engkau di dunia dan di akhirat. sekiranya kamu mengingati Aku sepertimana kamu mengingati sesama kamu, maka para malaikat akan mendoakan keselamatanmu pada pagi dan petang. sekiranya kamu kasih untuk beribadah kepadaKu, sepertimana kamu kasih akan dunia., Aku akan muliakan kamu dengan kemuliaan para Rasul. oleh itu janganlah kamu penuhkan hatimu dengan cinta pada dunia kerana saat kemusnahannya sangat hampir."

petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah

Read more...

>> Thursday, October 13, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, tengahari jumaat ini akhirnya siap sudah first case write up untuk posting surgery ni. berkobar-kobar semangat pada hari penghulu segala hari ini untuk aku mencoretkan sesuatu di laman ini.

baru sahaja seminggu ber'posting' di HoSHAS Temerloh. pengalaman yang sangat best, for the first time masuk Operation Theatre tengok prosedur Mesh Repair untuk Incisonal Hernia, yang mana common berlaku bila post-surgery terutama yang buat laparatomy.

apa yang sangat menyentuh hati ni sepanjang berposting di Temerloh, berpeluang ditazkirah oleh patient sendiri. Allah. DUSH! terasa kena kat diri sendiri terus. T_T
bilamana tanpa ku sedar, Allah hantar seseorang untuk mengingatkan diri kita. seorang makcik ni pangkat nenek yang diberi kebenaran untuk aku panggil 'Wan'. Wan mengadu kencing berdarah (hematuria), sebelum ni tak pernah berlaku, tapi pagi setelah bangun QIAMULLAIL, nak ambil wudhu, buang air, time tu lah terjadinya. apa yang aku nak stress kan kat sini, pasal QIAMULLAIL. aku sangat kagum pada Wan ni. dalam keadaan dirinya yang uzur, tinggal seorang diri, bujang (tak berkahwin, tak ada anak), tak pernah tinggal Qiam. Allahu Allah. sangat
tersentuh hati. kuatnya nenek ni. aku tak ambil full history sangat disebabkan aku nampak sesuatu pada nenek ni. lalu aku pinta Wan untuk bagi tazkirah kat diri ni. sedihnya ya Allah. aku mohon semangat daripada dirinya.

Wan memberitahu lagi apa yang kita buat kat dunia ini biarlah kita buat kerana Allah, untuk Allah. lebih kurang sahaja tazkirah yang pakcik kat Lab bagi kat kami sebelum ni. aku selitkan katanya: biarlah kita sentiasa niat segala perbuatan kita, 'sahaja aku ke hospital kerana Allah Taala' , 'sahaja aku clerk patient kerana Allah Taala', 'sahaja aku belajar kerana Allah Taala'... benda ni semua simple, yang selalu orang duk ulang, tapi susahnye, payahnya kita nak ingat. payah sangat nak istiqomah. sepanjang clinical years ni aku dapat merasakan betapa payah nak istiqomah. hanya orang-orang yang betul2 kuat saja dapat bertahan. semoga aku terdiri dari orang yang kuat itu ya Allah!

hanya Dia yang tahu bagaimana perasaan hambaNya, hanya Dia yang tahu segala isi hati hambaNya.

Read more...

BARAKALLAHULAKUMA~

>> Friday, September 16, 2011

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah wa syukur lillah. akhirnya urusan pernikahan sahabatku yang tersayang sudahpun selesai. nikmat bait muslim yang Allah kurniakan kepada kedua-dua mereka, along doakan moga pernikahan adik mendapat redhaNya.

lepas ni adik dah dapat peluang untuk jadi isteri solehah. selamatA bercinta dengan halal, sekarang suami adik ni lah yang akan memimpin adik bersama-samanya hingga ke syurga. insyaAllah! (suka ayat ni, adik ingat x ayat sape?) ^_^



Read more...

Coretan Untuk Sahabatku

>> Sunday, September 11, 2011


bismillah


13 Syawal 1432H
post pertama selepas Ramadhan dan Syawal berlalu. sudah lama blog ini ditinggalkan, pernah beberapa kali niat untuk memadamkannya, tapi biar lah. mungkin suatu hari nanti, bila saya dah tak ada di dunia ni, blog ini mungkin boleh tinggal sebagai kenangan dan juga hendaknya sebagai modal saya di akhirat.

sahabat yang baik? sahabat yang baik dengan kita seumpama cermin diri kita. baiknya dia, maka baik lah kita sebagai rakannya, jika buruknya dia, maka buruklah juga kita. sahabat baik? sahabat yang pernah menangis kerana kita, sahabat yang sama-sama kita menangis dengannya, sahabat yang sama-sama pernah berselisih faham, sahabat yang sama mengingatkan antara satu sama lain.

11 tahun bersahabat dengannya, penuh dengan suka dan duka, penuh dengan sejarah dan rahsia antara kami. sahabat ini lah yang sama-sama mengejutkan kemalasan diri untuk 'bergerak' di rumah, sahabat ini lah yang menegur kesilapan diri, kealpaan diri.

teringat kata-kata Wardina Safiyyah dalam satu rancangan 'Ini Kisahku' semasa Ramadhan baru-baru ini (wah, rindu suasana tu!) , once bila kita dah berubah jadi baik, automatik Allah hantar sahabat-sahabat yang baik untuk berada di samping kita, sekaligus mengawal diri kita membentuk suasana yang baik, membuatkan diri kita sentiasa tenang akan suasana itu. saya setuju sangat kata-katanya tu.

alhamdulillah saya gembira dan bersyukur di atas kurniaan seorang sahabat yang Allah bagi pada saya, yang mana kemuncaknya, sahabat saya bakal mengakhiri zaman 'single'nya insyaAllah minggu hadapan. tak tahu bagaimana rentak persahabatan kami nanti, tapi yang pastinya sesebuah pertalian, persahabatan itu tak akan putus, perpisahan di dunia itu mungkin berlaku setelah berlaku pertemuan, moga dapat bertemu kembali, tidak di dunia biarlah di syurga yang abadi kelak.

nasihat Abu Sulaiman dalam memilih sahabat,
Katanya: “Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.

hati menjadi rindu pada sahabat2 baik saya di terengganu, rindu pada mak abah juga, moga Allah sentiasa menjaga mereka.

Read more...

Ramadhan Kareem

>> Sunday, July 31, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1 Ramadhan 1432H

pertama kali berpuasa bersama keluarga sepanjang Ramadhan setelah 5 tahun merantau di negeri orang :)

semoga Ramadhan ini yang terbaik dari sebelum-sebelum ini, bukan puasa golongan awam, melepasi puasa golongan khawwas, ingin mencapai puasa golongan khawwas al-khawwas.

semoga Allah beri keringanan untuk beribadah, memperbanyakkan amal, mempermudahkan jalan insyaAllah

Ahlan ya Ramadhan!

Read more...

Hidup Ini

>> Wednesday, July 27, 2011

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya... manusia di bumi ini,

Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).


Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

- As Syahid Syed Qutb-

Read more...

Ibrah

>> Thursday, July 21, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"wahai orang-orang yang beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" (as-Saff:10-11)

segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya.. seringkali kita terlupa dan lalai tika diberi peluang untuk kembali dekat padaNya. kita tak sedar bahawa sesuatu itu terjadi dengan sebab untuk kita merasai nikmat bercinta denganNya. tak semua jiwa dipilih oleh Allah untuk merasai bimbingan dan hidayahNya.. Allahu Allah.. malu nak ditunjukkan amalan-amalan kita apabila sedang bercuti di rumah ini kepadaNya. takut sekiranya amalan itu langsung tidak diterima olehNya. wa'auzubillahimin zalik.

menjadi salah seorang petugas sesuatu program sangat memberi kesan terhadap diri sendiri. inilah peluang yang diberi olehNya untuk menjadi lebih dekat kepadaNya, dan ini juga peluang untuk kita recharge balik iman kita. terlampau banyak yang ku dapat dan belajar! alhamdulillah. muhasabah pada diri ini ya Allah, sungguh terlampau sukar untuk istiqomah sebenarnya.

tersentuh pada kisah Ibrahim bin Adham iaitu seorang wali Allah, yang pergi membeli sesuatu dan sewaktu menyerahkan wang, penjual itu menyerahkan kembali wang tersebut kepada Ibrahim bin Adham. lalu menyebabkan beliau pengsan. diringkaskan cerita, apabila seorang pemuda bertanyakan kepada Ibrahim bin Adham mengapakah beliau pengsan lantas Ibrahim bin Adham memberitahu, aku sangat takut sekiranya di akhirat kelak apabila aku menunjukkan segala amalan aku di dunia kepada Allah, tidak diterimanya amalan aku itu dan Allah memberikannya kepadaku kembali. Allahu Akbar! hebatnya Ibrahim bin Adham yang sentiasa me'refleks'kan setiap peristiwa yang berlaku terhadap dirinya dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di akhirat. Allahu Robbi.. apatah lagi nak dibandingkan dengan amalan-amalan kita? takut sekiranya ditolak oleh Allah, malah amalan-amalan ini berterbangan bagaikan debu-debu...

apakah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah di akhirat nanti? tentulah perihal solat. solat yang sempurna,seseorang itu akan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab. senang je kan? beruntunglah sesiapa yang sentiasa khusyuk solatnya, subhanaAllah..

bagaimana nak capai khusyuk dalam solat?

* hadir hati
* faham makna ayat
* merasa keagungan Allah
* gerun dan takut terhadap Allah
* berharap kepada Allah
* merasa malu terhadap Allah

jom kita cek balik solat kita. moga-moga amalan solat kita ni diterima Allah, insyaAllah..
tak sampai 11 hari lagi, Ramadhan bakal menjelma. moga kita menjadi peserta Ramadhan kali ini dan natijahnya lebih baik dari sebelum-belumnya

Read more...

9th of July, We've Made a History!

>> Wednesday, July 13, 2011



9 Julai 2011
Kuala Lumpur

lebih kurang dalam 10 tahun lagi sejarah ini pasti tertulis dalam silibus Sejarah SPM@PMR
kita lihat bagaimana rentak gaya tulisannya,
pahatkan dalam ingatan dan memori kita untuk diceritakan pada anak-anak serta cucu-cucu kita suatu hari nanti. ALLAHU AKBAR!!!

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP