>> Thursday, October 13, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, tengahari jumaat ini akhirnya siap sudah first case write up untuk posting surgery ni. berkobar-kobar semangat pada hari penghulu segala hari ini untuk aku mencoretkan sesuatu di laman ini.

baru sahaja seminggu ber'posting' di HoSHAS Temerloh. pengalaman yang sangat best, for the first time masuk Operation Theatre tengok prosedur Mesh Repair untuk Incisonal Hernia, yang mana common berlaku bila post-surgery terutama yang buat laparatomy.

apa yang sangat menyentuh hati ni sepanjang berposting di Temerloh, berpeluang ditazkirah oleh patient sendiri. Allah. DUSH! terasa kena kat diri sendiri terus. T_T
bilamana tanpa ku sedar, Allah hantar seseorang untuk mengingatkan diri kita. seorang makcik ni pangkat nenek yang diberi kebenaran untuk aku panggil 'Wan'. Wan mengadu kencing berdarah (hematuria), sebelum ni tak pernah berlaku, tapi pagi setelah bangun QIAMULLAIL, nak ambil wudhu, buang air, time tu lah terjadinya. apa yang aku nak stress kan kat sini, pasal QIAMULLAIL. aku sangat kagum pada Wan ni. dalam keadaan dirinya yang uzur, tinggal seorang diri, bujang (tak berkahwin, tak ada anak), tak pernah tinggal Qiam. Allahu Allah. sangat
tersentuh hati. kuatnya nenek ni. aku tak ambil full history sangat disebabkan aku nampak sesuatu pada nenek ni. lalu aku pinta Wan untuk bagi tazkirah kat diri ni. sedihnya ya Allah. aku mohon semangat daripada dirinya.

Wan memberitahu lagi apa yang kita buat kat dunia ini biarlah kita buat kerana Allah, untuk Allah. lebih kurang sahaja tazkirah yang pakcik kat Lab bagi kat kami sebelum ni. aku selitkan katanya: biarlah kita sentiasa niat segala perbuatan kita, 'sahaja aku ke hospital kerana Allah Taala' , 'sahaja aku clerk patient kerana Allah Taala', 'sahaja aku belajar kerana Allah Taala'... benda ni semua simple, yang selalu orang duk ulang, tapi susahnye, payahnya kita nak ingat. payah sangat nak istiqomah. sepanjang clinical years ni aku dapat merasakan betapa payah nak istiqomah. hanya orang-orang yang betul2 kuat saja dapat bertahan. semoga aku terdiri dari orang yang kuat itu ya Allah!

hanya Dia yang tahu bagaimana perasaan hambaNya, hanya Dia yang tahu segala isi hati hambaNya.

Read more...

BARAKALLAHULAKUMA~

>> Friday, September 16, 2011

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah wa syukur lillah. akhirnya urusan pernikahan sahabatku yang tersayang sudahpun selesai. nikmat bait muslim yang Allah kurniakan kepada kedua-dua mereka, along doakan moga pernikahan adik mendapat redhaNya.

lepas ni adik dah dapat peluang untuk jadi isteri solehah. selamatA bercinta dengan halal, sekarang suami adik ni lah yang akan memimpin adik bersama-samanya hingga ke syurga. insyaAllah! (suka ayat ni, adik ingat x ayat sape?) ^_^



Read more...

Coretan Untuk Sahabatku

>> Sunday, September 11, 2011


bismillah


13 Syawal 1432H
post pertama selepas Ramadhan dan Syawal berlalu. sudah lama blog ini ditinggalkan, pernah beberapa kali niat untuk memadamkannya, tapi biar lah. mungkin suatu hari nanti, bila saya dah tak ada di dunia ni, blog ini mungkin boleh tinggal sebagai kenangan dan juga hendaknya sebagai modal saya di akhirat.

sahabat yang baik? sahabat yang baik dengan kita seumpama cermin diri kita. baiknya dia, maka baik lah kita sebagai rakannya, jika buruknya dia, maka buruklah juga kita. sahabat baik? sahabat yang pernah menangis kerana kita, sahabat yang sama-sama kita menangis dengannya, sahabat yang sama-sama pernah berselisih faham, sahabat yang sama mengingatkan antara satu sama lain.

11 tahun bersahabat dengannya, penuh dengan suka dan duka, penuh dengan sejarah dan rahsia antara kami. sahabat ini lah yang sama-sama mengejutkan kemalasan diri untuk 'bergerak' di rumah, sahabat ini lah yang menegur kesilapan diri, kealpaan diri.

teringat kata-kata Wardina Safiyyah dalam satu rancangan 'Ini Kisahku' semasa Ramadhan baru-baru ini (wah, rindu suasana tu!) , once bila kita dah berubah jadi baik, automatik Allah hantar sahabat-sahabat yang baik untuk berada di samping kita, sekaligus mengawal diri kita membentuk suasana yang baik, membuatkan diri kita sentiasa tenang akan suasana itu. saya setuju sangat kata-katanya tu.

alhamdulillah saya gembira dan bersyukur di atas kurniaan seorang sahabat yang Allah bagi pada saya, yang mana kemuncaknya, sahabat saya bakal mengakhiri zaman 'single'nya insyaAllah minggu hadapan. tak tahu bagaimana rentak persahabatan kami nanti, tapi yang pastinya sesebuah pertalian, persahabatan itu tak akan putus, perpisahan di dunia itu mungkin berlaku setelah berlaku pertemuan, moga dapat bertemu kembali, tidak di dunia biarlah di syurga yang abadi kelak.

nasihat Abu Sulaiman dalam memilih sahabat,
Katanya: “Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.

hati menjadi rindu pada sahabat2 baik saya di terengganu, rindu pada mak abah juga, moga Allah sentiasa menjaga mereka.

Read more...

Ramadhan Kareem

>> Sunday, July 31, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1 Ramadhan 1432H

pertama kali berpuasa bersama keluarga sepanjang Ramadhan setelah 5 tahun merantau di negeri orang :)

semoga Ramadhan ini yang terbaik dari sebelum-sebelum ini, bukan puasa golongan awam, melepasi puasa golongan khawwas, ingin mencapai puasa golongan khawwas al-khawwas.

semoga Allah beri keringanan untuk beribadah, memperbanyakkan amal, mempermudahkan jalan insyaAllah

Ahlan ya Ramadhan!

Read more...

Hidup Ini

>> Wednesday, July 27, 2011

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya... manusia di bumi ini,

Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).


Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

- As Syahid Syed Qutb-

Read more...

Ibrah

>> Thursday, July 21, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"wahai orang-orang yang beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" (as-Saff:10-11)

segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya.. seringkali kita terlupa dan lalai tika diberi peluang untuk kembali dekat padaNya. kita tak sedar bahawa sesuatu itu terjadi dengan sebab untuk kita merasai nikmat bercinta denganNya. tak semua jiwa dipilih oleh Allah untuk merasai bimbingan dan hidayahNya.. Allahu Allah.. malu nak ditunjukkan amalan-amalan kita apabila sedang bercuti di rumah ini kepadaNya. takut sekiranya amalan itu langsung tidak diterima olehNya. wa'auzubillahimin zalik.

menjadi salah seorang petugas sesuatu program sangat memberi kesan terhadap diri sendiri. inilah peluang yang diberi olehNya untuk menjadi lebih dekat kepadaNya, dan ini juga peluang untuk kita recharge balik iman kita. terlampau banyak yang ku dapat dan belajar! alhamdulillah. muhasabah pada diri ini ya Allah, sungguh terlampau sukar untuk istiqomah sebenarnya.

tersentuh pada kisah Ibrahim bin Adham iaitu seorang wali Allah, yang pergi membeli sesuatu dan sewaktu menyerahkan wang, penjual itu menyerahkan kembali wang tersebut kepada Ibrahim bin Adham. lalu menyebabkan beliau pengsan. diringkaskan cerita, apabila seorang pemuda bertanyakan kepada Ibrahim bin Adham mengapakah beliau pengsan lantas Ibrahim bin Adham memberitahu, aku sangat takut sekiranya di akhirat kelak apabila aku menunjukkan segala amalan aku di dunia kepada Allah, tidak diterimanya amalan aku itu dan Allah memberikannya kepadaku kembali. Allahu Akbar! hebatnya Ibrahim bin Adham yang sentiasa me'refleks'kan setiap peristiwa yang berlaku terhadap dirinya dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di akhirat. Allahu Robbi.. apatah lagi nak dibandingkan dengan amalan-amalan kita? takut sekiranya ditolak oleh Allah, malah amalan-amalan ini berterbangan bagaikan debu-debu...

apakah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah di akhirat nanti? tentulah perihal solat. solat yang sempurna,seseorang itu akan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab. senang je kan? beruntunglah sesiapa yang sentiasa khusyuk solatnya, subhanaAllah..

bagaimana nak capai khusyuk dalam solat?

* hadir hati
* faham makna ayat
* merasa keagungan Allah
* gerun dan takut terhadap Allah
* berharap kepada Allah
* merasa malu terhadap Allah

jom kita cek balik solat kita. moga-moga amalan solat kita ni diterima Allah, insyaAllah..
tak sampai 11 hari lagi, Ramadhan bakal menjelma. moga kita menjadi peserta Ramadhan kali ini dan natijahnya lebih baik dari sebelum-belumnya

Read more...

9th of July, We've Made a History!

>> Wednesday, July 13, 2011



9 Julai 2011
Kuala Lumpur

lebih kurang dalam 10 tahun lagi sejarah ini pasti tertulis dalam silibus Sejarah SPM@PMR
kita lihat bagaimana rentak gaya tulisannya,
pahatkan dalam ingatan dan memori kita untuk diceritakan pada anak-anak serta cucu-cucu kita suatu hari nanti. ALLAHU AKBAR!!!

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP