Jealous?!

>> Tuesday, April 10, 2012

Bismillahirrahmanirrahiim..

Saat seorang hamba Allah berjaya bangkit dari lenanya,
waktu itu masih sunyi sepi kerana kebanyakannya masih lena beristirahat..
Bangunnya dengan penuh syukur kepada Allah kerana hari ini dia masih diberi peluang
untuk memperbaiki 'amalan dirinya agar menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik..

Untuk membuktikan rasa syukurnya, dia menepis kehendak nafsunya untuk terus lena dengan membersihkan diri lantas berwudhu'..Paginya dimulakan dengan bertahajjud bersujud kepada Allah..segala pengaduan dan hajat diajukan kepada yang Maha Mendengar dan Maha Pemurah..kepada Allah dipohonkan agar DIA memudahkan segala urusan hidup sepanjang hari itu dan hari-hari seterusnya..

Jelesnya melihat orang yang mampu istiqomah dengan bangun malam dan bertahajjud..
Teringat tazkirah seorang ustaz, katanya kita tidak perlu bangun seawal jam 3pagi untuk bertahajjud..Untuk permulaan, mulakan dengan bangun awal sebelum masuknya waktu subuh, dan kerjakanlah solat tahajjud walaupun hanya dengan dua raka'at..Itu lebih mudah untuk istiqomah..

Sementara menanti masuknya waktu subuh, hamba Allah itu berzikir menyebut-nyebut nama Allah..Al-Qur'an dibaca sambil menunggu laungan azan berkumandang..Saat masuknya waktu, solat sunat subuh dilaksanakan dituruti dengan solat subuh di awal waktu..Wah, jelesnya..

Selesai menunaikan kefardhuan, hamba Allah yang merindukan kasih Pencipta-nya meneruskan paginya dengan Mathurat..Oh, terisinya waktu paginya..Saat insan lain masih dibuai mimpi, hamba ini sudah selesai menunaikan kefardhuannya beserta 'amalan sunat yang lain..

Berpagi-pagian hamba Allah ini dengan mengecewakan kehendak nafsunya untuk tidur selepas subuh dengan melakukan perkara-perkara berfaedah..Dia asyik menyelesaikan segala tugasan yang ada sambil jiwanya sedang menantikan waktu dhuha..Setiap hari, solat dhuha ditunaikan seolah-olah ianya adalah solat wajib..Jiwanya dihantui rasa bersalah andai meninggalkannya tanpa sebarang sebab yang munasabah..
Em, jelesnya tengok orang berusaha mencari masa untuk solat sunat dhuha..Sanggup mengisi waktu rehat semasa kuliah untuk pergi ke musolla dan bersolat..Sangat terkesan melihat masih ada hamba Allah yang bersungguh-sungguh meng'amalkannya..

Mungkin hari ini kita bukanlah seperti hamba Allah yang benar-benar bersyukur dengan waktu pagi yang Allah telah rezekikan..
Andai hari esok masih milik kita, sudah tentu kita juga boleh berpagi-pagian seperti hamba Allah ini..
Ya, saya memang jeles melihat insan-insan disekeliling saya yang sangat bersungguh-sungguh menjaga 'amalannya dengan Allah..Saya jeles kerana mereka punya hati yang sangat rindukan kasih sayang dan rahmat Allah..Saya ingin jadi seperti mereka, saya mahu berpagi-pagian seperti mereka..Keindahan apa lagi yang diperlukan andai setiap hari kita mampu mulakan paginya dengan bersyukur memuji Allah dan bertahajjud kepadanya..Pasti sepanjang hari terasa diberkati Allah yang Maha Memelihara..


Moga Allah memberikanku dan kita semua kekuatan untuk meg'amalkannya secara istiqomah..

Read more...

Bulatan Gembira

>> Sunday, March 4, 2012

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

suatu pagi yang indah dirahmati bersama hujan yang turun, dia membuka al-Quran, bertanya kepada seorang sahabatnya,

" Surah apa yang kamu suka?"

tanpa berfikir panjang, sahabat itu menjawab, "surah Fatir" "sebab, ada satu ayat yang saya suka/tersentuh bila Allah cakap, 'wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah...'

"dan dalam surah tu banyak ayat-ayat yang terkena pada diri sendiri.."

dia pun lantas membuka surah Fatir, dan merenungi ayat 15 surah yang ke 35 tersebut, lalu membuat bulatan gembira bersama beberapa orang lagi sahabatnya mentadabbur halaman surah tersebut...

surah Fatir: 15

Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.

sombongnya kita jika kita langsung tak mahu berdoa padaNya!

Read more...

Akukah Para PencariMu?

>> Tuesday, February 14, 2012

hayati lirik ni dengan mata hati dan imanmu sahabatku, Allahuakbar!

kita ni hambaNya, kita ni para pencari DIA! fitrah kita sangat memerlukanNYA! SAHABAT2KU, lembutkanlah hatimu!

tundukkanlah hatimu serendah-rendahnya, maka ALLAH akan menaikkkan ke'izzahanmu suatu ketika nanti..


Ungu - Para Pencarimu


menajalani hitam putih hidupku

membuatku mengerti arti hadirmu
dalam setiap langkah2 ku berarti
melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
membuatku mengerti hanyalah padamu
kukembali...

ku bersujud kepadamu memohon ampunanmu
adakah jalan untukku tuk kembali padamu

REFF :

akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
tunjukanku jalan yang lurus
tuk tetapkan langkahku

akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
hanya di tanganmu ya allah
tempat kupasrahkan hidupku


Lirik Lagu Munajat - Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Read more...

Coretan Tazkirah Santai~

>> Monday, February 6, 2012

bismillah..

kisah Abu Hurairah bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. lalu Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.

jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. bahkan iringilah perbuatan dosa dengan melakukan kebaikan kerana kebaikan itu lampat cepat akan menghapuskan kejahatan.

aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak untuk melalui jalan menujuNYA. ketika aku keliru, tunjukkanlah. ketika aku lemah, perkukuhkanlah. ketika alpa, ingatkanlah.

hanya dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. padaku hanya tadbir....padaMU segala takdir. bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdirMU. pilihlah aku untuk ikhlas walaupun kutahu ikhlas itu sangat rahsia.


petikan dari buku DIMANA DIA DIHATIKU, karya ustaz Pahrol

Read more...

Faqir ila-Allah

>> Saturday, January 28, 2012

berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"wahai anak Adam, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan kasih terhadapKu dalam hatimu, maka sekadar itulah darjatmu disisiKu. kerana sesungguhnya tidak akan terhimpun selama-lamanya cinta dalam hati yang satu itu cinta kepadaKu dan cinta kepada dunia.

wahai anak Adam, waraklah supaya engkau mengenaliKu. berlaparlah, engkau dapat melihat Aku (dengan mata hatimu). persiapkanlah dirimu untuk beribadah kepadaKu. ikhlaskanlah dirimu daripada riyak, Aku akan pakaikan kasihKu kepadamu. kosongkanlah dirimu semata-mata untuk mengingati Aku, nescaya akan Kusebut namamu disisi para malaikat-Ku.

wahai anak Adam, yang ada dalam hatimu ialah selain daripada Allah, harapanmu bukan dengan Allah. kamu mengatakan tentang Allah tetapi kamu tidak takut kepadaNya. kamu mengharap kepada selain daripada Allah.

sekiranya engkau mengenaliNya dengan sebenar-benarnya, nescaya tiadalah keinginanmu kepada sesuatu selain Allah.

tidak kau takuti kecuali kepada Allah dan tidak bergerak lidahmu melainkan dengan zikrullah. sesungguhnya kebinasaan ke atas orang yang sentiasa bertaubat dengan cara yang dilakukan oleh orang yang pendusta.

wahai anak Adam, sekiranya kamu takut terhadap neraka sepertimana kamu takut terhadap kefakiran, Aku akan kayakanmu dengan sumber yang tidak diduga.

wahai anak Adam, sekiranya engkau gemar terhadap syurga itu sepertimana engkau gemar terhadap dunia, Aku akan bahagiakan engkau di dunia dan di akhirat. sekiranya kamu mengingati Aku sepertimana kamu mengingati sesama kamu, maka para malaikat akan mendoakan keselamatanmu pada pagi dan petang. sekiranya kamu kasih untuk beribadah kepadaKu, sepertimana kamu kasih akan dunia., Aku akan muliakan kamu dengan kemuliaan para Rasul. oleh itu janganlah kamu penuhkan hatimu dengan cinta pada dunia kerana saat kemusnahannya sangat hampir."

petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah

Read more...

>> Thursday, October 13, 2011

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, tengahari jumaat ini akhirnya siap sudah first case write up untuk posting surgery ni. berkobar-kobar semangat pada hari penghulu segala hari ini untuk aku mencoretkan sesuatu di laman ini.

baru sahaja seminggu ber'posting' di HoSHAS Temerloh. pengalaman yang sangat best, for the first time masuk Operation Theatre tengok prosedur Mesh Repair untuk Incisonal Hernia, yang mana common berlaku bila post-surgery terutama yang buat laparatomy.

apa yang sangat menyentuh hati ni sepanjang berposting di Temerloh, berpeluang ditazkirah oleh patient sendiri. Allah. DUSH! terasa kena kat diri sendiri terus. T_T
bilamana tanpa ku sedar, Allah hantar seseorang untuk mengingatkan diri kita. seorang makcik ni pangkat nenek yang diberi kebenaran untuk aku panggil 'Wan'. Wan mengadu kencing berdarah (hematuria), sebelum ni tak pernah berlaku, tapi pagi setelah bangun QIAMULLAIL, nak ambil wudhu, buang air, time tu lah terjadinya. apa yang aku nak stress kan kat sini, pasal QIAMULLAIL. aku sangat kagum pada Wan ni. dalam keadaan dirinya yang uzur, tinggal seorang diri, bujang (tak berkahwin, tak ada anak), tak pernah tinggal Qiam. Allahu Allah. sangat
tersentuh hati. kuatnya nenek ni. aku tak ambil full history sangat disebabkan aku nampak sesuatu pada nenek ni. lalu aku pinta Wan untuk bagi tazkirah kat diri ni. sedihnya ya Allah. aku mohon semangat daripada dirinya.

Wan memberitahu lagi apa yang kita buat kat dunia ini biarlah kita buat kerana Allah, untuk Allah. lebih kurang sahaja tazkirah yang pakcik kat Lab bagi kat kami sebelum ni. aku selitkan katanya: biarlah kita sentiasa niat segala perbuatan kita, 'sahaja aku ke hospital kerana Allah Taala' , 'sahaja aku clerk patient kerana Allah Taala', 'sahaja aku belajar kerana Allah Taala'... benda ni semua simple, yang selalu orang duk ulang, tapi susahnye, payahnya kita nak ingat. payah sangat nak istiqomah. sepanjang clinical years ni aku dapat merasakan betapa payah nak istiqomah. hanya orang-orang yang betul2 kuat saja dapat bertahan. semoga aku terdiri dari orang yang kuat itu ya Allah!

hanya Dia yang tahu bagaimana perasaan hambaNya, hanya Dia yang tahu segala isi hati hambaNya.

Read more...

BARAKALLAHULAKUMA~

>> Friday, September 16, 2011

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah wa syukur lillah. akhirnya urusan pernikahan sahabatku yang tersayang sudahpun selesai. nikmat bait muslim yang Allah kurniakan kepada kedua-dua mereka, along doakan moga pernikahan adik mendapat redhaNya.

lepas ni adik dah dapat peluang untuk jadi isteri solehah. selamatA bercinta dengan halal, sekarang suami adik ni lah yang akan memimpin adik bersama-samanya hingga ke syurga. insyaAllah! (suka ayat ni, adik ingat x ayat sape?) ^_^



Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP