menjadi muslimah mukminah yang sejati

>> Monday, June 21, 2010

Seringkali kita mendengarkan tentang kisah-kisah srikandi Islam yang gagah berani seperti Siti Fatimah, Khadijah r.a., Khaulah Al-Azwar, Nusaibah serta ramai lagi muslimah-muslimah tauladan. Ramai yang mengatakan bahawa tidak mungkin kita akan mencapai tahap srikandi-srikandi mulia tersebut. Namun sedarkah kita, penilaian terhadap perjuangan seseorang itu hanyalah Allah s.w.t. yang berkuasa menentukan.

Keikhlasan dan kesediaan kita untuk menyerahkan diri sepenuhnya pada jalan perjuangan Islam ini adalah tunjang utama untuk menjadi mujahidah sejati. Namun syarat yang paling utama ialah keutuhan aqidah yang akan mendorong kita untuk thabat dalam membantu agama Allah s.w.t.

Ingatlah, dahulu kaum wanita menjadi bahan hinaan kaum-kaum jahiliyah terdahulu bahkan dianggap lebih hina dari binatang. Namun, cahaya Islam merubah segalanya. Kaum wanita diangkat martabatnya dan diberi hak yang sewajarnya. Islam memuliakan wanita sehingga terdapat surah An-Nisa’ yang bermakna ‘wanita-wanita’ yang banyak menyentuh tentang hal ehwal wanita. Di sini, saya ingin menyentuh beberapa skop muslimah sebagai pejuang agama secara ringkas.

Berjuang Sebagai Puteri

Jika menyentuh tentang perkara ini, pasti kita tidak lari dari memikirkan tentang puteri-puteri Rasulullah seperti Zainab, Ruqaiyyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah. Namun, sejarah lebih ‘menghighlightkan’ Fatimah dari segi seorang anak kerana rapatnya beliau dengan Rasulullah. Fatimah lah yang membersihkan belakang Rasulullah apabila diletakkan najis oleh kaum musyrikin bahkan beliaulah yang memangku baginda Rasul di saat menjelang kewafatan baginda. Bagaimana pula dengan kita?

Secara umumnya, wajib ke atas anak itu membantu kedua ibu-bapanya serta berusaha tidak membebankan mereka dari segala segi. Jika sahabat-sahabat memiliki bapa atau ibu atau kedua-duanya yang beriltizam sepenuhnya dengan jamaah, maka hendaklah memahami mereka terutama pada saat-saat kesulitan seperti kesuntukan waktu atau harta. Bahkan, perlu bersiap-sedia menghadapi kemungkinan yang lebih dari itu kerana jalan perjuangan itu penuh mehnah dan tribulasi.

Bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang neutral atau pun menentang, hendaklah berusaha memahamkan mereka tentang Islam secara beransur-ansur. Jangan mengharapkan mereka akan memahami kita jika tidak menjaga adab dan tanggungjawab sebagai anak sebagaimana sepatutnya. Tidak perlulah diceritakan tentang penglibatan kita dalam jamaah kerana mereka pastinya akan bimbang lantas melarang kita menyertai perjuangan ini lantaran ketidakfahaman. Tetapi cukuplah kita berusaha menjadi anak yang soleh dan tidak menyakitkan hati mereka walaupun pemikiran dan pemahaman adalah bertentangan. Ingat, sehebat mana seorang anak itu, redha ibu bapa lah yang akan memandu kita kepada redha Allah.

Berjuang Sebagai Isteri

Walaupun kalian belum berkahwin, tetapi hendaklah mengambil kisah akan hal ini kerana ia adalah masa depan dunia dan akhirat. Pertamanya amatlah dituntut kepada para mujahidah memilih para mujahid yang beriltizam dengan perjuangan Islam. Walaupun kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, namun ciri-ciri itu sudah dapat dilihat pada usia seorang pemuda. Perkara ini penting bagi melahirkan baitul muslim yang akan melahirkan masyarakat muslim yang akan mendokong ke arah tertegaknya Islam di bumi ini.

Hendaklah kalian menjadi sayap kiri perjuangan suami dan memahami bahawa perjuangan ini menuntut pengorbanan dan pastinya tidak dimanjai dengan harta dunia. Bersiap-sedialah untuk meletakkan Islam sebagai kepentingan dan agenda utama hidup suami kalian bahkan hidup diri kalian sendiri. Ingatlah akan pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Rasulullah dan menjadi peneman suka duka baginda sehingga tiada gantinya lagi.

Selain itu, sudah menjadi tanggungjawab kalian untuk memberi motivasi kepada para isteri mujahidin yang lain supaya mereka tidak tergugat dengan dugaan dan tidak goyah dengan harta dunia.

Berjuang Sebagi Ibu

Ini merupakan ‘stage’ terpenting kerana diibaratkan tangan ibu itu bisa menggoncang dunia. Dari rahim yang lembut itu, lahir Rasulullah s.a.w. yang tercinta. Dari rahim yang lembut itu lahir pejuang-pejuang Islam seperti Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi dan Imam Hasan Al-Banna. Juga dari rahim yang lembut tetapi utuh itu lahir para ulama’ dan tokoh-tokoh agama yang ulung seperti Imam Malik, Imam As-Syafe’i dan Imam Bukhari.

Jika menyusur sirah para nabi, kebanyakannya ibu mereka adalah terdiri daripada wanita yang solehah seperti Maryam ibu Nabi Isa, Ibu Nabi Musa, Siti Hajar ibu nabi Ismail dan ibu nabi Sulaiman. Begitu juga dengan ibu para ulama’ seperti ibu Imam Bukhari yang tidak jemu-jemu mendoakan dan menjaga anaknya yang buta sehingga menjadi celik semula seterusnya menjadi ulama’ Hadith yang ulung.

Maka di sini, dapat diambil contoh tauladan oleh para mujahidah dalam melahirkan dan mendidik generasi yang akan menjadi pewaris ulama’ dan jundullah. Sebagai ibu, hendaklah berusaha membentuk anak-anak menjadi generasi al-Quran serta menjadikan sunnah Rasul ikutan hidup mereka.

Berjuang Sebagai Ahli Harakah Islamiyah

Mutakhir ini, para muslimah telah diberi peranan penting dalam gerakan Islam sehingga ditubuhkan tanzim khas untuk muslimat seperti Dewan Muslimat dan Unit Helwi.

Muslimin dan muslimat bekerja bersama-sama saling bantu membantu dalam batas syara’ untuk gerak kerja jamaah. Bahkan, terdapat jamaah yang majoritinya adalah muslimat dan yang menggiatkannya adalah kaum hawa ini. Walaupun muslimat tidak mempunyai taklifan syara’ untuk bergiat dalam harakah Islamiyyah, namun memandangkan senario semasa kini di mana kaum Hawa lebih ramai dari kaum Adam memerlukan muslimat untuk turun bersama para muslimin.

Muslimat pada zaman Rasulullah turut turun ke medan perang untuk membantu para muslimin dari belakang seperti mengubati para tentera yang cedera. Malah terdapat para muslimat yang turut masuk ke medan tempur seperti Nusaibah dan Khaulah Al-Azwar.Ketika hijrah Rasulullah SAW, Asma' Abu Bakar turut terlibat dengan membawakan makanan kepada ayahandanya dan juga Rasulullah di Gua Hira.

Bahkan, dengan keterlibatan muslimat dalam gerak kerja Islam dapat menangkis tuduhan-tuduhan yang mengatakan Islam itu mengongkong kaum wanita. Ia juga dapat membuka mata-mata mereka dengan kehebatan wanita muslim dalam perjuangan Islam.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, bukanlah mudah untuk menjadi mujahidah sejati. Pelbagai rintangan yang perlu dilalui untuk bergelar mujahidah yang diiktiraf Allah. Jika Barat bangga dengan Joan of Ark, kita patut lebih berbangga lagi dengan mujahidah-mujahidah Islam seperti Sumaiyah dan Zainab Al-Ghazali.

Kepada yang masih solo, jangan dirisau akan jodohmu kerana mujahid yang sejati itu bukanlah tertarik pada rupa tetapi pada perjuanganmu fisabilillah.Rupa paras bukanlah ukuran nilai pada seorang muslimah tetapi iman dan keutuhan jiwa yang berada pada dirinya. Pernah terjadi di Iran di mana wanita-wanita Iran memilih kaum-kaum lelaki yang cedera dalam pertempuran sebagai suami. Malah kaum lelaki terdiri daripada orang-orang yang terpotong kaki dan tangannya akibat perang melawan musuh Allah. Kaum wanita itu mengiginkan lelaki yang bersih jiwanya dan telah teruji bahawa lelaki itu telah siap menyerahkan jiwa raganya untuk Allah yang mereka cintai.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang diiktiraf Allah sebagai pejuang agamaNya.

* copied from www.baytulmuslim.blogspot.com

sama-sama kita ambil apa yang boleh dimanfaatkan dalam artikel di atas..
salam rejab, jom kita pulun amalan di bulan berkat ini! rejab adalah bulan Allah, syaaban bulan Nabi, ramadhan pula adalah bulan ummat Muhammad..

wassalam


Read more...

mawar agama

>> Tuesday, June 1, 2010

aku juga manusia biasa. yang mana iman seorang manusia itu bertambah dan juga berkurang. manusia juga sering lupa. sepertimana manusia atau insan yang berasal dari perkataan lupa dalam bahasa arabnya. setiap hari kita membaca doa al-ma'thurat seperti ini "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah"

berjalan-jalan ke website www.iluvislam.com aku tertarik pada sebuah artikel ini, semoga sama-sama kita beroleh manfaatnya insyaAllah..


Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

* copy paste from www.iluvislam.com

sedikit yang mahu ku tambah, semua orang menginginkan pasangan yang soleh/solehah, tetapi sama-sama cek balik diri kita. adakah kita cukup soleh/solehah untuk mendapat pasangan sepertimana yang telah dijanjikan Allah dalam surah an-Nur tersebut?

jom solehkan diri masing-masing, dan selebihnya kita serahkan kembali kepadaNya..



Read more...

rindu pada kenangan

>> Sunday, May 23, 2010

petang jumaat, aku & sahabat ke megamall demi melihat kawan2 13th legacy bermain bowling, kami hanya pergi sekejap sahaja dan balik awal memandangkan malam itu kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. sebelum itu kami singgah ke terminal, makan malam di situ. sedang makan, mata kami menyorot memandang satu pasangan orang tua, atuk & nenek barangkali.. mereka singgah makan di sebelah kedai. perasaan simpati pada mereka, "hendak ke manakah mereka berdua ni?" pertanyaan itu hanya melintas di hati. lama aku memandang pada mereka, melihat gelagat mereka, nampak seakan-akan nenek itu sangat taat pada suaminya walaupun usia mereka telah lanjut.

lantas mata aku berkaca, teringatkan arwah tokki & cik( nenek & atuk) aku.. al fatihah, ku kirim pada mereka..rindu,terkenangkan zaman dahulu..zaman ketika mereka segar,kuat,dan akhirnya sakit,terlantar baring dan akhirnya meninggalkan kami..

aku suka untuk mengingati zaman kanak-kanak dahulu,sementara mak & abahku keluar bekerja, mereka akan meninggalkan ku di rumah cik. dan cik akan membawaku keluar ke pasar payang dengan menaiki beca. cik membelikan aku patung perempuan yang sangit cantik. seronoknya kenangan itu..

aku masih ingat lagi sewaktu cik mula sakit, cik mengadu sebelah tangannya mula hilang deria sentuh, tak rasa apa-apa, mak mengajak cik duduk di rumahku. dan bermula selepas itu, kelakuan cik pelik, angin ahmar(stroke) mula menyerang.seingat aku, pada hari itu, cik tidak dapat bangun, dan aku dan adikku munirah mengangkat cik, membawanya mandi. semasa itu, aku merasa kehairanan, sebelum itu cik berdaya untuk bangun atau ke mana-mana. sejak dari itu,cik dah terlantar, angin ahmarnya semakin teruk.

alhamdulillah, walaupun perasaan sedih menyelinap, Allah tak membebani cikku sakit begitu lama apabila sekejap saje, Dia telah mengambil cik dari kami pada pagi khamis. aku terkilan juga kerana tak sempat melihat cik buat kali terakhir apabila abah dan adikku datang ke sekolah membawa berita itu. aku redha malah bersyukur, khabar dari mak, cik meninggal dalam senyum dan wajahnya suci bersih setelah dimandikan.. apa yang aku kagumkan, cik sangat taat pada suaminya(tokki), walaupun arwah tokki agak garang tapi cik yang dianugerahkan sifat lembut, tidak mudah marah memberi kelebihan padanya. sifat itu membolehkan cik sentiasa sabar dalam melayani kerenah arwah tokki ketika sakit. itu yang sangat memberi inspirasi kepadaku.. insyaAllah moga husnul khotimah menjadi milik arwah tokki dan cik.. dan aku sekarang ini,moga dapat berusaha untuk menjadi lebih baik, menjadi permata yang solehah pada mak dan abah,supaya dapat membawa mereka ke turut ke syurga insyaAllah..

al-fatihah..

Read more...

kembali..

>> Monday, April 26, 2010

salam'alaik...

cuti masih berbaki beberapa hari lagi sebelum meneruskan seblok lagi dalam tahun pertama ni.. berkali-kali jgk aku fikirkan cuti ni apa nk di update dlm blog..sebelum ni aku terfikir nk delete je blog ni, langsung x ada sumbangan, x ada idea nak menulis di blog.. betapa teruknya diri ini, hanya hangat-hangat tahi ayam je.. setelah melawat blog sahabat2 satu persatu, baru la timbul minat nk update blog balik..

ok lah, bila datangnya cuti apa yg terbayang kt fikiran masing2??

~ni lah masanya nk cover tidur balik lepas pulun study kt kampus..
~layan semua cerita2 korea/jepun yang dah lame tertunggak
~tunaikan hak pada mak ayah sebagai anak
~habiskan membaca buku2 ilmiah, hadamkan buku2 sirah
~ikut program di kawasan masing2
~apa lg yang tak tercatat kat sini,sila tambah?

alhamdulillah kalau point ke3,4 dan 5 tu yg menjadi matlamat sahabat untuk manfaatkan waktu cuti ni.. biarlah cuti kita ni terisi dgn pelbagai aktiviti2 berfaedah..yang sangat menyentakkan jiwa aku ni bila terbaca kata2 ni:

Cukupkah dengan bangun tidur bangun setiap hari tanpa ada jasa buat kemenangan Islam? Biarlah orang lain bercuti tanpa terisi, jangan kita mengikut jejak tradisi

sebelum cuti2 baru ni, aku dan adik beradik usrah ku dpt taklifat 'jom pakat2 beramal'..sangat menarik hati, setiap item yang kita amal tu ada markahnya (untuk pertandingan kt dunia ni), tp terkelu bila fikir 'ya Allah,minggu depan cuti,bermakna lagi kuat untuk berperang dengan nafsu untuk bangun qiam dan sebagainya..' dan teruji sekali lagi, list tu aku tertinggal kat bilik di mahallah..adoi,lagi menguji diri ni,dengan adanya kertas tu lagi bersemangat kot nak menanda.. tp sarah,wake up! kita beramal kerana Allah bukan kerana apa dan sesiapa..

dan alhamdulillah,aku baru je habis baca buku ustaz hasrizal 'secangkit teh pengubat letih', travelog tarbiah ustaz semasa di turki.. sangat best,dan turut menyentap jiwa bagi sesiapa yang mengaku memperjuangkan agama Allah di mana mengenangkan zaman kejatuhan khalifah othmaniyyah..Ataturk laknatullah,kerana dia lah yang menyebabkan sekularisme di turki, dan tak hairan lah jika dia mati sebagaimana dasyatnya kematian firaun dan juga raja najasyi, sehingga bumi tak menerima jasadnya..

sampai di sini sahaja lah coretan kali ni. aku mohon ya Allah, thabatkan aku di jalanMu ini ya Allah... hingga hujung nyawa kami di jalanMu..

Read more...

perubahan hidup

>> Thursday, March 18, 2010

tertarik dengan kata-kata as-Syahid Dr Abdullah Azzam:

"sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan,diriku,perasaanku,hatiku dan seluruh deritaku.

mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya.

sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata "la haula wala quwwata illa billah" atau dengan hanya mengucap innalillahi wainna ilaihi rajiun dan hanya melepaskan geram di tangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada suatu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang sekian lama menipu diri sendiri di segenap sudut.

aku tidak nampak apa-apa perbezaan di antara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad) dengan mereka yang meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat.

sesungguhnya aku melihat bahawa tiada satu amalan yang dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ia bernama dakwah, tarbiyyah, tulisan dan sebagainya.

barangsiapa yang bertemu Allah (mati) tanpa senjata di tangan mereka maka sesungguhnya mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan qital melainkan orang-orang yand dalam keuzuran syarie.

aku melihat bahawa mereka yang diampunkan oleh Allah SWT sekiranya meninggalkan jihad hanyalah orang buta,orang cacat, orang sakit, dan orang-orang yang lemah (mustad'afin) samaada daripada kalangan lelaki,perempuan mahupun kanak-kanak di mana mereka itu tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung untuk menunaikannya.

wahai kaum Muslimin...

kehidupan kalian adalah jihad,kemuliaan kalian juga terhasil daripada jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

wahai para pendakwah...

tiada berharga kalian berpanas cahaya mataharu melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela.

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (at-Taubah:41)

semoga kami diberi kekuatan dan istiqomah sampai mati..

Read more...

kenangan plkn. manis atau pahit?

>> Wednesday, January 20, 2010

Hampir seminggu aku bercuti di rumah, memandangkan 2nd block dah abis.insyaAllah minggu depan block 3 bermula. Microbiology,parasit n also pharmacology. Itulah antara subjek2 yang bakal kami tempuhi dugaan dan cabarannya. Dengar khabar dari senior, block ini agak susah. Hu, x payah la pikir2. kadang2, fikiran kita yang meng’set’ perkataan susah, maka susah la jadinya.

Sebenarnya, dah lame aku nak berkongsi cerita ni,tentang 3tahun dulu? Wah dh 3 tahun eh,begitu cepat masa berlalu. 1 januari 2007. hanya sesetengah sahabat aku je yang boleh ingat ape sebenarnya yg terjadi pd 1 januari 2007. ye, waktu itu lah masa cuti bagi lepasan spm bg kami. Tp bukan untuk aku, dan tp tak bermakna malang nasib aku, insyaAllah ianya baik bagiku, yg Allah dh tetapkan utk aku. Aku terpilih menjalani program latihan khidmat Negara!

Sedih dan terkejut. Mulanya aku mendapat ‘berita baik’ ni pd bulan julai dulu, ketika kami menghadiri program spm di coral beach resort di besut (klu x silap). Berita tu diketahui melalu mesej. Ketika tu hanya aku je yang terpilih di kalangan sahabat2 baik..nak menangis pun ada. Dah la soalan spm bahasa melayu utk esei pun keluar isu plkn. Sabar je la waktu tu.

Aku ditempatkan di kem di negeri sembilan. Dalam 5 orang school mate yang turut ditempatkan di situ; eli,intan,hazirah jamal n badrun.

Apa sebenarnya nak diceritakan disini? Mungkin x banyak yang aku boleh kongsi, dan sampai sekarang juga aku masih berfikir2 tentang hikmah aku di pilih untuk program itu. Rasulullah ada bersabda “barang kehilangan orang mukmin adalah hikmah”. Allah tak mencipta sesuatu benda itu hanya sia-sia. Bergantung pada manusia itu sendiri yang mahu memikir kan tentangnya atau tidak.

Tapi sedikit penyesalan yang aku rasa: aku tak menggunakan sebaik2 peluang yang Allah bagi tu untuk aku mendekati mad'u dengan sebetul2nya, di sebelah katil aku saje bangsa cina dari sabah. Dan dalam dorm aku tu, ada beberapa orang yang beragama kristian.

Yang masih aku ingat, ada hanya SEDIKIT penerangan tentang Islam yang aku sampaikan pd mereka. teringatkan kata2 bro amin idris & bro shah kirit, tentang dakwah pd bukan Islam. Kita hanya menumpukan pada orang Islam saje dan mengabaikan tugas kita pada orang bukan Islam. soalan “mengapa sewaktu solat,diletakkan pengadang di depan kita” mungkin ia hanya perkara kecil,tp alhamdulillah dia masih berkeinginan untuk tahu.

Dan aku juga tak lupa pd seorang gadis iban, lyn namanya. Manis dan berupa seperti melayu. Aku selalu juga memujinya tentang rupanya yang seperti orang melayu, dan saling tak tumpah seperti beragama Islam. Dia ramah,dan suka tersenyum. Katanya, ramai yang berkata sebegitu, dan ada juga saudaranya yang memeluk Islam. Dan kebetulan juga, dia ketika itu sedang berkawan dengan lelaki melayu. Selalu juga aku mengusiknya agar suatu hari nanti dia memeluk Islam. Dia seorang yang berfikiran terbuka, membuatkan aku tak takut untuk berkata begitu, berbeza dengan seorang lagi yang turut berbangsa Iban tapi agak kuat anutan agamanya. Pernah lyn cuba2 untuk memakai telekung solat. Selepas tamat plkn,aku menghubungi lyn dan masih mengharap agar Allah tunjukkan hidayah pada dia. Tp sekarang aku dah terputus hubungan dengan dia, apa khabar agaknya. Moga2 pintu hatinya terbuka untuk agamaMu ya Allah,amiin..

Sepanjang 3bulan berada di sana, aku dapat lihat senario tentang remaja kita. Betapa ramai yang beragama Islam tapi tak melaksanakan ajaran Islam itu sendiri, yang paling asas: solat. Tiang agama. Dalam dorm aku sendiri, tercabar sedikit keberanian ku untuk menegur mereka. tingkah laku mereka terbukti tika solat berjemaah. Kem plkn aku mewajibkan solat berjemaah di surau pd waktu subuh, maghrib dan isyak. Alhamdulillah,mereka menetapkan begitu, tp sedikit kekecewaan bila undang2 tidak terlalu ketat. Ramai perempuan yang menggunakan alasan stereotype mereka kalau tak solat. Entahkan betul atau tak, hanya Allah yang tahu.

Selang waktu antara maghrib dan isyak diadakan takzirah, alhamdulillah dapat jugak mengisi kekosongan jiwa sepanjang berada di sana. Tiap subuh jumaat juga ada di buat, sujud sajadah. ada sekali di buat solat sunat taubat. Alhamdulillah tentang ruhiyyah masih terpelihara jika ia benar2 dihayati. Tp pergaulan dan pakaian sangat2 tak terkawal dan tak ikut Islam sepenuhnya.

hikmah dari peristiwa yang berlaku ni, hanya Dia yang Maha Tahu. dan aku masih mencari-cari, sedikit sebanyak aku tetap bersyukur di sebalik perkara 'buruk' yang terjadi, masih ada teguran dari Allah itu sebenarnya untuk aku. alhamdulillah Allah itu maha Penyayang, Dia tak pernah sekali-kali menzalimi hambaNya.

Program itu masih berjalan hingga kini. Kalaulah digunakan sepenuhnya untuk Islam,seperti tamrin mungkin..alangkah gembiranya hati2 yang inginkan kalimah Allah ini di tempat tertinggi…tapi yakinlah, Islam pasti gemilang suatu hari nanti.janganlah hanya menanti sahaja, ubah paradigma anda dan lakukan sesuatu untuk Islam.insyaAllah..

Read more...

awal muharam

>> Thursday, December 17, 2009


ahad lalu semasa kami be'rehlah' pagi2 di teluk chempedak, dalam usrah, kak nurul menanyakan apa azam baru kami.. macam2 yg keluar dari setiap orang dari kami. semestinya semua orang nak jadi yang lebih baik dari sebelum ni.. ada yang nak bangun awal pagi, nak istiqomah dalam tiap sesuatu, yang nak kurangkan tidur, dan ada juga nak jadi isteri yang solehah.. maklum lah ada dua orang daripada kami yang dah berstatus isteri :)..yang masih bujang pun turut berkeinginan untuk jadi isteri yang solehah suatu hari nanti..

bukan bermakna bakal laluinya next block 2nd week tapi dalam waktu ini kita nak membentuk diri kita ke arah itu..bukan hanya itu, tapi masing2 juga mahu menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa, anak yang solehah pada ibu bapa..n also to get the best in their life as a medical student ni,insyaAllah..aku doakan yang terbaik untuk diri dan juga sahabat2 semua..amiin

usrah kali itu seakan sangat bermakna, di akhir rehlah itu, kami hadiahkan lagu dan juga sajak diiringi lagu rapuh. mungkin juga ianya satu suprise bagiku, kerna baru tika itu kami tahu apa sajaknya, dan baru rangkap pertama sajak yang dibaca oleh sahabatku itu, air matanya dah bercucuran..sajak yang begitu puitis,yang sangat menepati apa selama ini yang kita lakukan, menyentuh jiwa seorang hamba Allah yang sering lalai dalam nikmat dunia..aku teringat sajak ni lah yang pertama kali aku baca di blog adik, dan disini aku pastekan sekali lagi untuk tatapan buat diri yang sering alpa..


Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu
dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,
walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu
sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi
selama lima belas minit tanpa melakukan apapun.
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan
kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara
kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan
menghubungi seorang teman untuk mendengarkan
kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi
engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engkau akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau
pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yg ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaKU ..........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan
tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.

Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir
untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sadari.
AKU bahkan in gin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU
menantikan sepatah kata, do ' a, fikiran atau syukur
dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa
hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk
menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu...... .. tak
kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.

Subuh ........ Dzuhur .......
Ashyar ..........Magrib ......... Isya dan Subuh
kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada
sepatah kata, tak ada seucap do ' a, dan tak ada
rasa, tak ada harapan dan kein gin an untuk
bersujud kepadaKU .........

Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU?????
Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU
berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU
hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat
KepadaKU.... ........! !!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU
tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa
KU, memohon perlindungan KU, bersujud
menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu
setiap saat...

dan selepas itu,tika bermuhasabah, melihatkan nikmat ciptaan Allah di hadapan kami dengan alunan bunyi ombak yang menyentuh pantai,langit yang terbentang luas sangat menyentuh hati diri hamba yang betapa kerdilnya kami ni hambaMu YA ALLAH..teringat juga kata2 seorang kakak ketika di pantai Balok dulu, "cuba ambil beberapa minit ni lihat nun jauh luasnya pantai di hadapan kamu, dan kamu dapat rasakan betapa bahawa Allah sedang melihat kamu.."


selamat menyambut awal muharam 1431H

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP