Faqir ila-Allah

>> Saturday, January 28, 2012

berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"wahai anak Adam, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan kasih terhadapKu dalam hatimu, maka sekadar itulah darjatmu disisiKu. kerana sesungguhnya tidak akan terhimpun selama-lamanya cinta dalam hati yang satu itu cinta kepadaKu dan cinta kepada dunia.

wahai anak Adam, waraklah supaya engkau mengenaliKu. berlaparlah, engkau dapat melihat Aku (dengan mata hatimu). persiapkanlah dirimu untuk beribadah kepadaKu. ikhlaskanlah dirimu daripada riyak, Aku akan pakaikan kasihKu kepadamu. kosongkanlah dirimu semata-mata untuk mengingati Aku, nescaya akan Kusebut namamu disisi para malaikat-Ku.

wahai anak Adam, yang ada dalam hatimu ialah selain daripada Allah, harapanmu bukan dengan Allah. kamu mengatakan tentang Allah tetapi kamu tidak takut kepadaNya. kamu mengharap kepada selain daripada Allah.

sekiranya engkau mengenaliNya dengan sebenar-benarnya, nescaya tiadalah keinginanmu kepada sesuatu selain Allah.

tidak kau takuti kecuali kepada Allah dan tidak bergerak lidahmu melainkan dengan zikrullah. sesungguhnya kebinasaan ke atas orang yang sentiasa bertaubat dengan cara yang dilakukan oleh orang yang pendusta.

wahai anak Adam, sekiranya kamu takut terhadap neraka sepertimana kamu takut terhadap kefakiran, Aku akan kayakanmu dengan sumber yang tidak diduga.

wahai anak Adam, sekiranya engkau gemar terhadap syurga itu sepertimana engkau gemar terhadap dunia, Aku akan bahagiakan engkau di dunia dan di akhirat. sekiranya kamu mengingati Aku sepertimana kamu mengingati sesama kamu, maka para malaikat akan mendoakan keselamatanmu pada pagi dan petang. sekiranya kamu kasih untuk beribadah kepadaKu, sepertimana kamu kasih akan dunia., Aku akan muliakan kamu dengan kemuliaan para Rasul. oleh itu janganlah kamu penuhkan hatimu dengan cinta pada dunia kerana saat kemusnahannya sangat hampir."

petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP