jagalah hati, jangan kau kotori

>> Saturday, September 5, 2009

petang itu, sebelum berusrah dengan kakak seniorku, di berinya beberapa majalah. lantas aku tertarik pada sebuah yang memaparkan edisi " jagalah hati.."

bagaikan mencerminkan diri sendiri, apa yang kita rasa kebelakangan ini..aku memetik artikel yang terdapat dalam majalah itu, untuk sedikit perkongsian..

sebenarnya, bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? mula-mula mestilah kita sedar bahawa hati itu bolak-balik sifatnya. kadang2 ia sihat dan baik, bagaikan fitrah asalnya. namun, ia sesekali bertukar menjadi kelam,kusam..

macam mane nak tahu samaada hati kita sakit atau sihat? Syeikh Ibn Ata'illah memberikan panduan menerusi kata2nya.,

"sebahagian daripada tandanya matinya hati, jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya satu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat satu pelanggaran dosa."

sabda Nabi SAW: siapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman).

kita ambil satu terminologi ye, kalau badan kita sakit, tentulah hilang selera untuk makan, sekalipun dihidangkan makanan yang enak. mana mungkin kita makan, dengan hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni dengan deria pandang, bau dan rasa kita telah hilang.

begitu juga, hati yang sakit menolak segala "makanan rohani" yang enak dan lazat seperti solat,zikrullah,membaca al-Quran,doa dan sebagainya..apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi hati kita sakit. apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan bereti al-Quran itu pahit, tapi hati kita yang sakit..

tidak ada jalan lain nak mengubat hati kita melainkan muhadah. ya, mujahadah memang pahit,perik dan tersiksa. namun bukankah, nak mendapat sesuatu yang manis, perlu melalui kepahitannya dulu? nak berjaya, kenalah gagal dahulu? tidak ada pilihan lain, kita perlulah mencari jalan..pastinya kita mendapat pimpinan Allah, insyaAllah..

firmanNya: dan sesiapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami.. (al-Ankabut: 69)

Imam al-Ghazali memberi panduan: carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. jika kau tak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika kau tak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. jika kau tak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru...kerana hakikatnya pada ketika itu, kau tidak mempunyai hati..

ramadhan sudah merangkak ke 16 malam ni..ayuh tingkatkan amalan dan bermujahadah, moga kita sama2 dapat mencari lailatul qadar.. ya ALLAH, Kau tetapkan lah hati kami ini di jalanMu..

Read more...

Followers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP